Pages

Kertas Kecil Bernombor

Cuaca hari ini sama seperti hari2 sebelumnya. Langit tersenyum bertemankan awan, matahari memancar ceria dan kedua2nya ditemani angin yang bertiup kencang. Barangkali menyatakan salam taaruf padaku yang tidak pernah bertemu angin sekencang ini sepanjang setahun aku mendiam di sini.



Kuliyahku setiap Rabu bermula seawal jam 8.40 pagi . Subjek Fizik Gunaan 1 ( 応用物理1:ouyoubutsuri 1) membuka tirai pembelajaran hari ini. Masih ku ingat pesanan2 sensei yang masih bersisa diminda sewaktu taklimat sebelum kuliyah minggu lalu.



-perlu hadir awal ke kelas. Sebarang kelewatan adalah dilarang keras

-gunakan PEN untuk menulis kehadiran

-sebaliknya, gunakan PENSEL untuk nota.

Mungkin peringatan2 yang diberikan itu sudah terlalu biasa. Perlu hadir awal, kawal tingkahlaku dalam kelas. Yang menariknya, melihat 2 pesanan terakhir di atas menggambarkan sensei ini begitu teliti. Bahkan terlalu berhati2.

KERTAS BERNOMBOR

" Minna, saisho ni bango ga kaite aru ko iu chicchai kami o minna ni ageru..."

( Pelajar2, mula2 saya akan beri kamu kertas kecil yang bertulis nombor ini )

Terkial-kial aku menghadam kata2 sensei. Apa agaknya yang sensei ingin sampaikan sambil tangannya menjukkan demontrasi mengoyak cebisan kertas menunjukkan betapa kecilnya kertas yang bakal di edarkan.Terpinga-pinga juga aku dibuatnya kerana sensei membuka mulut tiba2 sedang aku ralit berjenaka dengan teman2.

" Soshite, kono bangowa hitori2 chigaunode, shusseki kami ni mo kaite kudasai "

( Selepas itu, disebabkan setiap orang akan mendapat nombor yang berlainan, sila tuliskan nombor dalam lampiran kedatangan yang akan di edarkan )

Sebaik sahaja sensei menghabiskan kata2, terus sensei melangkah laju menyerahkan kertas kecil berukuran 1.5cm X 2.0cm kepada pelajar2 mengikut lajur dalam dewan kuliyyah. Terkebil-kebil mataku memerhati. Otakku masih ligat untuk mencari punca dan rasionalnya sensei nombor2 yang diedarkan.

" Aaa, wakatta! "

Hampir separuh menjerit aku menuturkan. Sehingga Uki yang disebelah pun berpaling padaku, sambil mengukirkan senyuman manis buatku. Barangkali mungkin dia hairan yang aku sebenarnya terjeda lama berfikir tindakan sensei tadi. Terasa lampi pula...

" Fuseikoi fusegutame you ne "

( Nak elakkan budak2 menipu kan ?)

Sensei2 di Jepun ini biasanya menggunakan sistem mengedarkan kedatangan kepada pelajar untuk diisi sendiri oleh pelajar2. Cara itu mungkin memudahkan kerja tapi berisiko bahaya. Masakan tidak tiada pelajar yang akan menulis nama untuk teman yang tidak menghadiri kelas. Lantaran itulah ada juga sensei yang lebih suka untuk memanggil satu persatu nama pelajar walaupun pelajar2 dalam satu dewan kuliyyah kadangkala mencecah lebih daripada 100 orang!

" Kou iu komakai koto mo kangaerunanoka..?"

( Benda sekecil ini pun sensei fikir ? )

Uki bermonolog sendiri. Untuk mengelakkan pelajar2 menipu semasa mengisi kedatangan, lalu sensei cipta satu sistem baru untuk elakkan sebarang penipuan daripada berlaku. Bermakna, pelajar2 yang tiada dalam dewan kuliyyah tetap dikira tidak hadir disebabkan mereka tidak mempunyai nombor2 yang diedarkan. Maka, pelajar2 yang berhasrat untuk menipu bakal patah hati.

Tiba-tiba.

