" Fizah, malam ni nak makan sushi tak? Pukul 7.."
Senpaiku, Kak Akmal menghantar pesanan melalui YM petang semalam. Wa, nampaknya terkabul juga permintaanku yang kepingin benar makan sushi.
" Ok, kak. Terima kasih na.. Macam faham2 jek."
TIDAK SEPERTI BIASA
Lama menunggu untuk tiba giliran dipanggil. Mungkin kerana pelanggan malam ini ramainya melebihi hari2 biasa. Mungkin juga kerana kami tiba agak lewat sekitar 7.45 malam. Bukan tidak ada kedai sushi yang berdekatan dengan kediaman. Tapi, alang2 sekali sekala teringin makan sushi, biarlah memilih yang paling sedap, yang paling memuaskan hati!
Lebih 30 minit menunggu, akhirnya kami di panggil. Muka yang sebentar tadi masam mencuka mula berubah ceria. Dalam kepala terbayang2 menu sushi yang bakal dimakan malam itu. Ada juga terlintas berapa pinggan sushi akan di makan. Bagai masing2 mahu berlumba.
Bila masing2, sudah melabuhkan diri atas kerusi, baru tersedar yang serbuh o-cha diatas meja sudah kehabisan. Aku memberitahu kepada pekerja berdekatan. Sambil mencuri pandang ke arah 'dapur' di tengah2. Kelihatan 2 orang pekerja sahaja yang bertungkus lumus membuat sushi. Pekerja yang aku lihat berada di kaunter tadi, kini beralih tugas mengemas meja.
" Erm, kurang pekerja ni. Tengoklah, dua orang je yang buat sushi tu..."
" Betul gak. Patutlah kosong je kat benda ni.."
sambil aku menghalakan jari ke 'meja sushi' yang sedang berputar.
" kan best kalau satu meja satu pekerja..."
kata senpaiku langsung membuat kami ketawa berderaian. Memecah sunyi kedai sushi yang dari tadi memainkan muzik berirama sentimental.
***
namun selepas hampir satu jam...
" Wei, aku baru makan satu pinggan sejak tadi. Sushi yang di order pon belum sampai2 lagi.."
" Betullah. Kalau dulu time2 macam ni biasanya dah lebih sepuluh pinggan "
aku menambah. Benar, kalau setahun yang dulu, biasanya meja2 sudah dipenuhi susunan pinggan2 yang bertingkat2. 10 pinggan bagi seorang lelaki itu terlalu biasa.
" erm, di sinilah letaknya nilai mendidik sabar "
SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA!
" Dek..dek..dek.."
ketika itu jam menunjukkan pukul 10.30 malam.
Masing2 rasa tidak sedap hati mendengar bunyi yang agak pelik sewaktu Kak Akmal mengundurkan keretanya. Pergerakan kereta juga lain dari biasa.
" Awat keta ni. Lain macam jek. Jap ye, Kak Akmal kuar tengok jap "
terus Kak Akmal keluar menuju ke belakang. Bila berpuas hati tiada apa2 yang tidak kena pada tayar belakang, Kak Akmal beralih menuju ke hadapan.
" La.. tayar pancit! Fiza, call Wan, tak pun Poji cakap keta Kak Akmal pancit ".
telefon bimbit dalam tas tangan segera aku capai. Terus aku dail nombor telefon Poji.
" Hello. Poji, keta Kak Akmal pancit ni "
Poji tidak segera menjawab. Aku mendengar Poji memberitahu pada seseorang. Barangkali itu suara Wan.
" Ok2. Ada tayar spare kan? Pergilah betulkan"
Poji membalas. Kedengaran deraian tawa selepas itu. 'Gurauan'nya bolehlah ku terima untuk mengurangkan tegang antara kami malam itu.
Sambil menunggu kereta yang dipandu Wan tiba, Kak Akmal, Dena, Haz dan aku masing2 memilih untuk berdiam diri.
