Pages

Lembu punya susu

Lembu punya susu
Sapi dapat nama.

Ah.

Itu dulu kala punya cerita.

Lembu punya susu.
Tapi perut lu kembung membusung.

Lembu punya susu.
Lu sibuk mahu minum.

Lembu punya susu.
Lembu punya susulah!
Lu sibuk nak menumpang sama kenapa?

Lembu punya susu.
Lu minum lembu punya susu.
Lu tak takut kalau Tuan lu tanya lu?

" Aku dah beri kua masing2 susu,
kau masih nak teguk susu orang lain? "

" Bukan aku yang mahu minum
orang lain pun minum, aku ikut saja "

"Habis?
apa guna AKU beri kau fikir? "

p/s: yang bakal terasa aku doa moga berkesan hingga ke lubuk hati. Kerna takut dengan azab Tuhanlah penaku sebegini bisa.


galau jiwa

Dalam menempuh zaman peralihan dari remaja yang ketandusan rentak lakunya kepada fasa dewasa yang menuntut matang, tanpa sedar kadang2 diri masih mencari identiti. Sebetulnya mencari arah tujuan. Bukan persoalan selepas ini aku akan menyambung sarjana atau bekerja, bukan persoalan bila aku akan berwalimah, bukan juga persoalan setinggi gunung mana ingin ku kumpulkan aset, dan bukan juga persoalan ke mana patut ku tuju mengisi cuti Golden Week ku minggu hadapan.

Bukan tidak tahu dan tidak pernah diberitahu bahawa kita ini dari siapa, hidup untuk apa dan ke mana kita selepas ini. 3 soalan glamour, yang jika ditanya, aku pasti lancar sahaja membutir di bibir. Skema...

Mengangguk setuju tanpa fikir, benar2 jadi seksaan. Tanpa beri ruang pada hati untuk merasai, untuk memahami apa sebenarnya tuntutan dan 3 soalan glamour itu.

Pernah suatu ketika hati ini rasa bergalau yang amat. Puncanya entah dari mana. Sudah menjadi resam, hati yang berduka perlu di hiburkan. Aku cuba mencari hiburan, tapi bukan kalam Tuhan. Jiwa yang masih bergalau mencari, aku isi dengan perkara bukan2. Rasa hairan melihat ada yang suka mendengar lagu yang bukan mendidik jiwa, aku cuba menyumbatnya dalam jiwa yang lara. Rasa hairan mengapa begitu ramai yang mengisi masa dengan permainan2 di alam maya, aku sedaya upaya mencuba sendiri.

Hasilnya jiwa aku makin terseksa dan sesak makin memuncak.

Akhirnya aku mengalah, bukan ini fitrah jiwa..

" Apakah kamu tidak memerhatikan orang2 yang selalu membantah ayat2 Allah ? Bagaimana mereka di paling kan?

Iaitu orang2 yang mendustakan kitab ( al-quran ) dan wahyu yang di bawa oleh rasul2 Kami yang telah Kami utus. Kelak mereka akan mengetahui,

ketika belenggu dan rantai dipasang dileher mereka,seraya mereka diseret

kedalam air yang sangat panas kemudian mereka di bakar dalam api

kemudian dikatakan kepada mera,"Manakah berhala2 yang selau kamu persekutukan

selain Allah?" Mereka menjawab " Mereka telah lenyap dari kami, bahkan kami dahulu tidak pernah menyembah sesuatu" Demikianlah Allah membiarkan sesat orang kufur ingkar ( menentang ayat2 Allah)

Yang demikian itu disebabkan kerana kamu bersuka ria di bumi ( tanpa ) mengindahkan kebenaran dan kerana kamu selalu bersuka ria ( dalam kemaksiatan )

" Masuklah kamu ke pintu2 neraka jahannam, dan kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk2 tempat bagi orang yang sombong"

( Surah Ghafir ,40: 69 ~ 76 )


~kerana aku juga hamba sepertimu.

here i am

Lately I have been wondering so

Wondering 'bout what do I know

About this life and where do I go

After I die, how can it be so?

That some people say that it all ends

When into my grave I descend

But how can my aim of heaven be flawed

When my only wish is to be with my Lord



Oh Lord, here I am, pleading at your door

Send me Your mercy, send me Your peace or I am lost for sure

Oh Lord, here I am, yearning for the / your cure

This humble servant will be diverted from you no more...no more

And so I was called to the places my Lord

The places my Lord has blessed for all

Joining the millions that day I walked

For my eternal salvation I sought

And standing before him with all I have

two empty hands and a humbled man

I pledged my very life to Him,

Oh Lord, here I am

p/s: tak tercoret dek tulisan apa yang terpendam di jiwa, cuma mampu diluah melalui bait2 lagu sedia ada... hanya Tuhan yang tahu betapa bergalau hati yang masih mencari

Graf Sin

Orang kata, hidup bagai roda, sekejap di atas, sekejap lagi di bawah. Jika sekarang, sudah moden sedikit, wujudlah pepatah baru. Hidup manusia bagai graf sin!

Graf sin bolehlah ditafsirkan sebagai graf turun naik iman. Lumrah manusia biasa imannya tidak seperti para anbiya' yang punyai graf iman bercorak linear ( x berkadar terus dengan y ). Tidak juga seperti graf iman malaikat yang malar. Hakikatnya graf iman manusia seperti graf sin.

Mungkin secara jujurnya, kadang2 aku merasa jiwaku ( baca : imanku ) begitu sukar dalam kondisi stabil. Maka benarlah kata2 ulama'. Iman itu ibarat air mendidih. Gelojaknya cuma sekejap. Hari ini mungkin kita rasa tenang, iman kita pun sejahtera. Namun, tanpa kita jangka, iman yang tadi tinggi menjulang, bisa sahaja menurun sekelip mata. Alahai, imanku yang rapuh.

Kepala ligat berfikir, kenapa imanku begitu. Berada dalam kondisi iman yang menurun mempengaruhi seluruh aspek kehidupan. Bukan hal2 solat dan bacaan al-Quran sahaja. Malah SELURUH aspek kehidupan. Sama ada tubuh badan itu sendiri secara zahirnya, mahupun jiwa dan ruh secara batin.

Alhamdulillah, dalam kekalutan mencari membaiki lompong2 iman, Allah beri kesempatan untuk ku baca dan ladeni serangkap kata2 dari Imam Ibnul Qayyim Al-Jauzi. Kredit untuk Kak Rahmah. Moga Allah limpahkan selautan rahmat dan hodayah besertta redha buatmu ya?

"Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana
mengenal Allah beserta ketulusan hubungan dengan-Nya. Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah...
Di dalam hati juga terdapat suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya tujuan tunggal. Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang tak akan terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya. Bahkan jika hati ini diberi dunia seluruhnya beserta segala isinya, keperluan tersebut tetap tidak akan terpenuhi tanpa mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..."
-Ibnul Qayyim al Jauzi r.h.-

Jika rasa resah sekarang, jangan diubat hatimu dengan dunia. Bersendirianlah dengan Yang Mencipta. Koreksi diri dengannya..

Kertas Kecil Bernombor

Cuaca hari ini sama seperti hari2 sebelumnya. Langit tersenyum bertemankan awan, matahari memancar ceria dan kedua2nya ditemani angin yang bertiup kencang. Barangkali menyatakan salam taaruf padaku yang tidak pernah bertemu angin sekencang ini sepanjang setahun aku mendiam di sini.



Kuliyahku setiap Rabu bermula seawal jam 8.40 pagi . Subjek Fizik Gunaan 1 ( 応用物理1:ouyoubutsuri 1) membuka tirai pembelajaran hari ini. Masih ku ingat pesanan2 sensei yang masih bersisa diminda sewaktu taklimat sebelum kuliyah minggu lalu.



-perlu hadir awal ke kelas. Sebarang kelewatan adalah dilarang keras

-gunakan PEN untuk menulis kehadiran

-sebaliknya, gunakan PENSEL untuk nota.

Mungkin peringatan2 yang diberikan itu sudah terlalu biasa. Perlu hadir awal, kawal tingkahlaku dalam kelas. Yang menariknya, melihat 2 pesanan terakhir di atas menggambarkan sensei ini begitu teliti. Bahkan terlalu berhati2.

KERTAS BERNOMBOR

" Minna, saisho ni bango ga kaite aru ko iu chicchai kami o minna ni ageru..."

( Pelajar2, mula2 saya akan beri kamu kertas kecil yang bertulis nombor ini )

Terkial-kial aku menghadam kata2 sensei. Apa agaknya yang sensei ingin sampaikan sambil tangannya menjukkan demontrasi mengoyak cebisan kertas menunjukkan betapa kecilnya kertas yang bakal di edarkan.Terpinga-pinga juga aku dibuatnya kerana sensei membuka mulut tiba2 sedang aku ralit berjenaka dengan teman2.

" Soshite, kono bangowa hitori2 chigaunode, shusseki kami ni mo kaite kudasai "

( Selepas itu, disebabkan setiap orang akan mendapat nombor yang berlainan, sila tuliskan nombor dalam lampiran kedatangan yang akan di edarkan )

Sebaik sahaja sensei menghabiskan kata2, terus sensei melangkah laju menyerahkan kertas kecil berukuran 1.5cm X 2.0cm kepada pelajar2 mengikut lajur dalam dewan kuliyyah. Terkebil-kebil mataku memerhati. Otakku masih ligat untuk mencari punca dan rasionalnya sensei nombor2 yang diedarkan.

" Aaa, wakatta! "

Hampir separuh menjerit aku menuturkan. Sehingga Uki yang disebelah pun berpaling padaku, sambil mengukirkan senyuman manis buatku. Barangkali mungkin dia hairan yang aku sebenarnya terjeda lama berfikir tindakan sensei tadi. Terasa lampi pula...

" Fuseikoi fusegutame you ne "

( Nak elakkan budak2 menipu kan ?)

Sensei2 di Jepun ini biasanya menggunakan sistem mengedarkan kedatangan kepada pelajar untuk diisi sendiri oleh pelajar2. Cara itu mungkin memudahkan kerja tapi berisiko bahaya. Masakan tidak tiada pelajar yang akan menulis nama untuk teman yang tidak menghadiri kelas. Lantaran itulah ada juga sensei yang lebih suka untuk memanggil satu persatu nama pelajar walaupun pelajar2 dalam satu dewan kuliyyah kadangkala mencecah lebih daripada 100 orang!

" Kou iu komakai koto mo kangaerunanoka..?"

( Benda sekecil ini pun sensei fikir ? )

Uki bermonolog sendiri. Untuk mengelakkan pelajar2 menipu semasa mengisi kedatangan, lalu sensei cipta satu sistem baru untuk elakkan sebarang penipuan daripada berlaku. Bermakna, pelajar2 yang tiada dalam dewan kuliyyah tetap dikira tidak hadir disebabkan mereka tidak mempunyai nombor2 yang diedarkan. Maka, pelajar2 yang berhasrat untuk menipu bakal patah hati.

Tiba-tiba.

Seorang pelajar dari arah belakang dewan kuliyyah meluru laju ke arah sensei yang sedang mengajar di hadapan. Ditangan kirinya terdapat kertas kedatangan bersama sebatang pen yang digenggam erat di tangan kiri. Kuliyyah terhenti seketika. Lalu sensei pula yang berkejar ke belakang. Entah apa agaknya yang berlaku.

Oh, rupa2nya ada masalah ketika pelajar tersebut ingin memuatkan namanya dalam kedatangan. Ruangan yang tertera nombor yang dimilikinya sudah terisi dengan nama pelajar lain. Barangkali pelajar tersebut lewat ke kuliyyah. Lantas tidak tahu yang sensei telah mencipta sistem baru.

" mendoukuseina.."

( Menyusahkan je )

Merenung kembali peristiwa pagi semalam, secara tidak langsung aku mengangguk tanpa sedar. Benar kata2 yang termuat dalam entri dalam Langit Ilahi yang ku ladeni beberapa hari lepas. Ternyata ingatanku masih lagi bersisa.

"...Hari ini, ramai yang tertanya-tanya bagaimana hendak menyelamatkan dunia. Mereka buat sistem itu dan sistem ini, mereka buat peraturan itu dan peraturan ini. Mereka hendakkan dunia yang pada mereka bagus dan baik, cemerlang dan maju, aman dan makmur. Lalu mereka bangunkan pelbagai jenis sistem untuk mencapai matlamat itu.

Tetapi, tiada manusia yang sedar bahawa, kunci kepada semua itu adalah kembali menjadi HAMBA yang taat kepadaNya. ALLAH, sebagai PENCIPTA, dan TUAN yang mempunyai hak milik mutlak kepada apa yang ada di dunia ini dan di akhirat nanti, wajib untuk kita memperhambakan diri kita kepadaNya. Maka, ALLAH sebagai PEMILIK, dan TUAN yang mempunyai hak milik mutlak kepada AMAN, MAKMUR, MAJU, BAHAGIA, ini, akan memberikan kita semua itu..."

