Pages

Makan


Pagi tadi, sambil aku menyalin nota kizai, telingaku turut bekerja mendengar radio. Sepeti biasa, stesen radio 'Pilihan Utama' yang menjadi pilihan untuk halwa telingaku. Deejay pagi tadi aku kira baru pertama kali aku dengar suaranya. Lembut tetapi tegas dan pedas! Masakan tidak, isu yang menjadi topik celotehannya adalah berkenaan Palestin. Fuh! Bersemangat sekali. Aku rasakan semangatnya menghembusi ulu hatiku.

Bukan setakat isu Palestin sahaja. Malah bab yang paling kita ( baca : aku ) suka. Iaitu bab
"makan".

Deejay berkenaan ke udarakan beberapa adab2 makan yang di amalkan oleh Rasullullah SAW. Antaranya;

(1) Jangan sekali-kali mencela makanan.
" Tidak sekali2 Rasullullah SAW mencela makanan. Jika Baginda sukakan makanan itu, baginda akan memuji. Jika tidak, baginda akan berdiamkan diri tanpa mengeluarkan perkataan yang menyakiti hati....."

# Alahai, SWEETnya Rasullullah SAW ni kan? Huhu.. Bayangkan kalau orang suka dengan masakan kita. Wah~ Rasa syukur dan suka sangat2 bagai mahu terangkat ke langit. Mungkin akan lebih bersemangat untuk memasak di lain kali.
Tapi, bayangkan jika makanan tu di keji atau di hina. Apa yang kita rasa agaknya ye..?

(2) Jangan bersandar ketika makan.
Dari Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda, " Aku tidak makan sambil bersandar "

# Ha! Yang ini info baru buatku. Barangkali kau juga belum pernah mendengar tentangnya sebelum ini bukan?

(3) Kutip makanan yang terjatuh
"....jika ada makanan yang terjatuh, cepat2lah ambil. Buangkanlah mana2 bahagian yang terkena kotoran dan makan yang selebihnya. Janganlah ditinggalkan walau sebahagian pun bahagian untuk syaitan.."

# Wah! Betapa KEDEKUTnya Rasullullah SAW dengan syaitan bukan? Kita pun perlu ikut langkah Rasullullah SAW ni. Jangan beri peluang langsung untuk laknatullah ni. Pernah dengar teori 12 saat yang berkaitan dengan makanan terjatuh ni?

(4) Mulakan makan dari tepi
" Keberkatan makanan itu ada di tengah. Maka, mulakanlah makan dari bahagian tepi..."

# SWEETnya Islam ni. Tengok! Waktu makan pun di ajarnya kita erti sabar, jangan gelojoh. Bayangkan bila makan dalam dulang bersama teman2 yang lain. Andai kata ada antara kita yang makan dari tengah, apa agaknya reaksi kita? Pasti akan ada suara hati yang berkata " Ish, gelojohnya die ni..". Ataupun " La.. orang lain pun nak makan jugak"

Hanya 4 adab sahaja yang sempat ku cungkil dari bicara deejay pagi tadi. Untuk elakkan aku dari terlupa, aku contengkan sahaja di Think Tankerku.


Hari ini


Pelik rasanya sejak kebelakangan ini aku lebih suka mencatatkan diari sendiri untuk dimuatkan dalam Think Tanker. Barangkali aku semakin jujur dengan Think Tanker ku ini agaknya. Moga2 walau apapun yang akan ku coretkan dalam Think Tanker menjadi pengajaran dan peringatan buat diriku sendiri.

DIARI HARI INI

Hari ini, Jumaat, 4 Safar 1430h.

Petang tadi aku keluar awal daripada dewan peperiksaan. Awal 15 minit dari masa tamat. Selepas itu aku berkunjung ke Aruk. Membeli sekotak susu, tuna dan lobak. Cadanganku hanya ingin membeli barang2 keperluanku dan terus pulang.

Tapi.

Entah kenapa mataku tertumpu pada ruangan roti. Padahal memang aku sudah pasti dan maklum bahawa betapa sedikit pilihan2 roti yang boleh di makan. Aku belek satu persatu roti yang baru ku temui buat pertama kali. Aku analisis satu persatu senarai bahan2 yang terkandung di dalam roti2 yang ku belek.

