Pages

Resensi Ahadku

Alahai aku ini. Entah kenapa semenjak dua ini gemar sungguh untuk menulis resensi.

Hurm,

Pagi tadi semasa menunggu roti canai di warung siap dibungkus, aku sempat menyelak akhbar Mingguan Malaysia. Rasa tersentuh hati membaca artikel mengenai adik Nur Madihah pelajar cemerlang yang memperoleh 20 A dalam SPM 2008.

“ Nur Madihah puasa sebab miskin”

Itu tajuk artikel yang secara tak langsung membuatkan rasa kagum menyusup masuk dalam lubuk hati. Atau yang sebenarnya aku rasa cukup malu. Malu bila insan yang berada dalam serba kekurangan berusaha bersungguh2 untuk mencapai yang terbaik. Malu bila insane yang pada pandangan manusia ini serba kekurangan mampu menambah nilai kehambaan. Subhanallah. Allah tidak memandang nilai harta yang kita ada, warna kulit, pangkat dan darjat kita. Yang di pandang disisi Allah itu hanyalah taqwa.

Dari Buletin Utama sebentar tadi, MARA ada menawarkan tawaran belajar ke London terus kepada adik Nur Madihah. Sejak berita adik ini diwar2kan di media massa, Alhamdulillah bantuan tidak putus2 diterima daripada pelbagai pihak khususnya untuk membantu keluarganya. Moga ni’mat yang diterima itu menjadikan dirimu makin bersyukur ya dik.

Cukup untuk adik Nur Madihah.

Masuk pula resensi yang kedua.

Walaupun mungkin isu ini hanya picisan di pandangan mata, namun membuatkan aku berfikir sejenak tentang industri nasyid sekarang. Artikel itu mengenai rasa kurang senang kebanyakan orang dengan industry nasyid sekarang. Menurut artikel itu, kelihatannya nasyid ini tidak lagi mempertaruhkan lagu2 berunsur da’wah dan mengajak kearah kebaikan tetapi nasyid kini kelihatan “ cacat “. Kenapa “cacat” ya? Kerana di masukkan unsur2 yang kurang sesuai seperti hip-hop, rap dan lebih men”cacat”kan lagi, pabila mesej2 yang dibawakan tidak legi menepati matlamat dasar nasyid. Lebih menyedihkan bila lagu2 yang dinyanyikan kadangkala mengundang persoalan lebih2 lagi bila ada lagu2 nasyid yang kononnya meng”halal”kan cinta islami.

Ramai juga yang kurang bersetuju bila nasyid ini seakan “lari” dari landasannya yang asal. Bila nasyid dihip-hopkan, di rapkan, mungkin dengan niat baiknya ingin mendekati segenap lapisan masyarakat. Tetapi secara rawaknya aku melihat masyarakat dari segenap lapisan sukakan nasyid yang benar2 nasyid. Yang liriknya mengajak kepada kembali kepada Allah, berbuat baik, dan menjauhi ma’siat. Lebih2 lagi bila liriknya jelas. Barulah mesej itu sampai kepada pendengar.

Perkara yang terkesan di hati aku bila aku baru tersedar yang manusia yang pelbagai ragam ini sukakan kebaikan yang fitrah dan asli. Maksudnya, tidak perlulah saduran2 yang merepek2 untuk memikat mereka. Cukup dengan mesej yang jelas. Perindahkan dengan perkusi dan harmoni.

Begitu jugalah apa yang ada dalam islam. Bila Allah dah tetapkan begitu dan begini, tidak perlulah lagi untuk di tokok tambah dan di hias mengikut acuan sendiri .Contoh paling senang “pakaian muslimah” sekarang. Rasa terguris bila melihat “ Tudung Ekin” yang melambak di pasaran . Allah kan kata dalam Surah An-Nur ayat 31,

“….dan hendaklah mereka menutupkan kerudung hingga ke dada.”

Lagu nasyid, pakaian muslim, peribadi muslim. Jika kita benar2 mengambil acuan langsung dari syariat Allah, MasyaAllah, tak terbayang betapa indahnya kehidupan kita kan? Lagu2 mengajak manusia kembali kepada Allah dihias indah dengan harmoni, muslimin dan muslimat yang tampil dengan busana menutup aurat, senyuman dan salam yang mendahului setiap pertemuan…
Wa, rasa teruja pula membayangkannya~

Setakat ini untuk resensi ahadku.

P/S:
#Bila baca kisah adik Nur Madihah, kite teringat kat kamu Syafiqah, sebab kamu dulu pun bekas pelajar sekolah sini. Tumpang gembira dengan kouhai kamu Syafiqah…Hehe.

# Teringat zaman2 sekolah menengah dulu tatkala “taksub” dengan nasyid terutamanya dengan kumpulan Fareast dan Mirwana. Setiap hari dok putar lagu Cinta Pertama dari tingkatan 4 hingga dah masuk AAJ pun tetap ulang dengar hampir setiap hari.

No comments:

Post a Comment