Ya, lumrah manusia untuk hidup aman dan sejahtera. Dengan keinginan kuat seperti itu lalu wujudlah pelbagai sistem dan undang2 yang melata atas muka bumi ini.

Mengenang sikap orang2 Jepun ini membuatkan aku kadangkala hairan ( baca: lucu ) dengan keprihatinan mereka. Menurut senpaiku Amir, jika memandu dilebuhraya di Jepun ini, perlu berhati2 kerana kamera berfungsi dimana2. Lebih menghairankan aku, bukan setakat kamera speedtrap di mana2, ada pula papan tanda yang memberitahu kewujudan kamera itu. Ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi Jepun mencipta alat2 yang boleh mengesan kewujudan kereta polis mahupun kamera speedtrap.

Mengetahui kelemahan manusia yang begitu sukar untuk mematuhi peraturan, maka di ciptanya lagi pelbagai peraturan bagi memastikan manusia mematuhinya. Huh, rumitnya!

" Kan bagus manusia2 atas muka bumi ini tahu yang Allah sentiasa memerhati gerak laku, bahkan setiap apa tersirat dalam dada manusia. Kan bagus kalau manusia ini benar2 beriman dengan Allah, dan Hari Akhir bahawa setiap dosa dan kesalahan itu bakal menempah siksa yang maha dahsyat di neraka.

Subhanallah. Dah cukup molek dah peraturan yang Allah cipta. Jika benar berpegang dengan iman kepada Allah, kenal sifat Allah yang Maha Melihat, rasa keberadaan Allah setiap saat, tidak perlulah manusia nak cipta sistem yang benar2 menyusahkan malah menambah beban.."

Cukup untuk kesimpulan.




Aku sudah berpunya ?

" Fizah, sudah umur 20-an ni masih belum berpunya ke..?"

Gulp.

Aduhai emak, barangkali emak lupa yang zaman sudah berubah. Jika dahulu kebanyakan gadis berkahwin muda. Emak juga begitu.

Soalan cepu emas meniti lancar dari bibir emak. Tidak sangka rasa girangku dapat berbual dengan emak bertanya khabar dan melepas rindu, emak selitkan pertanyaan yang mematikan terus kata2ku. Aku terjeda seminit dua. Mencari alasan sesuai untuk melepaskan diri.

" Mak, Fizah kan masih kecik lagi.."

" Kau ni dari dulu asyik cakap kecik lagi, masih kecik lagi. Tak sedar ke, awak tu dah besar panjang dah kak.."

Benar. Memang benar kata2 emak. Sedari kecil sehingga dewasa begini, ayat "...kakak masih kecik lagi, nanti kalau dah besar.." tidak cukup jari untuk membilang entah berapa kali aku menuturkannya.

" Emak, kalau Fizah dah besar nanti kan, Fizah nak jadi chef la mak.."

Itu cita2ku dahulu semasa disekolah rendah.

" Emak, nanti bila dah besar kan mak, Fizah nak buka sekolah dengan restoran "

Ayat yang bernada sama aku ungkapkan walaupun ketika itu aku sudah berumur 20 tahun!

Tanpa aku sedar, aku melalui tumbesaran walaupun ayat2 yang bermain dibibirku masih sama sejak kecil. Membesar tanpa sedar, kadangkala aku rasa itu suatu kerugian. Kerana apa ya?

Kerana kematangan.

Bila diri tiada sedar yang diri semakin meningkat dewasa, secara tidak langsung diri juga tidak bersedia untuk berubah menjadi matang. Menjadi matang, bukan bererti tua. Matang peribadi, lebih utama dari matang penampilan walaupun tidak aku nafikan kedua2nya utama.

Sepatutnya untuk umur2 sekarang, kita bisa mewajarkan fikiran yang kita bukan lagi muda, bahkan perlu bersiap-siaga tidak sempat ketemu tua, kita sudah di akhir usia.

Maksudnya, kematian kita bila2 sahaja!

Pernah atau tidak kau punyai pengalaman mencongak tolak sewaktu kecil menggunakan kaedah melakar garis pada sebelah persamaan. Jika 4 - 1, maka kau akan lakarkan 4 batang garis dan kau akan pangkahkan 1 batang baris. Begitu juga usia kita. Hari yang berlalu berkadar terus dengan kadar potongan atau pangkah baris2 usia kita. Entahkan baris itu hanya tinggal sebatang sekarang. Wallahua'lam.

Baru2 ini kadangkala aku tidak nafikan rasa gusar kerap menjengah diri. Diri sudah berumur ( bukan tua ), tapi masih belum mendalami siapa Sang Pencipta. Hari2 berlalu, dan batang garis semakin banyak dipangkah, tetapi jujurnya aku masih belum mencapai tujuan kenapa aku di cipta. Sesenang menutur 'senang' dibibir, insyaAllah bisa sahaja aku lancar menuturkan tujuan2nya. Benarkah aku sudah benar2 faham? Sudah benar2 aku realisasikan ?

Di beri peluang menghirup udara di negara ikan fugu ( kerana rasa fugu sangat sedap! ) ini menambah tebal kelubung resah dalam jiwa. Masakan hidup seharianku dihiasi warga yang bermatian bekerja tanpa tahu kenapa mereka perlu begitu.

Dan aku?

Terkadang2 risau andai lama-kelamaan menjadi golongan yang angguk setuju lalu mengikut jejak mereka. Katakan apa sahaja kemewahan yang tiada dibumi yang aku berdiri kini. Mahu wang? Mahu hiburan? Mahu segalanya...? Ah!

Khilafku menyangka aku kekal muda lalu ku tuturkan " aku masih kecil" , " ....jika nanti aku sudah dewasa...". Tanpa aku sedar aku tertipu dengan kata2ku sendiri.

" Anak emak sudah berpunya ? "

Sepatutnya

" Anak emak sudah bersiap-sedia ?"

harap itu bukan aku


Pada hari itu, mulutmu dikunci rapi

Persampahkan alasanmu!

