" Fizah, sudah umur 20-an ni masih belum berpunya ke..?"
Gulp.
Aduhai emak, barangkali emak lupa yang zaman sudah berubah. Jika dahulu kebanyakan gadis berkahwin muda. Emak juga begitu.
Soalan cepu emas meniti lancar dari bibir emak. Tidak sangka rasa girangku dapat berbual dengan emak bertanya khabar dan melepas rindu, emak selitkan pertanyaan yang mematikan terus kata2ku. Aku terjeda seminit dua. Mencari alasan sesuai untuk melepaskan diri.
" Mak, Fizah kan masih kecik lagi.."
" Kau ni dari dulu asyik cakap kecik lagi, masih kecik lagi. Tak sedar ke, awak tu dah besar panjang dah kak.."
Benar. Memang benar kata2 emak. Sedari kecil sehingga dewasa begini, ayat "...kakak masih kecik lagi, nanti kalau dah besar.." tidak cukup jari untuk membilang entah berapa kali aku menuturkannya.
" Emak, kalau Fizah dah besar nanti kan, Fizah nak jadi chef la mak.."
Itu cita2ku dahulu semasa disekolah rendah.
" Emak, nanti bila dah besar kan mak, Fizah nak buka sekolah dengan restoran "
Ayat yang bernada sama aku ungkapkan walaupun ketika itu aku sudah berumur 20 tahun!
Tanpa aku sedar, aku melalui tumbesaran walaupun ayat2 yang bermain dibibirku masih sama sejak kecil. Membesar tanpa sedar, kadangkala aku rasa itu suatu kerugian. Kerana apa ya?
Kerana kematangan.
Bila diri tiada sedar yang diri semakin meningkat dewasa, secara tidak langsung diri juga tidak bersedia untuk berubah menjadi matang. Menjadi matang, bukan bererti tua. Matang peribadi, lebih utama dari matang penampilan walaupun tidak aku nafikan kedua2nya utama.
Sepatutnya untuk umur2 sekarang, kita bisa mewajarkan fikiran yang kita bukan lagi muda, bahkan perlu bersiap-siaga tidak sempat ketemu tua, kita sudah di akhir usia.
Maksudnya, kematian kita bila2 sahaja!
Pernah atau tidak kau punyai pengalaman mencongak tolak sewaktu kecil menggunakan kaedah melakar garis pada sebelah persamaan. Jika 4 - 1, maka kau akan lakarkan 4 batang garis dan kau akan pangkahkan 1 batang baris. Begitu juga usia kita. Hari yang berlalu berkadar terus dengan kadar potongan atau pangkah baris2 usia kita. Entahkan baris itu hanya tinggal sebatang sekarang. Wallahua'lam.
Baru2 ini kadangkala aku tidak nafikan rasa gusar kerap menjengah diri. Diri sudah berumur ( bukan tua ), tapi masih belum mendalami siapa Sang Pencipta. Hari2 berlalu, dan batang garis semakin banyak dipangkah, tetapi jujurnya aku masih belum mencapai tujuan kenapa aku di cipta. Sesenang menutur 'senang' dibibir, insyaAllah bisa sahaja aku lancar menuturkan tujuan2nya. Benarkah aku sudah benar2 faham? Sudah benar2 aku realisasikan ?
Di beri peluang menghirup udara di negara ikan fugu ( kerana rasa fugu sangat sedap! ) ini menambah tebal kelubung resah dalam jiwa. Masakan hidup seharianku dihiasi warga yang bermatian bekerja tanpa tahu kenapa mereka perlu begitu.
Dan aku?
Terkadang2 risau andai lama-kelamaan menjadi golongan yang angguk setuju lalu mengikut jejak mereka. Katakan apa sahaja kemewahan yang tiada dibumi yang aku berdiri kini. Mahu wang? Mahu hiburan? Mahu segalanya...? Ah!
Khilafku menyangka aku kekal muda lalu ku tuturkan " aku masih kecil" , " ....jika nanti aku sudah dewasa...". Tanpa aku sedar aku tertipu dengan kata2ku sendiri.
" Anak emak sudah berpunya ? "
Sepatutnya
" Anak emak sudah bersiap-sedia ?"
"menghirup udara negara ikan fugu"
ReplyDeletemcm bau hanyir je.
ish, tak pernah aku terfikir bau hanyir tu.
ReplyDeletesebab dah bosan dengan 'bumi sakura'. Sengaja menggunapakai keistimewaan lain.
Maaf ya, kalau berbaur negatif