Bukan niat aku hendak membeli pun. Cuma berharap agar untung2 akan ada roti yang boleh di makan. Begitulah aku. Selalu sahaja menjadi 'pegawai JAKIM' andai berada di kedai. Lebih2 lagi jika aku berada di ruang yang menempatkan makanan.

Silapku.

Selepas puas menghabiskan 25 minit di sana, aku pun pulang ke rumah. Perkara pertama yang akan ku lakukan selepas meletakkan beg ke atas meja 'kotatsu' ku adalah menhidupkan komputer. Apa lagi, tanpa menghiraukan benda lain, akhirnya aku tertewas juga di hadapan komputer. Melayari internet bagai menjadi suatu kemestian yang tidak dapat lekang dari diriku. Lama aku melayari internet tadi. Dari jam 2.45 petang hingga 4.30 petang.

Khilafku.

Semasa memasak tadi, aktiviti2 hari ini berputar2 dalam fikiranku.

Apa yang aku buat seharian suntuk ini?

Bertambah tercalar rasa hati bila membaca sepotong ayat ini yang di sertakan dalam setiap kiriman emel seorang ukht.

"Perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurang tetapi amalku tidak bertambah': - Ibn Mas'ud

Benar sekali.


Memang benar Dia sudah beri amaran.

Demi masa.

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal soleh. Mereka berpesan2 dengan kebenaran. Dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

( Al-a'sr : 1-3 )

Satu antara dua

" Melampau sungguh kau ini! "

" Tiada maaf untukmu lagi..! "

Aku sudah tidak punya toleransi untuk sikap malasku yang semakin menjadi-jadi ini. Esok aku perlu berperang, tetapi nafsu ingin bergoyang kaki semakin kuat memujuk rayu diri. Aku semakin tidak memaafkan diri jika kali ini aku tergoda dengan pujuk rayu kemalasanku.

Tiada maaf!

Noktah.

Aku cuba perlahankan langkah kerna semakin ku mendesak kemalasanku, si tertekan pula semakin memunculkan diri. Sudahnya aku cuba mencari alternatif lain untuk menyelamatkan diriku daripada senapang kemalasan yang bertubi-tubi menyerangku.

SATU ANTARA DUA

Jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Sambil menunggu azan isya' berkumandang, aku mengambil peluang mengisi ruang kosong perutku dengan mi bandung segera. Kuahnya yang pekat dan hangat aku hirup perlahan2. Kelihatan dua ekor udang tanpa kepala lemas dalam kuah mi bandung yang masih berasap.

Sambil menikmati mi bandung segera yang lazat tiada tara, jari-jemariku menggerakkan tetikus. Melakukan dua kerja dalam satu masa adalah kemestianku. Sambil makan, sambil melayari internet.

Dua udang dalam kuah.

Dua kerja satu masa.

Pilih satu antara dua.

Namun bukan itu yang aku ingin khabarkan.

Tetapi yang ini.

SATU ANTARA DUA : DARAH DI MU'TAH

Di dalam satu kisah, Rasulullah S.A.W menghantar surat kepada beberapa orang raja mengajak kepada Islam yang suci. Salah satu raja yang diutus surat itu ialah Raja Busra dimana Haris bin Umar Azdi r.a menjadi utusan Rasulullah.

Takdir Allah, Haris telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang gabenor Kaisar. Tindakan ini sangat bertentangan dengan tatacara undang undang kerana Haris hanya merupakan seorang utusan.

Rasulullah berasa sangat sedih dengan kejadian ini lantas menghantar 3000 tentera Islam untuk memerangi musuh yang jahat itu. Perang ini dinamakan sebagai Perang Mu’tah kerana kejadian ini berlaku di Mu’tah, Jordan.

Di sinilah terjadinya peristiwa yang memaparkan semangat kepahlawanan dan kecintaan kepada syahid oleh tentera Islam. Rasulullah SAW, melantik Zaid bin Harithah sebagai ketua pasukan.

