Pelik rasanya melihat Ashraf sudah siap mandi. Aku lihat jam.
" Dah pukul 7. Patutlah .." getusku dalam hati.
Sebelum ini Ashraf cukup liat mahu mandi petang.
" Ashraf, pergilah mandi. Kejap lagi dah azan maghrib ni! ". Aku hampir separuh menjerit menyuruh Ashraf bergerak ke bilik mandi. Biasalah budak lelaki pada usia2 begini. Jika sudah ralit bermain, memang sudah tidak ingat perkara lain.
Haha. Bukan Ashraf sahaja yang mandi lebih awal tahu? Bahkan hampir semua adik2ku termasuk aku akan mandi petang sebelum pukul 7. Kenapa ya agaknya?
" Korang, cerita Upin Ipin dah start belum ?" Aku menjerit dari halaman rumah. Sibuk membersihkan halaman tidak akan sekali menghalang aku mengikuti rancangan kesukaan kami sekeluarga.
TARBIYAH UPIN IPIN
" Opah, kitorang kecik2, mana boleh puasa", Upin mengadu pada opah bila di suruh berpuasa.
" Kecik2lah belajar puasa. Biar kita tahu bagaimana kesusahan orang yang tak dapat makan.." , opah memberi alasan penuh berhikmah.
Cerita Upin Ipin ini ku akui sarat dengan tarbiyyah secara tidak langsung. Walaupun sasarannya lebih kepada kanak2, namun aku penonton setia yang sedikit berusia ini bagai mendapat siraman tazkirah baru setiap kali menonton Upin Ipin ini. Kadangkala ada juga yang aku jadikan modal untuk menasihati adik2.
" Ashraf, pergilah solat. Kan Ashraf dah besar. Dah tadika pon "
" Ala kak, kan Ashraf kecik lagi. Belum 7 tahun lagi ", alahai Ashraf. Susah betul kakak mahu nasihat adik yang petah berhujah sepertimu.
Lalu aku mengajuk kata2 opah seperti dalam Upin Ipin.
" Ha, kecik2lah belajar solat...",sambil jari telunjukku ke gerakkan sama seperti opah. Ashraf hanya tersenyum ketika itu. Mungkin sudah mati akal agaknya.
MEI MEI JADI DAIE
" Aiya, tak puasa? Mana boleh maa.. nanti lu punya Tuhan nampak maa." Satu hari Mei Mei menegur 'Intan Payung' yang tidak berpuasa. Rasa kagum bila satu karakter kanak2 berbangsa Cina begitu memahami kewajipan seorang muslim. Bahkan dia pula yang menjadi daie.
DUA SINGGIT!
" Ala, ko tak payah pakai kasut. Pakai je selipar macam aku ni. Aku jual, dua singgit", tawar Mail bila melihat 'Intan Payung' kehilangan kasut raya berwarna merah usai solat sunat hari raya.
" Ala, tak payah tanam2 sayur ni. Ko beli je dari aku. Aku jual, dua pokok singgit..".
Aku akui, selain Upin dan Ipin, karakter Mail antara karakter yang paling aku minat. Mana tidaknya, walaupun masih kecil2 cili padi, namun otak begitu ligat untuk berbisnes. InsyaAllah, manalah tahu, dari karakter Mail ini makin ramai generasi cilik kita yang menyimpan hasrat untuk berniaga. Bawa untung pada ekonomi islam juga!
Rindu rasanya dengan kartun Upin dan Ipin sewaktu aku bercuti di Malaysia tempoh hari. Bila diselami indera keenam, masyaAllah, pelbagai tarbiyyah boleh kita perolehi. Dengan syarat, tonton bukan sekadar tonton. Tapi menonton secara 'berisi'.
P/S:
#Aku harap sangat agar makin banyak produksi seperti ini. Dan makin banyak karya yang di terbitkan bukan untuk hiburan semata2, malah mendidik jiwa2 cilik yang ada.
# Mual bila menonton rancangan2 televisyen di Malaysia. Alahai, rakyat Malaysia semua, tidak terasa seperti sedang dipermainkan ke?
No comments:
Post a Comment