Pages

rombongan ke Kirara Ajisu

" Ko minat berblog. Aku? Kadang2 terfikir jugak apalah yang nak dibuat untuk isi masa lapang aku ni "

Senpaiku berseloroh sambil memandu. Stereng diputarkan dan kereta membelok ke selekoh sebelah kiri, serentak kesan inersia secara tak langsung posisi badan berubah ke arah yang sama.

" Kat mana lagi nak di curahkan apa yang bermain kat kepala ni kalau tidak di blog."

Aku memberi respon.

" Diari ? "
" Aku tidak minat menulis diari. Dulu pernah ter'kantoi' dengan mak. Mak baca diari aku "

Benar, aku yang baru mahu berjinak2 menulis diari ketika itu terus patah hati untuk menulis diari.

Aku dan senpaiku dalam perjalanan menuju ke rumah kouhai2. Cadangnya untuk membawa mereka berempat berjalan-jalan menghirup udara luar di Kirara Ajisu. Entah kenapa, dari maklumat yang diperoleh, hanya 2 orang sahaja yang bakal ikut. Barangkali sibuk. Entahlah.

Sibuk.

Ya, aku juga sibuk. Aku meninggalkan rumah dengan meja lapanganku yang bersepah2. Kerja2 sekolah yang di buat hanya separuh yang sempat aku siapkan. Aku turutkan kata hati untuk keluar mengambil udara luar. Udara bukan Ube, tempat tinggalku.

" Wah, natsukashii-nya yamaguchi ni. Ya Allah, lamanya aku tak nampak bukit2 hijau ni, sawah, jalan ke sana pun dah lama aku tak lalu.."

Kata2ku mengundang tawa senpaiku yang ralit memandu di sebelah. Apatah setelah dia memandang gayaku melepaskan pandangan ke luar bagai orang yang benar2 tidak ke situ.

" Ish ko ni. Tak sampai berapa bulan ko tinggalkan Yamaguchi. Belum lagi bertahun."

Benar. Penghijrahanku ke daerah Ube meninggalkan daerah Yamaguchi benar beri kesan besar kepadaku. Maklumlah, berpindah ke kampus baru khusus untuk kejuruteraan, bangunan2 sahaja yang memenuhi ruang. Pemandangannya juga lain benar dari Yamaguchi. Tiada lagi bukit bukau, sawah padi pun jarang2. Yang ada hanyalah kawasan perumahan yang padat, jalanraya yang cerun dan pencawang elektrik yang berselirat di luar kediamanku.

Jadi, walaupun kerjaku masih menimbun menanti di rumah, aku nekad untuk bebas dari belenggu. Sesak dadaku!

MENJEMPUT KOUHAI

" Awat ni sume dok pakat muka monyok je. Ada masalah ke, belajar kat sekolah? "


Terasa udara sugul ketika tiba di kediaman kouhai. Sedikit sebanyak naluriku mencium 'bau murung' di situ.

" Saya tak biasa lagi kot dengan suasana. Nak kata susah, entahlah. Tapi rasa kalut pulak. Nak2 bila lepas jikken ( eksperimen ) tu. Down terus ".

Aku tersenyum mendengar. Sedikit sebanyak aku terkenang kembali bagaimana keadaaan aku dahulu tatkala baru2 menjejak kaki ke kelas. Segalanya nampak asing. Kadangkala rasa beban yang menyesak dada bila kata2 sensei langsung tidak difahami, dengan tulisan di papan hijau bagai cacing halus, dan perasaan ditiadakan kewujudan di kalangan pelajar Jepun. Ah, manisnya pengalaman itu!

HANTU DI KUROKAWA?

Sewaktu menanti kouhai2 bersiap, kouhaiku yang lain membuka cerita.

" Kak, tempat ni memang keras ke? Kitorang bertiga melainkan Ocean sume dah rasa macam2 "

Aku berkerut dahi. Hairan rasanya. Sepanjang kami mendiami Kurokawa ( nama apartment ) dahulu, serasa aku aku belum pernah lagi bertemu dengan perkara2 aneh berkaitan 'makhluk itu'. Apatah lagi tidak pula pernah mendengar cerita dari teman2 yang menginap sama di apartmen itu.

