Pages

" Kak, nak naik bas .."


Alhamdulillah, hari ini berlalu dengan baik dan terselit rasa " kelakar " dalam diari hari ini. Mana tidaknya, aku yang bujang ini terasa bagai sudah bergelar ibu bila membawa dua adik2ku yang kecil menimba pengalaman menaiki bas awam mengunjungi Klang Parade.

Puncanya begini, Sabtu lepas, aku bersama-sama adik2ku Dikda dan Izah ke Mid Valley Megamall. Ashraf tidak ku bawa bersama lantaran dia masih kecil lagi. Masih di bangku tadika lagi. Dikda kini di tingkatan 3 dan Izah belajar di darjah 4. Kami pulang ke rumah pun sudah lewat senja. Ketika kami tiba di rumah, Ashraf sudah pun duduk di tangga menunggu kepulangan kami. Mukanya sugul. Menurut emak, Ashraf menangis kerna tidak dapat ikut bersama kami.Sebaik sahaja aku memijak tangga pertama,

" Kak Fizah, nanti Ashraf pun nak ikut kakak naik bas..."

Tak habis lagi penat menempuh perjalanan, aku merancang bila dan ke mana untuk membawa Ashraf.

Dan hari yang di tunggu2 Ashraf adalah hari ini!

Awal pagi tadi, aku ditanya Ashraf bertubi2 pukul berapa kami akan bertolak pergi.

" Kak Fizah, bila kakak nak pergi ni...?"

Dengan rambut kusut masai, gigi yang belum bergosok lagi, mata yang masih kuyu, soalan itu yang pertama di tanyakan padaku. Alahai Ashraf~

" Belum lagi lah Ashraf, sekarang baru pukul 8. Lambat lagi. Kedai pun tak bukak lagi.."

" Ala.."

Ashraf berlalu kecewa. Hehe...

Ashraf dan Izah sedang asyik bermain anak ayam di luar rumah. Aku pula sedang sibuk di dapur. Tiba2 Ashraf, dengan tangan dan kaki yang belum berbasuh menuju terus ke dapur.

" Kakak!!! Pukul berapa nak pergi ni...?"

" Nanti lah Ashraf. Awal lagi lah"

Agak tegas suaraku ketika itu. Rasa geram juga dengan Ashraf ni. Sabar2. Huhu...

Saat yang di nanti

Ketika itu jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Aku, Izah dan Ashraf bersiap2 untuk bertolak perhentian bas yang berdekatan. Apabila kami menghampiri perhentian, tidak sempat lagi untuk naik, sebuah bas berlalu pergi.

" Kak, macammana ni kak. Kan bas tu dah pergi.."

Ashraf dan Izah cuak. Aku memilih untuk jalan perlahan2. Langkah berhati2 lebih2 lagi aku berjalan dengan kanak2 kecil seperti mereka.

Alhamdulillah, masih ada bas di belakang. Ashraf dan Izah tidak sabar untuk naik. Sejurus sahaja naik dan masuk ke dalam bas, terus sahaja mereka memilih tempat duduk.

" Ashraf, ko nak cuba duduk tepi tingkap tak ?"

Izah menawarkan tempat duduk " paling best" pada Ashraf. Tanda mengalu2kan pengalaman pertamanya menaiki bas. Semasa perjalanan dari Meru ke Klang, Ashraf tidak berpaling pun dari tingkap. matanya meliar memerhatikan estet2, lori2 besar, dan sebagainya. Aku hanya bisa tersenyum memerhatikan.

" Kakak, tekan loceng. Dah nak sampai ni.."

Izah mengingatkan. Bila bas berhenti, Ashraf ku pimpin menuruni bas. Sebaik sahaja Ashraf terpandang papan tanda Pasaraya Giant yang terpampang besar di hadapan Pasaraya Klang Parade, Ashraf terus menarik tanganku untuk ke situ.

" Kakak, jom lah. Ashraf nak masuk Giant"

" Ashraf, nanti kejap. Kita masuk dalam kejap. Nanti nak balik baru kita pergi Giant. Kakak nak pusing2 kejap.."

Aku cuba berdiplomasi dengan Ashraf. Ternyata pujukanku berjaya tetapi muka Ashraf monyok mencuka. Izah pula lebih selesa berdiam diri. Berdiri atas pagar.

Minat kita berbeza, tetapi semuanya sementara

Aku tersedar ada sesuatu yang menarik perhatianku saat ini. Ketika aku masuk ke dalam Klang Parade, aku lebih cenderung untuk berkunjung ke kedai2 yang menjual beg, kasut dan aku berminat untuk mencari kedai2 buku. Izah pula lebih selesa ke ruangan pakaian kanak2 perempuan yang berwarna pink. Ashraf, seperti kanak2 lelaki lain, daya tarikannya adalah permainan kenderaan, lego, dan makanan ringan.