Kau bernafas merintih sayu; tersiksa batin merana

Jiwa kau bergetar kencang

Kau melutut mohon simpati

Sedang hatimu menyumpah seranah dunia yang kau tinggalkan

" Aku di sini selamanya,

... di atasku langit dan aku berpijak di bumi neraka,

kerana dunia yang cuma sesaat itu,

selamanya aku di sini"

rombongan ke Kirara Ajisu

" Ko minat berblog. Aku? Kadang2 terfikir jugak apalah yang nak dibuat untuk isi masa lapang aku ni "

Senpaiku berseloroh sambil memandu. Stereng diputarkan dan kereta membelok ke selekoh sebelah kiri, serentak kesan inersia secara tak langsung posisi badan berubah ke arah yang sama.

" Kat mana lagi nak di curahkan apa yang bermain kat kepala ni kalau tidak di blog."

Aku memberi respon.

" Diari ? "
" Aku tidak minat menulis diari. Dulu pernah ter'kantoi' dengan mak. Mak baca diari aku "

Benar, aku yang baru mahu berjinak2 menulis diari ketika itu terus patah hati untuk menulis diari.

Aku dan senpaiku dalam perjalanan menuju ke rumah kouhai2. Cadangnya untuk membawa mereka berempat berjalan-jalan menghirup udara luar di Kirara Ajisu. Entah kenapa, dari maklumat yang diperoleh, hanya 2 orang sahaja yang bakal ikut. Barangkali sibuk. Entahlah.

Sibuk.

Ya, aku juga sibuk. Aku meninggalkan rumah dengan meja lapanganku yang bersepah2. Kerja2 sekolah yang di buat hanya separuh yang sempat aku siapkan. Aku turutkan kata hati untuk keluar mengambil udara luar. Udara bukan Ube, tempat tinggalku.

" Wah, natsukashii-nya yamaguchi ni. Ya Allah, lamanya aku tak nampak bukit2 hijau ni, sawah, jalan ke sana pun dah lama aku tak lalu.."

Kata2ku mengundang tawa senpaiku yang ralit memandu di sebelah. Apatah setelah dia memandang gayaku melepaskan pandangan ke luar bagai orang yang benar2 tidak ke situ.

" Ish ko ni. Tak sampai berapa bulan ko tinggalkan Yamaguchi. Belum lagi bertahun."

Benar. Penghijrahanku ke daerah Ube meninggalkan daerah Yamaguchi benar beri kesan besar kepadaku. Maklumlah, berpindah ke kampus baru khusus untuk kejuruteraan, bangunan2 sahaja yang memenuhi ruang. Pemandangannya juga lain benar dari Yamaguchi. Tiada lagi bukit bukau, sawah padi pun jarang2. Yang ada hanyalah kawasan perumahan yang padat, jalanraya yang cerun dan pencawang elektrik yang berselirat di luar kediamanku.

Jadi, walaupun kerjaku masih menimbun menanti di rumah, aku nekad untuk bebas dari belenggu. Sesak dadaku!

MENJEMPUT KOUHAI

" Awat ni sume dok pakat muka monyok je. Ada masalah ke, belajar kat sekolah? "


Terasa udara sugul ketika tiba di kediaman kouhai. Sedikit sebanyak naluriku mencium 'bau murung' di situ.

" Saya tak biasa lagi kot dengan suasana. Nak kata susah, entahlah. Tapi rasa kalut pulak. Nak2 bila lepas jikken ( eksperimen ) tu. Down terus ".

Aku tersenyum mendengar. Sedikit sebanyak aku terkenang kembali bagaimana keadaaan aku dahulu tatkala baru2 menjejak kaki ke kelas. Segalanya nampak asing. Kadangkala rasa beban yang menyesak dada bila kata2 sensei langsung tidak difahami, dengan tulisan di papan hijau bagai cacing halus, dan perasaan ditiadakan kewujudan di kalangan pelajar Jepun. Ah, manisnya pengalaman itu!

HANTU DI KUROKAWA?

Sewaktu menanti kouhai2 bersiap, kouhaiku yang lain membuka cerita.

" Kak, tempat ni memang keras ke? Kitorang bertiga melainkan Ocean sume dah rasa macam2 "

Aku berkerut dahi. Hairan rasanya. Sepanjang kami mendiami Kurokawa ( nama apartment ) dahulu, serasa aku aku belum pernah lagi bertemu dengan perkara2 aneh berkaitan 'makhluk itu'. Apatah lagi tidak pula pernah mendengar cerita dari teman2 yang menginap sama di apartmen itu.

" Tak pernah la pulak akak jumpa benda2 tu. Kenapa ya agaknya ? "

Secara tidak langsung fikiranku ligat mencari punca.

" Pernah baca yasin, atau ayat2 quran lain tak? Maksud akak secara ramai2 "

" Belum lagi "

" Takpe, insyaAllah cuba ikhtiarkan ya?".

KIRARA AJISU

Seusai menjemput kouhai2 dari kediaman mereka, kami tidak terus ke Kirara. Sebaliknya pulang dahulu ke kediamanku untuk solat asar. Jika ikut jadual, mahu bertolak serentak dengan senpai2 lain selepas asar, jam 4.00 petang khabarnya.

Tamam solat asar berjemaah bersama kouhaiku, aku dapati air mukanya lebih tenang berbanding sebelum ini. Mungkin ini saat yang sesuai untukku katakan sesuatu.

" Takpe kalau kita di uji. Lapangkan dada, jangan resah dan fikir susah. Paling utama, banyak doa kat Allah moga di permudahkan segala kerja. InsyaAllah "
Moga berkesan di hatimu, insyaAllah.



Kami bertolak serentak ke sana. Aku dan dua kouhai perempuan menumpang di Altezza milik Amir dan Syamim. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setengah jam. Segar rasanya menghirup udara semulajadi dari luar. Di tambah pula Amir memilih untuk membuka tingkap lantaran ada kouhaiku yang sedikit alergi dengan udara dalam kereta.

Tiba di Kirara, senpai2 yang lain sudah lama menanti di situ. Macam2 posisi mereka saat itu. Ada yang duduk melayan perasaan memandang alam, ada yang membaling batu di kolam hadapan dan macam2 lagi. Bila sudah berkumpul begini, punat kemera pasti tidak lekang di tekan. Macam2 gaya mereka beraksi.



Aku yang mengambil langkah lambat untuk berjalan, ketinggalan jauh di belakang. Mujur ada Iza di sebelahku. Aku lebih suka menghayati sendiri pemandangan di situ. Dalam masa yang sama mengambil gambar dari posisi pelbagai.







