Isnin 23hb Mac 2009 (26 Rabiul awwal 1430h)
Tepat jam 6.45 pagi, pesawat yang aku naiki dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai mendarat dengan selamat. Jika dulu aku berenam bersama senior2ku pulang ke Malaysia sebulan yang lepas, kali ini aku kembali ke Jepun berseorangan.
Penat.
Noktah!
Hanya perasaan itu yang sedang menguasai aku sekarang. Telefon bimbitku yang rosak sejak lebih sebulan lalu sedikit sebanyak menjejaskan perjalananku. Aku terlepas sebuah keretapi ke Shin Osaka pagi tadi. Mungkin juga disebabkan aku sudah sebulan bercuti di Malaysia, secara tidak langsung rasa kekok dengan sistem keretapi di Jepun.
Pagi tadi selepas setelah selamat tiba di Kansai, aku di tahan oleh seorang lelaki Jepun yang segak bersut hitam. Ala2 gaya “ Men in Black”. Sebaik sahaja mengucapkan selamat pagi padaku, dengan gaya tersorok2 dia menunjukkkan lencana polis.
“ Atari mae no koto dayoune…” aku cuma berkata2 dalam hati.
Selepas menyoal siasat aku dengan bermacam2 soalan, dia meminta maaf kerana terpaksa menggangguku sebentar. Panjang berjela alasan yang diberikan.
“ Saya minta maaf sangat2 apa yang terpaksa kami lakukan ke atas awak. Ini semua untuk tujuan keselamatan. Rasanya awak sudah maklum bukan tentang ‘teroris’?. Bukanlah maknanya kami mengesyaki awak ‘teroris’ tapi awak faham kan tentang sistem keselamatan yang kami buat khususnya untuk muslim. Kalau ‘hei onna’ seperti awak ni kami percaya yang awak bukanlah ‘teroris’. Jika semuanya ‘hei onna’ seperti awak ingin datng ke sini, memang kami sangat alu2kan..”
‘ hei onna ‘
Perkataan baru untuk aku hari ini.
Pandanganku menjengah ke luar tingkap shinkansen yang sedang memecut laju. Sebulan aku tinggalkan bumi Jepun, aku dapati pohon2 hijau merimbun. Petak sawah di penuhi rumput2 menghijau. Ada satu dua pokok sakura yang sudah mengeluarkan kudup.
Teringat pagi tadi semasa di Lapangan Terbang Kansai, aku terlihat seorang perempuan bersama suami dan anak lelakinya. Maklumlah, perempuan itu orang Malaysia. Sudah pastilah teruja aku ingin menegurnya. Tahulah aku bahawa perempuan yang ku panggil makcik itu menemani anaknya pulang ke kampus di Universiti Oita.
Hurm, semasa dalam penerbangan ke Kansai dari KLIA malam tadi aku perasan hanya sedikit sahaja orang Melayu. Eh, muslim. Rasa2nya aku rasa hanya aku dan makcik itu sahaja yang bertudung. Kalau di campur dengan lelaki melayu muslim yang lain, mungkin tidak cukup jari tangan untuk membilang. Tapi senang kata memang sedikit sahaja muslim dalam pesawat tu. Yang lain semuanya bermata sepet dan berbahasa Jepun. Bila aku berpisah dengan keluarga makcik itu, hanya aku keseorangan menunggu shinkansaen di Shin Osaka. Bukanlah mengada2 mahu berteman tetapi ketika itu aku rasa betapa asingnya aku di situ. Bak kata glamournya, ‘ghuraba’. Masa itulah juga sabda Nabi Muhammad SAW bertalu2 mengetuk ruang fikiran.
“ Islam itu datang dalam keadaan asing ( ghuraba’) dan akan kembali dalam keadaan asing (ghuraba’). Maka beruntunglah sesiapa yang asing…”
Masih lagi berbaki 45 minit sebelum shinkansen ke Shin Yamaguchi tiba. Aku capai buku karangan Mr. Richard Feynman yang masih belum habis ku baca. Berulang kali aku ulang ayat yang sama. Aku tetap juga tidak dapat menumpukan perhatianku. Beg komputerku, beg baju dan beg galasku aku letak jauh2. Memandangnya sahaja sudah tidak larat. Aku agak jumlah berat beg2 itu lebih 20kg. Bagasi besar sudah aku pos ke rumahku semasa di Kansai tadi. Alhamdulillah, ringan sedikit bebanku.
“ Apelah aku ni, dok ngadu beg berat, penat..”
Salahku juga kerana aku lah punca beg2 yang ku bawa itu berat. Tamak sangat ketika memborong buku di Malaysia dahulu. Cadangan emak supaya aku poskan sahaja buku2 itu sewaktu di Malaysia, aku tolak mentah2. Bukan apa, aku rasa biarlah aku pulang bertemankan harta yang paling aku sayang. Takut jika asset berhargaku itu diapa2kan jika di pos. Risau seandainya tercalar, terkoyak, dan sebagainya.
“ Mamonaku, Okayama ni touchaku shimasu…”
Lama juga aku menulis dalam shinkansen ini. Sejak dari Shin Osaka tidak berhenti. Menahan pening kepala akibat beza tekanan di luar, benar2 meloyakan. Aku alihkan perhatianku mencatatkan sesuatu di sini. Jika aku layan rasa mual itu, makin parah jadinya.
Aku kira cukuplah aku menulis setakat ini. Kondisiku semakin tidak stabil sekarang. Moga aku selamat tiba ke Ube, Yamaguchi nanti.
selamat pulang cucu..=)
ReplyDeletewa... rindu sama kak rahmah.. rindu sama tarbiyyah :(
ReplyDelete