Pages

PPMSI, Bahasa Arab, Bahasa Jepun

" Apelah, benda dah 6 tahun lepas baru nak kecoh2 sekarang. Dulu masa Mahathir umumkan OK je. Sekarang ni nak kecoh pulak. Ni mesti ada pihak mana2 yang main cucuk2 ni..."



Hurm,



Ni antara rungutan yang memenuhi atmosfera Malaysia sekarang. Aku, secara jujur mengakui aku agak kurang senang dengan pertelingkahan ini. Buka berita isu yang sama. Buka akhbar, masih isu yang sama.



Aku mengaku aku masih mentah. Bahkan sekudup putik jagung cuma dalam isu PPMSI ini. Tapi bila melihat umat seagamaku, sebangsaku bertengkar, merungut dan bertelingkah tidak tentu hala, mungkin luahan rasa perlu hadir dalam bentuk tulisan.



Aku rasa kurang senang bila yang suara2 rakyat seperti yang berlaku di atas ni dikeluarkan atas dasar emosi semata2. Yang latar tempatnya hanya ketika menonton televisyen di rumah, ataupun menjadi modal berbual di warung kopi. Pihak yang bercakap itu pula membawa emosi politik semata2. Tanpa mengetahui pangkal dasar hal sebenarnya. Yang tahunya hanya merungut marah.

Teringat kata2 ustaz dahulu. Manusia seperti kita ini hanya tahu berkata2 sahaja. Kita analogikan seperti permainan bola sepak di sebuah stadium. Siapa yang lebih kecoh? Pemain atau penonton?



" Woi, camntu ke ko sepak bola. Blah la.."

" Kalau tak tau nak main, meh kasi aku main ! "



Cuba berikan dia sepasang kasut dan sebiji bola

" Wei, kalau ko reti sangat main, pi masuk padang la, pi main ?"



Alhamdulillah, lega rasanya jika dapat menutup mulut mereka2 ini. Bila hal yang melibatkan soal yang serius, soal ilmiah, kita fikir secara ilmiah, selesaikan dengan ilmiah, dengan bijaksana.

Aku rasa terkesan yang amat dengan tindakan lantang Sasterawan Negara ( baca: rakyat ) A. Samad Said yang membantah PPMSI ini. Beliau rela walaupun gelarannya sebagai Sasterawan Negara ditarik balik.



Aku minta pendapat adikku yang pernah melalui PPMSI dalam peperiksaan PMR dan SPM.



" Ko rasa camne Sains ngan Math dalam BI? "



" Nurul rase OK je. Takde masalah rasanya. Cume kesian la kat kitorang kalau nak tukar balik dalam Bahasa Melayu. Sebab kat sekolah dulu belajar dalam BI.."



Jawapan setiap orang itu subjektif, tapi aku rasa ada kekurangan pada jawapan yang di beri.



" Betul ke ko rase OK belajar dalam BI ? Ko boleh faham ke apa yang ko belajar sebenarnya ?"



Aku menyoalnya semula. Mahukan kepastian. Mahukan jawapan yang lebih rigid.



" Erm, takde la faham sangat..."



Jujur dan jelas jawapan yang ini.



ANTARA HAFAL DAN FAHAM



Sejak aku tamat sekolah menengah, dan melanjutkan pelajaran ke pusat persediaan, aku kira era aku memahami subjek sains dan matematik sudah tamat. Kalau dulu di sekolah, aku bebas melontarkan pelbagai persoalan jika ada perkara yang aku tidak faham, sama2 berkongsi idea dengan teman2.



Lain pula di pusat persediaan, segala2nya di pelajari dalam bahasa Jepun. Sudahlah Bahasa Jepunku merangkak2. Setiap hari ada sahaja perkataan baru yang mesti di hafal bagi memastikan isi kandungan pengajaran kuliyyah dapat difahami. Aku tidak nafikan dari sini banyak melatih diri untuk sabar, selain melatih untuk menguasai Bahasa Jepun. Ya, memang betul tu. ( Aku tidak menyesal belajar dalam Bahasa Jepun tahu ! ) Cuma aku membayangkan adik2 di bangku sekolah rendah dan menengah yang menghadapi situasi yang sama sepertiku. ( Cuma adik2 tidak perlu menghafal kanji ). Untuk memahami apa yang mereka pelajari, mereka perlukan proses yang panjang. Proses memahami perkataan yang di gunakan. Senang kata menterjemah perkataan. Jika terlangkah atau melangkau proses ini, maka kandungan pelajaran tidak dapat di fahami.



Sama seperti apa yang berlaku padaku dalam tempoh setahun di Jepun ini. Apa yang dipelajari kadang2 begitu sukar di fahami. Sebelum aku bisa memahami kandungan pengajaran, betapa perlu aku memahami perkataan2 lantaran semuanya di ajar dalam Bahasa Jepun. Bila tidak faham, mahu bertanya , kurang pula perbendaharaan kata. Akhir2, hanya terbuku dan jadi duri dalam hati ( Ini khilafku.. T-T).



Bila dikenang2 semula cara aku belajar di pusat persediaan dahulu, aku banyak menggunakan kecekapan menghafal. Sama ada menghafal fakta atau menghafal bentuk tulisan. Jarang sekali untuk aku memahaminya dengan betul2 faham. ( Faham2 sahajalah kekangan masa di AAJ ).