Aku mendongak kepala ke atas. Hari ini langit berawan! Belum pernah lagi hari yang cerah seperti hari ini langit di temani awan. Biasanya kesepian membiru keseorangan. Kenapa ya ?

Aku lemparkan pandangan ke arah lautan di sana. Kelihatan bot2 kecil belayar. Kedengaran riuh tawa kanak2 Jepun di tebing yang seronok melempar batu ke lautan. Ada juga di kalangan senpaiku yang berminat sama melempar. Bagai mahu berlumba dengan kanak2 itu. Siapa lebih hebat antara mereka.


Melihat pemandangan laut saat itu, terselit hairan dalam hati. Mana penghujung garis air dan langit? Seakan2 garis pemisah antara keduanya tiada. Subhanallah. Lautan yang tidak bertepi, tidak sebanding dengan ilmuMu. Teringat ayat 109 Surah al-Kahfi yang kerap di putarkan di corong radio IKIM.fm


" Katakanlah, seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat2 Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai ( penulisan ) kalimat2 Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula sebagai bantuan "



" Semua dah tenang dan puas ? Jom balik "

Aku mengajak pulang. Jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Maghrib sudah masuk 10 minit yang lalu.

Kami bertolak pulang meninggalkan Kirara Ajisu yang semakin sirna dari pandangan. Alhamdulillah, aktiviti hari ini mengurangkan sesak dalam dada. Membebaskan aku dari belenggu. Moga pergi bukan untuk suka2. Lihat dengan mata, moga menyusup terus dalam hati. Nilailah betapa Maha Hebat Allah yang menciptakan segalanya.








kafir yang taat


" Alamak, dah lambat ni. Nak pergi kelas lagi. Nak kena buang sampah2 ni pagi ni jugak.."


Aku masih ingat lagi monologku 3 bulan yang lepas. Keika itu jam menunjukkan pukul 8.20 pagi. Sedang kuliyahku bermula pada jam 8.40 pagi. Aku masih belum merias diri lagi ketika itu. Manakal sampah plastik yang sudah berlambakan dalam karung perlu aku buang pagi itu juga. Hari khamis merupakan hari pembuangan sampah2 plastik.


" Lantaklah sampah2 ni. Plastik kat kotak ni tak payahlah nak asingkan. Nanti masukkan dalam moyaseru ( sampah boleh bakar ) gomi je la nanti.."


Hati aku memujuk. Sebetulnya menghasut.


" Eh, aku ni kalau tak chanto ( betul2 ) buang, perangai aku lagi teruk dari Nihonjin ni. Dorang dok susah payah jaga, buat peraturan, aku pulak yang tak ikut. Alahai aku ni..."


Bisikan kanan bersuara. Langsung aku mengasingkan plastik yang berada di kotak walaupun mengambil masa. Tiba2 rasa malu menerpa entah dari mana. Benar, ianya secebis hal yang bisa di anggap remeh. Tapi dari situ letaknya iman kita.


"....serendah2 iman adalah membuang duri di jalanan..."


Mungkin orang tidak tahu jika aku berkelakuan mencampurkan sampah2 sesuka hatiku. Malas mahu mengumpul kertas, kotak2, bisa sahaja aku campurkan sekali dalam moyaseru gomi. Malas mahu membuang sampah plastik, bisa sahaja aku sekalikan bersama sampah moyasenai gomi ( sampah tidak boleh dibakar ). Lebih mudah bukan?


Jika begitu kenapa mereka yang berkenaan bersusah payah membuat peraturan untuk bunbetsu (mengasingkan) sampah mengikut kategori2 yang berlainan. Moyaseru gomi, moyasenai gomi, kami ( kertas dan kotak ), pet-bottle, alat elektrik. Bukan sekadar moyaseru dan moyasenai sahaja.


Dan rakyat Jepun, kenapa mereka perlu bersusah payah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Walaupun perlu menyediakan tong sampah yang berbeza di setiap rumah, mengasingkan sampah mengikut kategori yang ditetapkan, melihat jadual pembuangan sampah, dan keluar membuang sampah seawal jam 7.00 pagi setiap hari!


Apa yang mendorong mereka berbuat demikian?


TAKLIMAT BUANG SAMPAH


Teringat aku semasa hari orientasi minggu lepas. Walaupun aku dan teman2 satu kursus mendaftar sebagai pelajar tahun 2, tetapi masih lagi perlu menghadiri orientasi. Ini sempena kemasukan kami sebagai pelajar baru di Kampus Kejuruteraan, Universiti Yamaguchi ( Kougakubu Yamaguchi Daigaku ), maka kami di anggap sebagai pelajar baru. Sudah pastilah orientasi yang diadakan berkenaan taklimat yang berkaitan kampus, matapelajaran yang terlibat, dan pensyarah2 yang bakal mengajar kami sepanjang 3 tahun pengajian yang berbaki.


Akan tetapi, satu slot berkaitan pembuangan sampah di selitkan sekali semasa orientasi. Maklumlah, sudah berpindah ke daerah baru, sedikit sebanyak peraturan pembuangan sampah juga sedikit berbeza dengan yang dahulu. Teman2 semuanya mendengar dengan teliti. Walaupun hanya berkenaan sampah!


" Telah tampak kerosakan di darat dan di laut di sebabkan kerana perbuatan tangan manusia. Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) "

( Surah Ar-Rum, 30 : 41 )


Jangan persoalkan bila negara kita yang kebanyakan rakyatnya 'mengaku' beragama Islam ditimpa pelbagai bencana alam.


Jangan persoalkan mengapa negara yang majoriti rakyatnya tiada kepercayaan kepada Tuhan bisa hidup aman dan punyai alam semulajadi yang menakjubkan.


Tanya pada diri, adakah kita ini berbudi pada bumi?
Kerana disitu letaknya iman kita.

Walaupun hanya sekadar mengasingkan sampah!

Konsep penuh: versi facebook


"Hai cek kak, asyik jawab kuiz je.. yoyu (lapang) sangat ke ..?"

Aku membaca komen senpaiku yang terpapar dalam ruang facebook. Aku terdiam agak lama. Bagaimana ingin aku coretkan dengan gaya bahasa yang paling tepat dan sopan kenapa aku begitu banyak menjawab kuiz2 dalam facebook.

Sekadar menyedapkan hati dan mengharap agar komen yang ditulis mencetus sesuatu, aku membalas...

" Sahaja aku mahu menguji dan merasa. Kenapa orang begitu ramai untuk menjawab kuiz2 yang ada dalam facebook ni..."

