Pages

galau jiwa

Dalam menempuh zaman peralihan dari remaja yang ketandusan rentak lakunya kepada fasa dewasa yang menuntut matang, tanpa sedar kadang2 diri masih mencari identiti. Sebetulnya mencari arah tujuan. Bukan persoalan selepas ini aku akan menyambung sarjana atau bekerja, bukan persoalan bila aku akan berwalimah, bukan juga persoalan setinggi gunung mana ingin ku kumpulkan aset, dan bukan juga persoalan ke mana patut ku tuju mengisi cuti Golden Week ku minggu hadapan.

Bukan tidak tahu dan tidak pernah diberitahu bahawa kita ini dari siapa, hidup untuk apa dan ke mana kita selepas ini. 3 soalan glamour, yang jika ditanya, aku pasti lancar sahaja membutir di bibir. Skema...

Mengangguk setuju tanpa fikir, benar2 jadi seksaan. Tanpa beri ruang pada hati untuk merasai, untuk memahami apa sebenarnya tuntutan dan 3 soalan glamour itu.

Pernah suatu ketika hati ini rasa bergalau yang amat. Puncanya entah dari mana. Sudah menjadi resam, hati yang berduka perlu di hiburkan. Aku cuba mencari hiburan, tapi bukan kalam Tuhan. Jiwa yang masih bergalau mencari, aku isi dengan perkara bukan2. Rasa hairan melihat ada yang suka mendengar lagu yang bukan mendidik jiwa, aku cuba menyumbatnya dalam jiwa yang lara. Rasa hairan mengapa begitu ramai yang mengisi masa dengan permainan2 di alam maya, aku sedaya upaya mencuba sendiri.

Hasilnya jiwa aku makin terseksa dan sesak makin memuncak.

Akhirnya aku mengalah, bukan ini fitrah jiwa..

" Apakah kamu tidak memerhatikan orang2 yang selalu membantah ayat2 Allah ? Bagaimana mereka di paling kan?

Iaitu orang2 yang mendustakan kitab ( al-quran ) dan wahyu yang di bawa oleh rasul2 Kami yang telah Kami utus. Kelak mereka akan mengetahui,

ketika belenggu dan rantai dipasang dileher mereka,seraya mereka diseret

kedalam air yang sangat panas kemudian mereka di bakar dalam api

kemudian dikatakan kepada mera,"Manakah berhala2 yang selau kamu persekutukan

selain Allah?" Mereka menjawab " Mereka telah lenyap dari kami, bahkan kami dahulu tidak pernah menyembah sesuatu" Demikianlah Allah membiarkan sesat orang kufur ingkar ( menentang ayat2 Allah)

Yang demikian itu disebabkan kerana kamu bersuka ria di bumi ( tanpa ) mengindahkan kebenaran dan kerana kamu selalu bersuka ria ( dalam kemaksiatan )

" Masuklah kamu ke pintu2 neraka jahannam, dan kamu kekal di dalamnya. Maka itulah seburuk2 tempat bagi orang yang sombong"

( Surah Ghafir ,40: 69 ~ 76 )


~kerana aku juga hamba sepertimu.

3 comments:

  1. emm hidayah di bumi sakura...

    ReplyDelete
  2. susah untuk kau faham, begitu juga susah untuk aku ungkapkan.

    Maaf jika tulisanku berterabur. Hujung pangkal tak kena selera.

    Namanya pun sudah galau...memang tetap galau

    ReplyDelete