Entah kenapa, seminggu dua ini aku rasa gelisah yang amat. Fikiran tidak tentu hala. Kadang2 rasa takut, gelabah bagai berhadapan dengan suatu ancaman besar. Di hadapan mata, berdiri `mereka yang di nanti`. Lantas mahu ku sampaikan khabar dan berita besar padanya. Tapi lidah terus kelu. Kenapa ya, agaknya?
Mungkinkah satu kesalahan yang sepatutnya jadi kesalan pada aku membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Tidak ku sangka, lompong dalam jiwa yang ditinggalkan cuma 3,4 minggu membesar begitu cepat. Tanpa makanan ruhi yang seharusnya jadi makanan rutin untuk jiwa, tanpa aku sedar kontang pula yang menapak dalam jiwa.
Yang berlalu, biar berlalu. Bukan untuk ditangisi, bukan perlu dikesali. Jelajah kembali jiwa untuk cari apa yang kontang, mana yang gersang.
Teringat kata2 kouhaiku semasa kami bersembang selepas sarapan pagi,
"Akak nak tahu, sebenarnya kan, manusia ni semangatnya hanya bertahan untuk 48 jam je. Kalau tak diberi perhatian yang berterusan, semangat tu akan hilang camtu je. Macam saya ni lah. Dulu lepas balik BTN semua dok semangat sangat. Sekarang ni dah takde dah..."
Aku cuma tersenyum. Butir bicara dari bibirnya alhamdulillah menyentak lamunan. Bagai menyedarkan aku yang ruhi itu perlu terus2an di beri makanan.
Carilah kembali semangat itu!
Aku sendirian selepas itu. Kouhai2ku sudah pulang ke rumah masing2. Teman2ku yang lain memilih untuk menemani kouhai pulang. Tinggallah aku yang memilih untuk bersendirian. Membaca kisah Nabi Muhammad SAW yang memilih untuk beruzlah (berasingan) dari masyarakat jahiliah ketika itu yang mula hanyut. Baginda bersendirian untuk dekat pada yang Maha Pencipta. Mengenal hakikat diri. Memamg sunnatullah para anbiya` begitu.
Datang suara dalam hati kuat membisik.
" Ayunkan langkahmu, musafirkanlah dirimu...! "
.
Fiza berdebar nak start sekolah ke
ReplyDeleteesok hanami
ReplyDelete{Maka berpegangteguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang yang bersyukur.}
ReplyDelete(QS. Al-A'raf: 144)
Petikan dari buku La Tahzan,
Hiduplah hari ini tanpa kesedihan, kegalauan, kemarahan, kedengkian dan kebencian. Jangan lupa, hendaklah Anda goreskan pada dinding hati Anda satu kalimat:
Harimu adalah hari ini.
Yakni, bila hari ini Anda dapat memakan nasi hangat yang harum baunya, maka apakah nasi basi yang telah Anda makan kemarin atau nasi hangat esok hari (yang belum tentu ada) itu akan merugikan Anda?
Jika Anda dapat minum air jernih dan segar hari ini, maka mengapa Anda harus bersedih atas air asin yang Anda minum kemarin, atau mengkhawatirkan air hambar dan panas esok hari yang belum tentu terjadi?
Jika Anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan tekad yang kuat Anda, maka akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip: aku hanya akan hidup hari ini. Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri Anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi, dan mensucikan setiap amalan.
Jya, ganbarou~
Jangan takut, jangan risau... mulakan je langkah fiza.
... tanpa cuba melangkah,tak kemana
Di mana kau berada, pencapaian tak tiba dengan mudah ...
(Standing In The Eyes of The World)
salam fiza..
ReplyDeleteakak nak bagi beberapa siri ceramah dari "pakcik"..goldenweek nanti kita jumpa..bawa siap2 hardisk ye..
wassalam=)
Salam,
ReplyDeleteMae wo mite sa .. arukinasai!
Yareba dekirusa ..
IlhamHamdani yori,
Canberra, Australia
Subhanallah, subhanallah, subhanallah..
ReplyDeleteEntri yang sekadar ku coret sebagai monolog tidak ku sangka mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi dari kalian. Terima kasih ya semua, terubat rasanya duka lara.
>kak akmal:
Kak, kalau fasal nak buka sekolah, alhamdulillah setakat ni Fizah tak ada apa2 yang merisaukan Fizah. Terima Kasih ye kak..
>Beruang Buncit:
Aku dah sampai rumah sekarang. Dok menyiapkan karipap yang kau minta. Harap boleh turun padang untuk kelepet karipap tu.
> Kak Inda:
Subhanallah kak. Lama sangat Fizah tak dengar khabar dari kakak.
Terima Kasih untuk nasihat2 tu.
>Kak Rahmah:
Fizah memang tunggu2 betul ceramah pakcik tu..
>IlhamHamdani:
Yosh! Jibunno tsuyosawo mitsukete, jibunno michi o aruku
Ima kara ganbarimasu!
Arigatoune