" Fiza, penah tak nampak benda yang naikkan kereta time nak tukar tayar tu ? Sugoi ( hebat ) ne benda tu. Walaupun kecik, tapi boleh angkat kereta yang berat. Fiza tau tak camne benda tu berfungsi? "
Dena bertanya padaku.
" Oh, benda tu kalau tak silaplah kan orang panggil 'jack'. Tapi tak taulah macam mana dia gerak. Silap haribulanlah Dena tanya kat orang yang tak drive ni.."
balasku sambil tersenyum memandang Dena. Dena cuma mengangguk2. Dan suasana menjadi senyap kembali selepas itu.
Tidak lama selepas itu, kereta yang di pandu Wan pun tiba. Alhamdulillah, syukur rasanya.
DAH PASANG?
" Dah pasang belum tayar tu ? "
tanya Wan sejurus keluar dari kereta. Masing terdiam. Tidak ku sangka kata2 dalam telefon tadi bukan gurauan. Terus Kak Akmal ke belakang kereta membuka bonet dan mengambil tayar spare. Aku sekadar membantu memegang lapik bonet yang menghalang pergerakan Kak Akmal untuk mengeluarkan tayar.
Dengan memberi panduan apa yang sepatutnya dilakukan, Wan memandu Kak Akmal menukar sendiri tayar kereta yang pancit. Asalnya mahu barangkali berhajat dibantu, sebaliknya diri sendiri yang melakukan. Mungkin pertama kali berhadapan dengan masalah seperti ini rasa kekok untuk tangani.
Poji tercegat setia berdiri sambil memegang lampu suluh kecil di tangan. Sedang Kak Akmal bertungkus lumus memutar skru untuk menukar tayar yang pancit. Wan masih terus menerus memberi panduan. Aku sekadar memerhatikan. Perlahan2 aku memerhatikan.
" Yatta..! "
Alhamdulillah. Syukurlah, akhirnya selesai juga kerja2 menukar tayar yang pancit tadi. Lebih memuaskan hati bila diri sendiri yang melakukan.
Bila aku kenang tindakan Wan yang tidak mengambil langkah untuk tidak terus membantu menukar tayar, aku rasa itu tindakan yang wajar. Barangkali kerana sudah begitu terbiasa dengan didikan abah terhadap kami adik beradik. Sejak kecil lagi abah mendidik kami untuk berdikari. Walaupun pernah dahulu terselit rasa tidak puas hati kerana tidak ' dimanjakan' seperti teman2 seusia yang lain, tapi rupa2nya itulah bekalan abah padaku. Hingga kini aku tidak kisah walaupun terpaksa melakukan segalanya sendirian.
" Dena nak tahu macammana 'jack' tu berfungsi ? "
aku memberitahu Dena dengan muka yang teruja. Rasa seronok bila dapat membantu menjawab persoalan temanku. Alhamdulillah, sepanjang aku perhatikan Kak Akmal menukar tayar sebentar tadi, secara tidak langsung banyak perkara yang aku pelajari. 'Jack' yang menjadikan skru ( jika silap sila betulkan ) menggunakan prinsip momento dan tork untuk berfungsi. Juga baru aku tahu bagaimana untuk mudah membuka skru. Cara mudah untuk membuka skru ini aku perolehi dari butir bicara Wan.
" Terima kasih untuk malam ini. Bukan sahaja aku kenyang sushi. Kenyang juga pengetahuan dan pengalaman.."
p/s: teringat kata2 Kak Aleen mengenai hadith 'ajaib'. "Segala-galanya baik bagi seorang muslim. Jika diberikan kebaikan, dia bersyukur. Jika di uji,dia sabar. Dua2 ada ganjaran.".. Subhanallah, tinggal kita sahaja yang mahu menilai. Tarbiyah ( didikan ) dari Allah itu datang di mana2 kan?
No comments:
Post a Comment