Tidak sampai sebulan aku membuka ruangan facebook milikku sendiri. Mungkin teman2 yang lain sudah terlalu senior mengulati facebook . Bukan aku tidak tahu perkhabaran teman2 akan keseronokan facebook ini. Sebelum ini aku sekadar mendengar, dan kini aku mencuba sendiri!

Memang benar, facebook amat seronok. amat interaktif dan... macam2 lagi. Menjawab kuiz2 bagai satu ketagihan yang sukar dihenti. Lebih2 lagi bila mendapat respons yang bertubi2 dari teman2. Dan aku boleh buat kesimpulan facebook ini adalah versi terbaru friendster yang ditinggalkan.

Bukan..bukan aku selayaknya mahu mengulas tentang facebook, fungsi2 facebook,dan apa2 sahaja mengenainya. Cuma 'konsep penuh' menguis2 fikiran setiap kali aku ralit dengan keseronokan.

'Konsep penuh: manusia yang jiwanya dipenuhkan dengan perkara remeh akan terlepas pandang dengan perkhabaran besar yang sepatutnya dia tahu. Bagai insan yang sedang lena, diulit dengan mimpi2 indah sedang ada api besar dan marak di sebelah...'

Masa terus berlalu, kematian semakin hampir, . Sedang manusia masih belum tahu untuk apa dia dicipta.

Ya, manusia dicipta untuk mati. Maka persiapkanlah diri untuk mati.

p/s: facebook hanya sebagai contoh benda2 picisan jika melalaikan. Tidak salah jika facebook disalurkan untuk jalan2 mendekati Allah. Kalau begitu, silakanlah ber'facebook' :D

Golden Week Gathering 2009

" Kak, kat Disney Land ni camne nak solat? Mana ada tempat solat kat sini ni ?"



" La, camne nak solat kalau takde telekung? Tak biasalah..."



" Wudu' dengan segelas air je? Cukup ke? "



" Sempat ke nak solat ni. Dah kelas sume strait je nih. Rehat pun kejap "







Pernah atau tidak terlintas persoalan2 ini sepanjang di Jepun? Atau persoalan2 lain yang berkaitan fekah seperti solat, khuf dan sebagainya?



Mahukan jawapannya...?



Jom, kita ke Golden Week Gathering 2009...~



Ada apa di sana tu?



Ha, bukan setakat penuh poket dengan ilmu, insyaAllah dapat juga bertemu teman2 seluruh Jepun.

Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang!

tarikh tutup mendaftar : 25 April 2009


p/s : membilang hari untuk ke sana~





bukan sekadar kenyang sushi

" Fizah, malam ni nak makan sushi tak? Pukul 7.."

Senpaiku, Kak Akmal menghantar pesanan melalui YM petang semalam. Wa, nampaknya terkabul juga permintaanku yang kepingin benar makan sushi.

" Ok, kak. Terima kasih na.. Macam faham2 jek."

TIDAK SEPERTI BIASA

Lama menunggu untuk tiba giliran dipanggil. Mungkin kerana pelanggan malam ini ramainya melebihi hari2 biasa. Mungkin juga kerana kami tiba agak lewat sekitar 7.45 malam. Bukan tidak ada kedai sushi yang berdekatan dengan kediaman. Tapi, alang2 sekali sekala teringin makan sushi, biarlah memilih yang paling sedap, yang paling memuaskan hati!

Lebih 30 minit menunggu, akhirnya kami di panggil. Muka yang sebentar tadi masam mencuka mula berubah ceria. Dalam kepala terbayang2 menu sushi yang bakal dimakan malam itu. Ada juga terlintas berapa pinggan sushi akan di makan. Bagai masing2 mahu berlumba.

Bila masing2, sudah melabuhkan diri atas kerusi, baru tersedar yang serbuh o-cha diatas meja sudah kehabisan. Aku memberitahu kepada pekerja berdekatan. Sambil mencuri pandang ke arah 'dapur' di tengah2. Kelihatan 2 orang pekerja sahaja yang bertungkus lumus membuat sushi. Pekerja yang aku lihat berada di kaunter tadi, kini beralih tugas mengemas meja.

" Erm, kurang pekerja ni. Tengoklah, dua orang je yang buat sushi tu..."

" Betul gak. Patutlah kosong je kat benda ni.."

sambil aku menghalakan jari ke 'meja sushi' yang sedang berputar.

" kan best kalau satu meja satu pekerja..."

kata senpaiku langsung membuat kami ketawa berderaian. Memecah sunyi kedai sushi yang dari tadi memainkan muzik berirama sentimental.

***
namun selepas hampir satu jam...

" Wei, aku baru makan satu pinggan sejak tadi. Sushi yang di order pon belum sampai2 lagi.."

" Betullah. Kalau dulu time2 macam ni biasanya dah lebih sepuluh pinggan "

aku menambah. Benar, kalau setahun yang dulu, biasanya meja2 sudah dipenuhi susunan pinggan2 yang bertingkat2. 10 pinggan bagi seorang lelaki itu terlalu biasa.

" erm, di sinilah letaknya nilai mendidik sabar "

SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA!

" Dek..dek..dek.."

ketika itu jam menunjukkan pukul 10.30 malam.

Masing2 rasa tidak sedap hati mendengar bunyi yang agak pelik sewaktu Kak Akmal mengundurkan keretanya. Pergerakan kereta juga lain dari biasa.

" Awat keta ni. Lain macam jek. Jap ye, Kak Akmal kuar tengok jap "

terus Kak Akmal keluar menuju ke belakang. Bila berpuas hati tiada apa2 yang tidak kena pada tayar belakang, Kak Akmal beralih menuju ke hadapan.

" La.. tayar pancit! Fiza, call Wan, tak pun Poji cakap keta Kak Akmal pancit ".

telefon bimbit dalam tas tangan segera aku capai. Terus aku dail nombor telefon Poji.

" Hello. Poji, keta Kak Akmal pancit ni "

Poji tidak segera menjawab. Aku mendengar Poji memberitahu pada seseorang. Barangkali itu suara Wan.

" Ok2. Ada tayar spare kan? Pergilah betulkan"

Poji membalas. Kedengaran deraian tawa selepas itu. 'Gurauan'nya bolehlah ku terima untuk mengurangkan tegang antara kami malam itu.

Sambil menunggu kereta yang dipandu Wan tiba, Kak Akmal, Dena, Haz dan aku masing2 memilih untuk berdiam diri.

