Pages

kafir yang taat


" Alamak, dah lambat ni. Nak pergi kelas lagi. Nak kena buang sampah2 ni pagi ni jugak.."


Aku masih ingat lagi monologku 3 bulan yang lepas. Keika itu jam menunjukkan pukul 8.20 pagi. Sedang kuliyahku bermula pada jam 8.40 pagi. Aku masih belum merias diri lagi ketika itu. Manakal sampah plastik yang sudah berlambakan dalam karung perlu aku buang pagi itu juga. Hari khamis merupakan hari pembuangan sampah2 plastik.


" Lantaklah sampah2 ni. Plastik kat kotak ni tak payahlah nak asingkan. Nanti masukkan dalam moyaseru ( sampah boleh bakar ) gomi je la nanti.."


Hati aku memujuk. Sebetulnya menghasut.


" Eh, aku ni kalau tak chanto ( betul2 ) buang, perangai aku lagi teruk dari Nihonjin ni. Dorang dok susah payah jaga, buat peraturan, aku pulak yang tak ikut. Alahai aku ni..."


Bisikan kanan bersuara. Langsung aku mengasingkan plastik yang berada di kotak walaupun mengambil masa. Tiba2 rasa malu menerpa entah dari mana. Benar, ianya secebis hal yang bisa di anggap remeh. Tapi dari situ letaknya iman kita.


"....serendah2 iman adalah membuang duri di jalanan..."


Mungkin orang tidak tahu jika aku berkelakuan mencampurkan sampah2 sesuka hatiku. Malas mahu mengumpul kertas, kotak2, bisa sahaja aku campurkan sekali dalam moyaseru gomi. Malas mahu membuang sampah plastik, bisa sahaja aku sekalikan bersama sampah moyasenai gomi ( sampah tidak boleh dibakar ). Lebih mudah bukan?


Jika begitu kenapa mereka yang berkenaan bersusah payah membuat peraturan untuk bunbetsu (mengasingkan) sampah mengikut kategori2 yang berlainan. Moyaseru gomi, moyasenai gomi, kami ( kertas dan kotak ), pet-bottle, alat elektrik. Bukan sekadar moyaseru dan moyasenai sahaja.


Dan rakyat Jepun, kenapa mereka perlu bersusah payah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Walaupun perlu menyediakan tong sampah yang berbeza di setiap rumah, mengasingkan sampah mengikut kategori yang ditetapkan, melihat jadual pembuangan sampah, dan keluar membuang sampah seawal jam 7.00 pagi setiap hari!


Apa yang mendorong mereka berbuat demikian?


TAKLIMAT BUANG SAMPAH


Teringat aku semasa hari orientasi minggu lepas. Walaupun aku dan teman2 satu kursus mendaftar sebagai pelajar tahun 2, tetapi masih lagi perlu menghadiri orientasi. Ini sempena kemasukan kami sebagai pelajar baru di Kampus Kejuruteraan, Universiti Yamaguchi ( Kougakubu Yamaguchi Daigaku ), maka kami di anggap sebagai pelajar baru. Sudah pastilah orientasi yang diadakan berkenaan taklimat yang berkaitan kampus, matapelajaran yang terlibat, dan pensyarah2 yang bakal mengajar kami sepanjang 3 tahun pengajian yang berbaki.


Akan tetapi, satu slot berkaitan pembuangan sampah di selitkan sekali semasa orientasi. Maklumlah, sudah berpindah ke daerah baru, sedikit sebanyak peraturan pembuangan sampah juga sedikit berbeza dengan yang dahulu. Teman2 semuanya mendengar dengan teliti. Walaupun hanya berkenaan sampah!


" Telah tampak kerosakan di darat dan di laut di sebabkan kerana perbuatan tangan manusia. Allah mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) "

( Surah Ar-Rum, 30 : 41 )


Jangan persoalkan bila negara kita yang kebanyakan rakyatnya 'mengaku' beragama Islam ditimpa pelbagai bencana alam.


Jangan persoalkan mengapa negara yang majoriti rakyatnya tiada kepercayaan kepada Tuhan bisa hidup aman dan punyai alam semulajadi yang menakjubkan.


Tanya pada diri, adakah kita ini berbudi pada bumi?
Kerana disitu letaknya iman kita.

Walaupun hanya sekadar mengasingkan sampah!

8 comments:

  1. ahh... iinaa..
    そう思いますよ!
    kene lebih rajin sikit untuk bumbetsu.
    jangan jadikan amalan kat nihon je, disebabkan peraturan.
    kalau betul2 nak berbudi pada bumi, bumbetsu kat malaysia sekali. tak yah pikir kalau syarikat sampah tu last2 campak kat satu tempat yg sama. Atleast dia senang nak hancur kalau food tak campur dgn plastik dan mcm2.
    ^-^"

    ReplyDelete
  2. souyone...

    masa balik Malaysia sebelum ni, bila buang sampah kat rumah, tak sengaja ada perasaan nak bunbetsu sampah2. Tapi oleh sebab duduk pun rumah kampung, mak main bakar je semua sampah... T-T

    ReplyDelete
  3. salam fizah..
    dah lama perati blog ni, baru nak komen..hehe
    haah, akak pon sama..bila blk malaysia tangan terhenti jap masa 1st time nak buang sampah..rasa warui sgt2..

    pernah ada bangumi ni akak tgk, dier lawat tmpt yg kanri sampah ni..bole tgk banyak botol plastik yg x dibuang plastik label dier..yg tu pon x dikira utk recycle..

    nah! even dah bunbetsu pon x dikira recycle item..dah rasa syg, sbb botol tu di'bunbetsu' at the 1st place to be recycled, yet it's being thrown just like that..hmm jom kita hansei diri blk..

    ReplyDelete
  4. >kak zalina

    kalau akak tak komen, fza pun tak tahu siapalah teman2 yang sudi mengunjung ni~ terima kasih ye kak.

    mungkin sebagai muhasabah diri juga,
    kita boleh analogikan macam diri kita juga. Bila kita dah buat sesuatu kerja tu. Ye la, buat asal siap tapi bila di nilai, kerja kita tu tak diterima. kan dah buang masa dan sia2...

    macam juga amal2 ibadah kita. kita ambil contoh solat. asalkan ruku', sujud, baca yang wajib2 je kita dah rasa cukup untuk solat2 kita. tapi kadang2 kita lupa adakah solat seperti itu akan diterima..?

    ...sekadar mencoret apa yang terlintas tiba2.

    ReplyDelete
  5. aritu pi orientasi kat yamaguchi campus pon ada taklimat pasal bunbetsu sampah.dah 2 kali ada taklimat sampah kat sini.tapi masih tak paham.sampah kat umah ni pon berlambak2 tak buang lagi.adeh,malasnya..bila nak bunbetsu ni..huuhu

    ReplyDelete
  6. apa yang tak faham tu Encik Amir oi.. :)

    ReplyDelete
  7. Bila baca entri ni aku terfikir pasal benda lain pula yg aku terperasan. Kat sunshine air 使い放題。Tp tak perlu la kita guna berlebih, membazir. - Msg utk semua warga sunshine.

    ReplyDelete