Seorang pelajar dari arah belakang dewan kuliyyah meluru laju ke arah sensei yang sedang mengajar di hadapan. Ditangan kirinya terdapat kertas kedatangan bersama sebatang pen yang digenggam erat di tangan kiri. Kuliyyah terhenti seketika. Lalu sensei pula yang berkejar ke belakang. Entah apa agaknya yang berlaku.

Oh, rupa2nya ada masalah ketika pelajar tersebut ingin memuatkan namanya dalam kedatangan. Ruangan yang tertera nombor yang dimilikinya sudah terisi dengan nama pelajar lain. Barangkali pelajar tersebut lewat ke kuliyyah. Lantas tidak tahu yang sensei telah mencipta sistem baru.

" mendoukuseina.."

( Menyusahkan je )

Merenung kembali peristiwa pagi semalam, secara tidak langsung aku mengangguk tanpa sedar. Benar kata2 yang termuat dalam entri dalam Langit Ilahi yang ku ladeni beberapa hari lepas. Ternyata ingatanku masih lagi bersisa.

"...Hari ini, ramai yang tertanya-tanya bagaimana hendak menyelamatkan dunia. Mereka buat sistem itu dan sistem ini, mereka buat peraturan itu dan peraturan ini. Mereka hendakkan dunia yang pada mereka bagus dan baik, cemerlang dan maju, aman dan makmur. Lalu mereka bangunkan pelbagai jenis sistem untuk mencapai matlamat itu.

Tetapi, tiada manusia yang sedar bahawa, kunci kepada semua itu adalah kembali menjadi HAMBA yang taat kepadaNya. ALLAH, sebagai PENCIPTA, dan TUAN yang mempunyai hak milik mutlak kepada apa yang ada di dunia ini dan di akhirat nanti, wajib untuk kita memperhambakan diri kita kepadaNya. Maka, ALLAH sebagai PEMILIK, dan TUAN yang mempunyai hak milik mutlak kepada AMAN, MAKMUR, MAJU, BAHAGIA, ini, akan memberikan kita semua itu..."

Ya, lumrah manusia untuk hidup aman dan sejahtera. Dengan keinginan kuat seperti itu lalu wujudlah pelbagai sistem dan undang2 yang melata atas muka bumi ini.

Mengenang sikap orang2 Jepun ini membuatkan aku kadangkala hairan ( baca: lucu ) dengan keprihatinan mereka. Menurut senpaiku Amir, jika memandu dilebuhraya di Jepun ini, perlu berhati2 kerana kamera berfungsi dimana2. Lebih menghairankan aku, bukan setakat kamera speedtrap di mana2, ada pula papan tanda yang memberitahu kewujudan kamera itu. Ditambah lagi dengan kecanggihan teknologi Jepun mencipta alat2 yang boleh mengesan kewujudan kereta polis mahupun kamera speedtrap.

Mengetahui kelemahan manusia yang begitu sukar untuk mematuhi peraturan, maka di ciptanya lagi pelbagai peraturan bagi memastikan manusia mematuhinya. Huh, rumitnya!

" Kan bagus manusia2 atas muka bumi ini tahu yang Allah sentiasa memerhati gerak laku, bahkan setiap apa tersirat dalam dada manusia. Kan bagus kalau manusia ini benar2 beriman dengan Allah, dan Hari Akhir bahawa setiap dosa dan kesalahan itu bakal menempah siksa yang maha dahsyat di neraka.

Subhanallah. Dah cukup molek dah peraturan yang Allah cipta. Jika benar berpegang dengan iman kepada Allah, kenal sifat Allah yang Maha Melihat, rasa keberadaan Allah setiap saat, tidak perlulah manusia nak cipta sistem yang benar2 menyusahkan malah menambah beban.."

Cukup untuk kesimpulan.




2 comments:

  1. Salam,

    time degree dulu, ada sensei yg akan bagi yellow card kalo lambat 5 minit, n red card kalo lambat 10minit ke atas! pastu time exam, kena ikut nombor post-it notes yang ada di meja, dan selepas selesai exam, perlu letak nombor itu di kertas!
    jepun oh jepun. :D

    ReplyDelete
  2. takdela membebankan sgt aku rasa.

    ReplyDelete