" Fiza, penah tak nampak benda yang naikkan kereta time nak tukar tayar tu ? Sugoi ( hebat ) ne benda tu. Walaupun kecik, tapi boleh angkat kereta yang berat. Fiza tau tak camne benda tu berfungsi? "

Dena bertanya padaku.

" Oh, benda tu kalau tak silaplah kan orang panggil 'jack'. Tapi tak taulah macam mana dia gerak. Silap haribulanlah Dena tanya kat orang yang tak drive ni.."

balasku sambil tersenyum memandang Dena. Dena cuma mengangguk2. Dan suasana menjadi senyap kembali selepas itu.

Tidak lama selepas itu, kereta yang di pandu Wan pun tiba. Alhamdulillah, syukur rasanya.

DAH PASANG?

" Dah pasang belum tayar tu ? "

tanya Wan sejurus keluar dari kereta. Masing terdiam. Tidak ku sangka kata2 dalam telefon tadi bukan gurauan. Terus Kak Akmal ke belakang kereta membuka bonet dan mengambil tayar spare. Aku sekadar membantu memegang lapik bonet yang menghalang pergerakan Kak Akmal untuk mengeluarkan tayar.

Dengan memberi panduan apa yang sepatutnya dilakukan, Wan memandu Kak Akmal menukar sendiri tayar kereta yang pancit. Asalnya mahu barangkali berhajat dibantu, sebaliknya diri sendiri yang melakukan. Mungkin pertama kali berhadapan dengan masalah seperti ini rasa kekok untuk tangani.

Poji tercegat setia berdiri sambil memegang lampu suluh kecil di tangan. Sedang Kak Akmal bertungkus lumus memutar skru untuk menukar tayar yang pancit. Wan masih terus menerus memberi panduan. Aku sekadar memerhatikan. Perlahan2 aku memerhatikan.

" Yatta..! "

Alhamdulillah. Syukurlah, akhirnya selesai juga kerja2 menukar tayar yang pancit tadi. Lebih memuaskan hati bila diri sendiri yang melakukan.

Bila aku kenang tindakan Wan yang tidak mengambil langkah untuk tidak terus membantu menukar tayar, aku rasa itu tindakan yang wajar. Barangkali kerana sudah begitu terbiasa dengan didikan abah terhadap kami adik beradik. Sejak kecil lagi abah mendidik kami untuk berdikari. Walaupun pernah dahulu terselit rasa tidak puas hati kerana tidak ' dimanjakan' seperti teman2 seusia yang lain, tapi rupa2nya itulah bekalan abah padaku. Hingga kini aku tidak kisah walaupun terpaksa melakukan segalanya sendirian.

" Dena nak tahu macammana 'jack' tu berfungsi ? "

aku memberitahu Dena dengan muka yang teruja. Rasa seronok bila dapat membantu menjawab persoalan temanku. Alhamdulillah, sepanjang aku perhatikan Kak Akmal menukar tayar sebentar tadi, secara tidak langsung banyak perkara yang aku pelajari. 'Jack' yang menjadikan skru ( jika silap sila betulkan ) menggunakan prinsip momento dan tork untuk berfungsi. Juga baru aku tahu bagaimana untuk mudah membuka skru. Cara mudah untuk membuka skru ini aku perolehi dari butir bicara Wan.

" Terima kasih untuk malam ini. Bukan sahaja aku kenyang sushi. Kenyang juga pengetahuan dan pengalaman.."

p/s: teringat kata2 Kak Aleen mengenai hadith 'ajaib'. "Segala-galanya baik bagi seorang muslim. Jika diberikan kebaikan, dia bersyukur. Jika di uji,dia sabar. Dua2 ada ganjaran.".. Subhanallah, tinggal kita sahaja yang mahu menilai. Tarbiyah ( didikan ) dari Allah itu datang di mana2 kan?

Ada apa dengan hanami @ sakura ?

" Ruhana, kenapa ye agaknya kita ni sibuk2 nak pergi hanami? Kalau setakat nak makan2, nak gelak2, nak sembang2 berlatarkan pemandangan sakura yang cantik, kalau bukan sekarang pun takpe kan?..."
Sengaja aku mengumpan kouhaiku yang baru 2 minggu menjejakkan kaki di sini. Sekadar provokasi bahkan inginku tahu apa butir bicara yang bakal keluar dari bibirnya. Bosan juga jika dia yang kelihatan asyik menggoreng karipap tanpa bercakap sepatah kata pun.

" Entahlah kak, saya pun tak tahulah kenapa ..."

Balasnya sambil melemparkan senyum padaku.

" Blur kot agaknya pagi2 ni.."

Aku membuat telahan. Noktah.

ADA APA DENGAN SAKURA?

Sayang sakura, kembangmu hanya sementara.


" Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dalam silih pergantian malam dan siang, terdapat tanda kebesaran bagi orang yang berakal...

...iaitu orang yang mengingati Allah, sambil berdiri dan duduk, dan dalam keadaan berbaring mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi seraya berkata, Wahai Tuhan kami tidaklah engkau menciptakan ini dengan sia2, Maha Suci Engkau, hindarilah kami dari azab neraka.."

( Surah Ali-Imran 190-191)

Alhamdulillah, semua warga Yamaguchi dapat berkumpul sama di Tokiwa Kouen. Cuaca yang cerah, langit membiru tanpa di temani awan, orang ramai yang memilih hari ini untuk hanami sudahpun memenuhi ruang sejak awal pagi. Bahagia rasanya bila melihat semuanya berkumpul sama. Lebih2 lagi warga Yamaguchi bertambah ahlinya. Walaupun ada yang pertama kali bersua, namun cepat mesranya.

Sementara menunggu pelajar lelaki menghidupkan api untuk menyiapkan BBQ, aku dan beberapa teman lain memilih untuk berjalan mengelilingi kawasan tasik di Tokiwa Kouen. Bila ku tanyakan pada senpaiku yang sudah 4 tahun mendiami Yamaguchi, menurutnya Tokiwa Kouen merupakan kawasan tasik terbesar di Jepun.

Kami mula berjalan dengan kumpulan yang agak besar. Perjalanan terhenti berkali2 kerana masing2 ingin bergambar. Juga kami terpaksa berhati2 semasa berjalan dikawasan lalu lalang orang Jepun. Silap hari bulan, takut di kejar anjing!

