Hanya bekerja kuat untuk apa yang diimani. Maka saya perlu bekerja kuat untuk terlebih dahulu mengimani.
Konsep penuh: versi facebook
"Hai cek kak, asyik jawab kuiz je.. yoyu (lapang) sangat ke ..?"
Aku membaca komen senpaiku yang terpapar dalam ruang facebook. Aku terdiam agak lama. Bagaimana ingin aku coretkan dengan gaya bahasa yang paling tepat dan sopan kenapa aku begitu banyak menjawab kuiz2 dalam facebook.
Sekadar menyedapkan hati dan mengharap agar komen yang ditulis mencetus sesuatu, aku membalas...
" Sahaja aku mahu menguji dan merasa. Kenapa orang begitu ramai untuk menjawab kuiz2 yang ada dalam facebook ni..."
Tidak sampai sebulan aku membuka ruangan facebook milikku sendiri. Mungkin teman2 yang lain sudah terlalu senior mengulati facebook . Bukan aku tidak tahu perkhabaran teman2 akan keseronokan facebook ini. Sebelum ini aku sekadar mendengar, dan kini aku mencuba sendiri!
Memang benar, facebook amat seronok. amat interaktif dan... macam2 lagi. Menjawab kuiz2 bagai satu ketagihan yang sukar dihenti. Lebih2 lagi bila mendapat respons yang bertubi2 dari teman2. Dan aku boleh buat kesimpulan facebook ini adalah versi terbaru friendster yang ditinggalkan.
Bukan..bukan aku selayaknya mahu mengulas tentang facebook, fungsi2 facebook,dan apa2 sahaja mengenainya. Cuma 'konsep penuh' menguis2 fikiran setiap kali aku ralit dengan keseronokan.
'Konsep penuh: manusia yang jiwanya dipenuhkan dengan perkara remeh akan terlepas pandang dengan perkhabaran besar yang sepatutnya dia tahu. Bagai insan yang sedang lena, diulit dengan mimpi2 indah sedang ada api besar dan marak di sebelah...'
Masa terus berlalu, kematian semakin hampir, . Sedang manusia masih belum tahu untuk apa dia dicipta.
Ya, manusia dicipta untuk mati. Maka persiapkanlah diri untuk mati.
p/s: facebook hanya sebagai contoh benda2 picisan jika melalaikan. Tidak salah jika facebook disalurkan untuk jalan2 mendekati Allah. Kalau begitu, silakanlah ber'facebook' :D
bila?
4/13/2009 08:58:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
teguran untuk athiqah ni~ :p huu~ thanX fizah~ sayang kamu~ ;)
ReplyDeletesayang Tiqah juge (^^,)v
ReplyDeletebg aku,xde slh pon nk men fb or sengakatan dgn nye..kalau nk dikatakan melalaikan tu ats diri sndiri la.xsemua teknologi kasik impak buruk je.even dlm ISLAM pun kite digalakkan berkenal kenalan dan merapatkan hubungan sesama makhluk.and fb jg adalah slh satu cara tuk bt sume tu..tp tu dr sudut pandangan aku la..
ReplyDeletecorrect me if im wrong(",)
first of all,
ReplyDeletecorrect me if i'm wrong..and thanks for sharing the opinion.
manusia menilai mengikut penilaian sendiri. masing2 tahu apa yang tersirat dalam hati masing2. tepuk dada, tanya iman, tanya iman. jika baik tujuannya, alhamdulillah, jangan resah jika apa yang dilakukan tidak salah..
silakan untuk memanfaatkan apa2 teknologi untuk kebaikan. bahkan lebih besar manfaat jika dimanfaatkan untuk ke jalan Allah. ya, taaruf (berkenal-kenalan) juga salah satu daripadanya.
yang paling penting, bila menerima sesuatu, diharap kita semua tidak termasuk dalam golongan yang menelan sahaja tanpa berfikir.
ralat*
ReplyDelete....tepuk dada, tanya iman, tanya tujuan ...