Kemudian Baginda SAW, bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran:
“Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh maka Abdullah bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranya Abdullah juga terbunuh maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu orang yang kamu kehendaki.”

Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata:
“Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban kerana ini adalah lumrah sebagimana para-para Nabi yang terdahulunya selalu meramalkan.”

Rasulullah tidak turut serta di dalam perang ini. Baginda menyerahkan sehelai bendera putih yang dibuat oleh baginda sendiri kepada Zaid.

Kemudian baginda berdoa:
“Semoga Allah SWT akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperolehi kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan.”

Seraya itu, Abdullah bin Rawahah menyampaikan serangkap syair:

“Aku hanya menginginkan keampunan terhadap segala dosa-dosaku dan

sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar
keluar seperti air yang mengalir keluar dari mata air.

Atau sebilah tombak untuk menembusi masuk keliang hatiku dan isi perutku.

Dan ketika insan-insan melalui di tepi kuburku, mereka akan berkata:
Semoga engkau telah gugur kerana Allah…. berjaya dan makmur. Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur.”

Pihak musuh telah mengetahui akan kedatangan tentera Islam. Lantas mereka mempersiapkan tentera mereka dengan kekuatan 100 000 tentera yang diketuai oleh seorang panglima, Sarjil.

Ketika Sarjil hendak mara,mereka mendapat khabar bahawa Kaisar juga sedang mara dengan tenteranya yang berjumlah 100 000 orang.

Jadi, semuanya berjumlah 200 000 orang!

Bayangkan-rakan rakan, 3000 orang berlawan dengan 200 000 orang! Jadi ketika itu, ada di kalangan sahabat yang menyuruh menghantar maklumat kepada Rasulullah akan perkara ini andai kata ada rukhsah untuk tidak berperang.

Dalam keadaan ragu ragu itu, Abdullah bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang:

“Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu semua datang kesini? Bukankah kamu semua datang kesini untuk mati syahid.
Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah SWT ke atas setiap kita pejuang-pejuang agamaNya.

Kita hendaklah mempastikan salah satu antara dua: Kemenangan atau syahid.”

Lantas saja, semangat tentera Islam membakar kembali umpama api yang membaham kertas.Lalu,kedua dua pihak berperang bermati-matian. Dalam pertempuran yang sengit itu gugurlah Zaid bin Harithah sebagai syuhada.

Terus sahaja, Jaafar bin Ali Talib r.a memikul tanggungjawab sebagai panglima. Beliau sengaja melumpuhkan kaki kudanya supaya beliau tidak ada alasan melarikan diri dari medan pertempuran yang kian menggila itu.

Beliau menggenggam bendera dengan tangan kanannya,tetapi musuh datang menetak. Lalu, berpindah ke tangan kirinya. Ditetak jua. Lantas, didakap bendera Islam itu dengan kedua tangannya yang kudung.

Darah mengalir seperti kepala paip yang kehilangan penguncinya. Akhirnya,riwayat beliau diakhiri dengan satu tetakan dari belakang yang menyebabkan badannya terputus.

Abdullah bin Umar ra. menceritakan,
“Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran. Kami dapat mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau.”

Allah telah menganugerahkan sepasang sayap buat Jaafar di syurga nanti.

Selepas itu, Abdullah bin Rawahah pula memimpin tentera Islam di mana beliau juga turut menyertai para syuhada’ yang lain. Kegigihan Abdullah dapat dilihat apabila beliau sanggup memutuskan jari-jarinya yang telah ditetak oleh musuh kerana mengganggu pergerakannya.

Seterusnya,tentera Islam dipimpin oleh seorang panglima yang selepas itu menjadi salah seorang panglima yang agung di dalam sejarah Islam. Beliau ialah panglima yang ulung, Khalid bin Al Walid.

Khalid berjaya melakukan satu taktik pengunduran yang berjaya mengelirukan tentera musuh dan berjaya meminimakan kerugian di pihak Islam.

Di dalam perang ini,seramai 1000 tentera Muslim telah syahid manakala di pihak musuh kira-kira seramai 20 000 orang telah terkorban.