Kemudian kami berpecah ke kumpulan kecil. Aku lebih selesa berjalan dengan 2 orang kouhaiku, Ocean dan Ruhana. Bila kami bertiga bergandingan, pasti ada sahaja cerita yang keluar. Maklumlah, kouhai2ku ini petah bercerita. Kadangkala cerita2 mereka ini mengundang tawa. Memecah sunyi Tokiwa Kouen.

" Cean, akak nak tanya Cean lah. Kenapa ye agaknya sakura ni orang Jepun pandang tinggi sangat? Apalah yang special sangat ye? Ye lah, selain sakura ni waktu kembangnya sekejap je, Cean rasa camne ye..?"

Teringin sekali aku mendengar butir bicara dari Ocean. Ocean ini ku lihat luas pemikirannya.

" Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi kan kak, apa yang Ocean rasa lah kan, orang Jepun pandang sakura ni sebagai bunga yang hebat. Mana taknya, lepas bertarung dengan kesejukan masa fuyu ( musim sejuk ), dia jadi bunga yang cantik pulak masa haru ( musim bunga ). Dia terpaksa harungi perubahan 2 musim. Hebat kan sakura ni? "

Aku dan Ruhana terkedu. Masing2 membawa pandangan ke tasik yang luas terbentang. Kelihatan angsa putih dan hitam mendekati tebing menghampiri pengunjung yang memberi makan. Sedang perasaan kagum menyusup masuk dalam hati. Kata2 Ocean tadi bagai menambah nilai dalam kamus hidup aku.




" Cean, nak tahu. Kata2 Cean ni menyambung puzzle dalam kepala akak ni tau. Baru akak faham macammana nak kaitkan dengan apa yang akak dengar dan fikir selama ni. Ye lah. Kenapa sakura ini begitu dihargai..."

Ocean tersipu2 malu. Mungkin segan bila dipuji sebegitu.

" Korang nak tahu, apa yang ada dalam kepala akak sekarang? "

Masing2 menggeleng. Bahkan bagai menanti meminta aku meneruskan kata.

" Sakura ni macam manusia. Manusia yang hebat tu macam sakura."

" Sakura tu akak kira melambangkan seorang manusia ( baca : muslim ) yang hebat. Punyai iman yang teguh, dan akhlak yang indah. Untuk jadi manusia macam tu pulak, perlulah bersusah2 macam apa yang dilalui sakura waktu fuyu tu. Macam dugaan kat dunia ni yang menguji iman. Kalau dia dapat lalui semua ni, insyaAllah dia akan jadi orang hebat. Muslim yang hebat, yang punyai akhlak yang indah ini kan jadi penyejuk mata pada orang ramai. Semua orang suka dengan dia..."

" Tapi, sakura ni kembangnya sekejap je kan? Macam manusia jugaklah. Masa hidup kita kat dunia ni kan singkat. Tapi dalam masa yang singkat ni, kalau kita jadi hamba yang benar2 hamba, punyai akhlak yang baik tu tadi, insyaAllah hidup kita amat bermakna. Walaupun sesingkat seminggu. Macam sakura.."

Subhanallah, tidak aku sangka,hebatnya yang Maha Mencipta. Ibrah yang diperoleh hari ini benar2 memberi makna. Menambah nilai untuk hanami kali ini.



Aku cuba membandingkan.

Aku lihat, orang Jepun membakar BBQ, aku ( baca: kami ) pun begitu.

Orang Jepun berkumpul sesama kenalan dan saling bergurau senda, mengerat silaturrahim, aku ( baca: kami ) pun begitu.

Apa bezanya antara aku ( baca: kami ) dan orang Jepun yang meraikan hanami jika tidak memandang segalanya sebagai tanda hebatnya Dia yang menciptakan.

Makan bukan sekadar makan.

Bergambar bukan sekadar kenangan.

Bergurau bukan sekadar mengerat hubungan.

Moga hanami menambah nilai kehambaan.

Duduk2, makan2, sembang2, di bawah rimbunan sakura

Terima kasih ya kalian, sedap sungguh ayam tu! Dimana ada kamera, disitu kami berada!




# Hanami Yamadai,
Tokiwa Kouen, Ube.

Menebus tenang

Entah kenapa, seminggu dua ini aku rasa gelisah yang amat. Fikiran tidak tentu hala. Kadang2 rasa takut, gelabah bagai berhadapan dengan suatu ancaman besar. Di hadapan mata, berdiri `mereka yang di nanti`. Lantas mahu ku sampaikan khabar dan berita besar padanya. Tapi lidah terus kelu. Kenapa ya, agaknya?

Mungkinkah satu kesalahan yang sepatutnya jadi kesalan pada aku membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Tidak ku sangka, lompong dalam jiwa yang ditinggalkan cuma 3,4 minggu membesar begitu cepat. Tanpa makanan ruhi yang seharusnya jadi makanan rutin untuk jiwa, tanpa aku sedar kontang pula yang menapak dalam jiwa.

Yang berlalu, biar berlalu. Bukan untuk ditangisi, bukan perlu dikesali. Jelajah kembali jiwa untuk cari apa yang kontang, mana yang gersang.

Teringat kata2 kouhaiku semasa kami bersembang selepas sarapan pagi,

"Akak nak tahu, sebenarnya kan, manusia ni semangatnya hanya bertahan untuk 48 jam je. Kalau tak diberi perhatian yang berterusan, semangat tu akan hilang camtu je. Macam saya ni lah. Dulu lepas balik BTN semua dok semangat sangat. Sekarang ni dah takde dah..."

Aku cuma tersenyum. Butir bicara dari bibirnya alhamdulillah menyentak lamunan. Bagai menyedarkan aku yang ruhi itu perlu terus2an di beri makanan.

Carilah kembali semangat itu!

Aku sendirian selepas itu. Kouhai2ku sudah pulang ke rumah masing2. Teman2ku yang lain memilih untuk menemani kouhai pulang. Tinggallah aku yang memilih untuk bersendirian. Membaca kisah Nabi Muhammad SAW yang memilih untuk beruzlah (berasingan) dari masyarakat jahiliah ketika itu yang mula hanyut. Baginda bersendirian untuk dekat pada yang Maha Pencipta. Mengenal hakikat diri. Memamg sunnatullah para anbiya` begitu.

Datang suara dalam hati kuat membisik.

" Ayunkan langkahmu, musafirkanlah dirimu...! "
.

Ayat hari ini 1

" agar Allah menghapus perbuatan mereka yang paling buruk yang pernah mereka lakukan dan memberi pahala kepada mereka dengan yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan..."

( Surah Az-Zumar : 35 )

***

p/s: rindu mereka...