Pages

さようなら

Usai pulang dari menghantar senpai2 yang bakal meninggalkan bumi sakura selepas 4 tahun berjuang di sini. Menjadi tradisi warga Yamaguchi, tidak sah jika rombongan berkereta menghantar mereka ke Stesen Bas Ube Chuu Ou tidak lebih daripada 5 buah kereta. Bagiku, walaupun hanya sempat setahun mengenali mereka, alhamdulillah, terlalu banyak perkara yang dapat ku pelajari. Yang paling menyentuh hati, pengorbanan senpai2 semua. Demi memudahkan urusan aku ( baca : kouhai2 ), tanpa mengira susah payah,pengorbanan yang tidak pernah dibalas, rela meluangkan masa, menghulurkan bantuan bahkan berkorban tenaga!

Sedih?

Oh, pastilah tercalit sedikit sebanyak rasa hiba dalam diri. Nampaknya, warga Yamaguchi bakal kehilangan tawa riang senpai2 yang pernah menghiasi diari kehidupan kami di Yamaguchi. Setakat itu kesedihanku, bahkan sebenarnya aku pula yang rasa teruja. Mungkin lebih tepatnya menumpang gembira. Mana tidaknya, kepulangan mereka ke tanah air pastinya mencorak lembaran baru di sana. Jika sebelum ini berjuangan dengan buku2, menyiapkan tesis, mahupun menyesuaikan diri dengan keadaan di negara matahari terbit ini, pastinya senpai2ku bakal menjejak satu lagi anak tangga.

Selepas ini mungkin cabaran yang bakal di hadapi senpai2ku lebih menduga. Sejauh mana karun pengalaman yang tersimpan dalam peti besi kehidupan mampu di keluarkan untuk dimanfaatkan.

InsyaAllah, pulangnya senpai2ku bukan hanya bersama segulung ijazah. Bukan juga hanya dengan kereta yang mewah. Atau juga harta dan wang yang melimpah ruah ( Lebih2 lagi dengan nilai tukaran Yen kepada Ringgit Malaysia sekarang. Wah, begitu menguntungkan ! ). Masih ingatkah lagi nilai2 kehidupan yang kita pelajari dari alam yang didiami manusia bermata sepet dan berbahasa Jepun ini? Manusia yang aku kira walaupun tunduknya hanya pada sunnatullah, mengundang alam menghormati mereka atas balasan prihatinnya orang Jepun ke atas mereka.

Sayounara aku ucapkan. Dalam diam hanya mampu ku bisikkan doa agar menempuh sesuatu yang lebih memaknakan kehidupanmu!

一年間、お世話になりまして、本当にありがとうございました。

P/S : Diharap ' Janji Jepun' tidak berubah ke 'Janji Melayu' :)

4 comments:

  1. sepet. mcm ada sentimen perkauman...

    ReplyDelete
  2. Teringat zaman-zaman muda di tanah sakura!

    CucuTokJanggut: sudah saya sampaikan salam anda kepada Amalia Sensei ..:)

    IlhamHamdani,
    Canberra, Australia

    ReplyDelete
  3. Beruangbuncit:
    Alan pernah tolong aku ke tidak?Ohho mestilah pernah... Walau sekadar tolong menguntum senyuman, menghulurkan salam

    IlhamHamdani:
    Terima kasih ya.Wah, sebenarnya ana masih dalam perasaan tidak sangka masih dapat menjejak berita IlhamHamdani. Subhanallah, semua itu rahmat Allah bukan?

    ReplyDelete