Perang ini telah menggoyah keyakinan Kaisar dan telah menambahkan lagi keyakinan di pihak Muslim.

Yakinlah dengan janji Allah,syurga menanti para PENCINTA SYAHID!

" Urp, alhamdulillah..."

Nikmatnya dapat menjamah mi bandung segera sesedap ini.

Namun tidakkan mampu untuk bersaing dengan santapan rohaniku hari ini.

" Yosh!! Haiya bil jihad "


# kredit untuk laman web ikhwah france : VersLaLumiere


Diari Kimatsu 2

" Norha San, kanji ga nigatenandesune.."

Aku hanya angguk tanda setuju dengan komen sensei terhadapku. Mana tidaknya kanji semudah 決める pun aku sudah lupa kaki-katanya. MasyaAllah...

Suuri. ( 工業数理).

Musuhku yang satu ini benar2 mencabar aku. Berbeza dengan Zairiki, soalannya hanya 3 tapi jujur aku katakan, Suuri ini benar2 menguji. Sengaja 'dia' menduga adakah aku mampu mengaplikasikan topik モーメント ( momento) dan 等速円運動(tousokuenundou). Puas aku mengimaginasikan situasi soalan dalam kepala, tapi tidak mampu aku luahkan pada kertas jawapan. Lantas aku tulis sahaja apa yang aku mampu.

Yang kelakarnya.

Saat kami mahu menghantar kertas jawapan, teman2 Jepunku membanding jawapan antara satu sama lain. Apabila aku terpandang jawapan temanku, Ueda sama nilai denganku

" Uchi to onaji da ! "

Tersenyum dia sambil mengangkat ibu jari kanannya padaku. Itu antara kejadian yang mengubat kekecewaanku kali ini.

Suugaku ( Matematik ).

Alhamdulillah, aku tidak mahu memberikan komen untuk Suugaku ini.

Berlalu 5 kertas. Masih ada lagi 4 kertas yang perlu ku hadapi.

" Ganbaruze! "

Diari Kimatsu 1

Hari ini ,hari pertama Kimatsu Shiken ( peperiksaan akhir semester )ku. InsyaAllah, masih ada 7 kertas lagi sebelum aku bebas daripada belenggu kimatsu ini.

Subjek Zairyou Rikigaku menjadi penghulu subjek2 peperiksaanku kali ini. Soalannya cuma dua, penyelesaiannya panjang berjela. Entahkan betul, entahkan tidak jawapan yang aku perbuat, aku serah padaNya.

" Kata ga itei! "

Bahuku merasa sakit yang amat seusai selesai menjawab zairiki. Salah pusingan badan semasa menulis, langsung membawa sakit satu badan hingga sekarang. Mahu di turutkan rasa hati, mahu sahaja aku berbaring dan tidur.

" Esok kau masih ada 3 kertas , Fizah! "

Hatiku yang sebelah ini menggugahku.

Nihongo. Suuri. Suugaku.

Tiga musuhku bergandingan esok.

Menunggu aku menyerang dengan siagaku.

Omiyage

Kurang sebulan lagi aku akan pulang bercuti ke Malaysia. Dalam kesibukan mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan, timbul pula pertanyaan dalam diri apakah omiyage yang sesuai untuk di bawa pulang ke tanah air.

Pertanyaan ini mengundang suatu masalah padaku memandangkan aku ini orang yang kurang pandai memilih omiyage ( buah tangan ).

Kau ada cadangan?

OMIYAGE TIADA HARGA

Semalam aku cuba membuka link yang dihantarkan seorang teman kepadaku melalui YM.

" Oh, blog ikhwah rupenye.."

Aku bermonolog sendiri. Justeru, aku terus klikkan tetikus untuk memainkan sebuah video yang disertakan dalam blog tersebut. Video yang disertakan dengan irama lagu Sejuta Harapan dendangan kumpulan Dai Nada benar2 menyentuh hati. Sebetulnya pada saat ini aku berasa kontang kerinduan akhawwat2 yang jauh dari sisi. Hendak ku tegur di YM, bimbang jika aku mengganggu kosentrasi mereka yang kini aku pasti sedang tekun mengulangkaji.