Hafal dan Faham... barapa kerat sahaja yang benar2 faham. Dan betapa ramainya yang menghafal~ Alahai...



SOAL SIASAT



Teringat kunjunganku ke sekolah dua minggu lepas. Puas aku di soal siasat bekas guru2ku. Antara yang paling galak menyoalku, guru Bahasa Melayu, guru Matematik Tambahan dan bekas guru Fizikku.



" Hafizah, dekat Jepun tu kamu belajar dalam bahasa apa ?"



" Semua dalam bahasa Jepun cikgu.."



" Tengok, orang Jepun takde nak sibuk2 belajar dalam bahasa Omputih. Yelah, sebab dorang pun takde lah amalkan sikap terbuka dengan orang luar. Boleh hidup sendiri. Sebab tu la dorang hebat sebab dorang faham apa yang dorang belajar..."



Aku hanya tersenyum mendengar luahan cikgu. Setelah agak lama aku berbual, baru aku sedar yang bukan sahaja pelajar yang terbeban. Cikgu lebih2 lagi menanggung beban. Cikgu pun perlu hadiri pelbagai kursus pengukuhan pengajaran dalam bahasa Inggeris.



" Kesian cikgu...."



BAHASA QURAN



" Nurul, kalau lepas SPM ni, akak sokong sangat2 kalau ko nak belajar dalam kursus bahasa Arab .."



Aku menyarankan sekaligus menyatakan sokongan sekiranya dia mahu menyambung pengajian dalam Bahasa Arab. Setelah aku punyai pengalaman bagaimana pentingnya penguasaan bahasa Jepun untuk memastikan pengajianku berjalan lancar di sana, kagumnya aku dengan semangat orang2 Jepun mempertahankan bahasa ibunda mereka, kadangkala membuatkan aku menyinpan suatu hasrat yang aku kira lari dari bidangku sekarang.



" Rasanya akak macam nak sambung lughah ( bahasa Arab ) lepas grad Jepun nanti.."



Kataku kepada adik. Bagai meluahkan apa yang terpendam.



Teringat aku akan apa yang pernah di ajar, diberitakan, dan diberitahu padaku. Betapa pentingnya untuk memahami Bahasa Arab kerana al-Quran diturunkan dalam bahasa itu. Ketidakfahaman aku akan bahasa quran itu menjadi jurang besar aku untuk memahami mu'jizat itu. Bagaimana bisa kalimah yang meniti bibir setiap kali mampu menjadi pedoman hidup dan menggugah jiwa jika diri ini tidak memahami apa yang terkandung di dalamnya.



Kerdilnya aku ini~





4 comments:

  1. salam saudari.
    saya tak berapa setuju dgn ppsmi sejak mula2 lagi diperkenalkan. alasan...saya mula2 perasan junior saya....separuh drp batch fails...bayangkan....ada sorang junior tu pernah minta saya ajar....bila saya terangkan dalam bhs melayu...baru dia fhm dan boleh buat soalan itu...amat menyedihkan ...dan menarik nya dia fail bila percubaan tp dpt A masa PMR...bayangkan....saya masih tak fhm dgn alasan menambah bahasa inggeris...maka sains dgn maths perlu dalam bhs inggeris...sedangkan tahap bahasa inggeris spm pun utk bebudak umur 13-14 tahun ikut Cambridge standard...
    tak tahula apa yg govt fikir...sepatutnya tingkat taraf kualiti pengisian BI tp diorg buat yg lain...

    ReplyDelete
  2. Pelajar2 yang mendapat A dalam peperiksaan meningkat setiap tahun. Secara logik kononnya PPMSI tu berkesan.

    Apa sebenarnya mereka mahukan? Tidak kasihan melihat anak2 harapan di pedalaman yang putus asa mahu belajar lantaran halangan bahasa Inggeris?

    Fuh, nampak sangat jarum2 pihak yang inginkan rakyat kita dungu semakin menyusup masuk...

    ReplyDelete
  3. sbnrnye berjaye atau tidak ppmsi ni bergantung pd individu tu sdri...kalo ade kmahuan utk blajar,mne mungkin xbjye...rungutan2 yg ade yg xleh trime bhs inggeris ni sumenye hanyelah alasan...

    tp of cos org yg implement mnde ni jugak knela tau cmne care yg btol utk lakukannye...jgnlah stat dr form4 baru nk ajar dlm bi tu sume...kne start dr akar umbi(da ade sbnrnye ni)...n make sure ape yg dilakukan tu sumenye bermnfaat utk jngka masa pjg...jgn ingt sume mnde bole jd dlm sklip mate shj...pastu pranan mak ayah n family pun pnting gak..nk cite kt cni psl kcacatn sys pndidikan msia mmg xcukup tmpat...maaf..

    p/s: takde agenda dlm msia ni yg dah xdipolitikkan...sdgkn isu agama pn dipergunekan...aiii...

    ReplyDelete
  4. to anonymous:
    terima kasih untuk komen dan pendapat...menambah isi dalam poket perkongsianku~

    ReplyDelete