" Tak pernah la pulak akak jumpa benda2 tu. Kenapa ya agaknya ? "

Secara tidak langsung fikiranku ligat mencari punca.

" Pernah baca yasin, atau ayat2 quran lain tak? Maksud akak secara ramai2 "

" Belum lagi "

" Takpe, insyaAllah cuba ikhtiarkan ya?".

KIRARA AJISU

Seusai menjemput kouhai2 dari kediaman mereka, kami tidak terus ke Kirara. Sebaliknya pulang dahulu ke kediamanku untuk solat asar. Jika ikut jadual, mahu bertolak serentak dengan senpai2 lain selepas asar, jam 4.00 petang khabarnya.

Tamam solat asar berjemaah bersama kouhaiku, aku dapati air mukanya lebih tenang berbanding sebelum ini. Mungkin ini saat yang sesuai untukku katakan sesuatu.

" Takpe kalau kita di uji. Lapangkan dada, jangan resah dan fikir susah. Paling utama, banyak doa kat Allah moga di permudahkan segala kerja. InsyaAllah "
Moga berkesan di hatimu, insyaAllah.



Kami bertolak serentak ke sana. Aku dan dua kouhai perempuan menumpang di Altezza milik Amir dan Syamim. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setengah jam. Segar rasanya menghirup udara semulajadi dari luar. Di tambah pula Amir memilih untuk membuka tingkap lantaran ada kouhaiku yang sedikit alergi dengan udara dalam kereta.

Tiba di Kirara, senpai2 yang lain sudah lama menanti di situ. Macam2 posisi mereka saat itu. Ada yang duduk melayan perasaan memandang alam, ada yang membaling batu di kolam hadapan dan macam2 lagi. Bila sudah berkumpul begini, punat kemera pasti tidak lekang di tekan. Macam2 gaya mereka beraksi.



Aku yang mengambil langkah lambat untuk berjalan, ketinggalan jauh di belakang. Mujur ada Iza di sebelahku. Aku lebih suka menghayati sendiri pemandangan di situ. Dalam masa yang sama mengambil gambar dari posisi pelbagai.







Aku mendongak kepala ke atas. Hari ini langit berawan! Belum pernah lagi hari yang cerah seperti hari ini langit di temani awan. Biasanya kesepian membiru keseorangan. Kenapa ya ?

Aku lemparkan pandangan ke arah lautan di sana. Kelihatan bot2 kecil belayar. Kedengaran riuh tawa kanak2 Jepun di tebing yang seronok melempar batu ke lautan. Ada juga di kalangan senpaiku yang berminat sama melempar. Bagai mahu berlumba dengan kanak2 itu. Siapa lebih hebat antara mereka.


Melihat pemandangan laut saat itu, terselit hairan dalam hati. Mana penghujung garis air dan langit? Seakan2 garis pemisah antara keduanya tiada. Subhanallah. Lautan yang tidak bertepi, tidak sebanding dengan ilmuMu. Teringat ayat 109 Surah al-Kahfi yang kerap di putarkan di corong radio IKIM.fm


" Katakanlah, seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat2 Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai ( penulisan ) kalimat2 Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula sebagai bantuan "



" Semua dah tenang dan puas ? Jom balik "

Aku mengajak pulang. Jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Maghrib sudah masuk 10 minit yang lalu.

Kami bertolak pulang meninggalkan Kirara Ajisu yang semakin sirna dari pandangan. Alhamdulillah, aktiviti hari ini mengurangkan sesak dalam dada. Membebaskan aku dari belenggu. Moga pergi bukan untuk suka2. Lihat dengan mata, moga menyusup terus dalam hati. Nilailah betapa Maha Hebat Allah yang menciptakan segalanya.








2 comments:

  1. http://www.youtube.com/watch?v=hq6UG1Im8m4

    takde kena mengena dgn post cucu cuma sgj nk minta tgk,kalau blom ditengoklah...

    ReplyDelete
  2. siapa sebenarnya anonymous diatas ini?
    bagai tahu aku meminati lagu seperti ini.

    terima kasih ya. Rupa2nya ini yang rasmi.

    ReplyDelete