Paling mencuit hatiku, pabila aku sedang asyik membelek sebuah beg, tiba2 Ashraf menarik tanganku. Hampir2 sahaja dia menjerit kerana tidak sabar denganku yang dari tadi asyik membelek2 beg. Izah pula menarik tanganku untuk membawaku melihat pakaian cantik pada pandangan matanya. Asraf menarik tangan kananku, Izah pula menarik tangan kiriku. Ish budak2 ni~

" Ok2, Ashraf. Jom kita masuk Giant jom.."

Aku terpaksa mengalah nampaknya.

" Yeah....! "

Ashraf bersorak kegirangan ,mendengar kata2ku itu. Terus dia menuju ke sana. Bagaikan sudah merancang tempat yang ingin dituju. Ashraf dengan lagak seperti sudah pakar dengan Giant, menarik tanganku untuk mengajakku ke suatu lokasi.

" Ashraf tarik kakak nak pergi mana ni"

" Ala, adelah. Kakak ikut je"

Tiba di suatu sudut, Ashraf berhenti. Di hadapan kami ruangan yang menempatkan mainan2. Tanpa persetujuanku, Ashraf terus memilih permainan disitu. Diambilnya sebuah lori askar mainan.

" Kak, Ashraf nak beli ni. Murah je. Dia tulis 799."

Harga mainan itu RM 7.99. Ku turutkan sahaja kehendaknya. Bila lagi ingin membeli-belah dengan adik comelku ini kan? Izah pula sibuk mecuba kasut2 "pink" yang ada di rak. Namun dia faham yang dia tidak sepatutnya membazirkan duit untuk tujuan yang bukan2.

" Ala kak, adik try je. Bukan adik nak beli pon"

Nilai

Bila ku renung2kan semula, aku, Ashraf dan Izah sama sahaja. Masing2 punyai kehendak masing2. Aku dengan beg dan kasut. Ashraf dengan lori mainan. Manakala Izah dengan benda2 yang berwarna pink. Yang membezakan hanyalah sama ada kehendak itu dipunyai oleh kana2, ataupun dewasa. Mungkin aku pernah mempunyai keinginan yang sama seperti Izah dan Ashraf sewaktu ku kecil dahulu. Cuma berbeza pabila aku dewasa. Hakikatnya masih sama bukan?

Setinggi2 keinginan bila diri menginginkan supaya dirinya ditempatkan di tempat yang paling bahagia untuk kehidupan kekalnya iaitu syurga. Hurm, bila aku fikirkan hal ini, jauhnya aku untuk mempunyai keinginan seperti itu. Malu rasanya bila keinginan diri masih berlegar2 di sekitar keinginan duniawi semata2. Baju yang cantik, kasut yang berjenama, makanan yang sedap.

Apapun, aku doakan apa yang aku, Ashraf dan Izah lalui pada hari ini bisa menambah nilai kepada masing2. Moga pengalaman pertamamu ini menjadi pengalaman yang menyeronokkan ya Ashraf? Kakak pun seronok melayan keletahmu sepanjang hari ini. :P

P/S: Kesian Ashraf. Sejak balik tadi dia diam je. Penat la tu. Sampai mak urut2 kaki dia. Hehe...

6 comments:

  1. Bape taun la si ashraf ni yer.. ?

    ReplyDelete
  2. ou...ape pula crite dgn adik cucu yg ambik SPM tu??harap smuanya dtrima dgn redha dan rase yukur,ape jua jg resultnye...

    heh..sgt benar ape yg dikatakan ttg msg2 punyai khendak tersendiri...jg nak tmbah yg xsalah untuk kita katakan 'stiap manusia itu pentingkan diri sdri'...sbb hakikatnye mmg sbegitu...cume yg bole di'argue'kn adalah level stiap org itu mementingkan dri msg2...hoho

    ReplyDelete
  3. ouh...cucu ade ke MidValley hari sabtu??msti singgah di MPH kan?

    mungkin kita ade berselisih d ctu sbb sy pun hampir spjg hari d ctu mneroka almari buku..hehe...tp syg kita xknal rupa msg2...

    ReplyDelete
  4. Umur Ashraf ni baru je 6 tahun. Budak tadika sekarang ni~

    ReplyDelete
  5. to Anonymous:

    Aku agak lama di MPH hari Sabtu lepas. Dari jam 12.00tengahari hingga 2.30 petang aku di situ.

    Siapa anonymous ni sebenarnya ya..?

    ReplyDelete
  6. to Anonymous:

    Alhamdulillah, keputusan SPMnya menggmbirakan aku. Cuma tidaklah dapat aku perincikan di sini...~

    o0o...ada ye terselit nilai "pentingkan diri sendiri..? Parah juga ya sifat begini? Huhu

    ReplyDelete