Demi mengubat rinduku pada akhawwat, aku buka laman blog Ini Cerita Kita. Terus tanganku menekan klik untuk memainkan video yang memuatkan memori indah kami di Yamagata. Lagu Satu tekad dendangan kumpulan nasyid UNIC turut berkumandang. Hatiku benar2 tersentuh kali ini. Terasa memori indah di Zao, Yamagata masih basah. Masih segar dalam ingatan. Satu persatu kenangan itu ku mainkan dalam minda.

Teringat kembali aku akan omiyage apa yang harus ku bawa pulang untuk keluargaku. Lantas aku terus memuat turun video tersebut. InsyaAllah, ini antara omiyage yang akan ku bawa pulang nanti. Ingin ku tunjukkan pada emak, abah, dan adik2ku yang bahawa aku benar2 bahagia hidup di jihat yang memperkenalkan aku dengan tarbiyyah. Biar emak, abah, dan adik2ku tahu bahawa anaknya bukan sahaja berjuang demi segulung ijazah, malah lebih daripada itu! Biar suatu hari emak akan berdoa bukan sahaja untuk kejayaanku yang cemerlang dalam pelajaran, malah aku berharap agar emak mendoakan aku tsabat ( tetap hati ) dalam perjuangan.

" Ya Muqallibal Quluub, tsabbit qulubana a'la dinik wa tho'atik"
( Wahai Tuhan Yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami pada agama dan mentaatiMu)

Scholar ooo scholar...


" Ish, lambat dia masuk kali ni.."

" $$$$$$$...."

" Lama lagi ke Funahashi San nak bagi emel..?"

Begitulah antara rungutan2 yang memenuhi ruang atmosfera sekarang. Pertanyaan2 menghiasi perbualan bilakah biasiswa seterusnya akan masuk. Rasa resah, rasa gelisah. Menanti khabar gembira dari kerajaan langit semakin menyesakkan dada. Wajah Funahashi San menerpa di setiap episod mimpi indah mengutus emel menyatakan tarikh bilakah biasiswa akan masuk. Tetapi bila terjaga dari tidur, ternyata, mimpi hanyalah mimpi. Hari2 beserta penantian bersambung lagi.

Aku juga tidak terkecuali. Untuk awal tahun ini, banyak urusan yang perlu di selesaikan. Semuanya memerlukan wang. Aku perlu berpindah ke kampus yang baru. Sekali gus, aku perlu pindah keluar ke rumah baru. Cuti musim bunga kali ini, aku merancang untuk pulang ke Malaysia. Sudah tentu memerlukan jumlah yang agak besar untuk pembelian tiket kapal terbang.

LUPA MEREKA

Alhamdulillah, untuk hidupku sekarang, insyaAllah, aku masih mampu untuk meneruskan hidup seperti biasa. Cuma mungkin aku kadang2 di himpit rasa bimbang. Padahal, tiada apa yang perlu aku risaukan bukan?

Petang tadi aku rasa aku ini seakan kejam. Aku tidak fikirkan orang lain. Hati ini sentiasa menggesa agar hasrat di penuhi tanpa memikirkan orang lain. Aku rasa tidak hairan jika biasiswa bulan ini agak lambat berbanding biasa. Cuba aku bersifat optimis dan logik sedikit! Kemelesetan ekonomi yang melanda Malaysia sekarang, tukaran nilai mata wang asing yang tidak tentu hala dan pelbagai faktor lain yang akan menyebabkan biasiswa lambat masuk. Itupun aku tidak cuba pertimbangkan.

Cuba fikirkan dengan lebih mendalam. Jika dahulu 100 yen bersamaan dengan RM 3, tetapi sekarang nilai 100 yen hampir mencecah RM 4! Bayangkan nilai wang yang perlu di keluarkan kerajaan untuk membiayai biasiswa pelajar2 di Jepun. Semakin banyak wang di perlukan bererti semakin banyak wang rakyat yang di gunakan. Rakyat itu bukan semuanya kaya. Ada yang bergolok gadai mencari rezeki untuk sesuap nasi, perlu juga mengeluarkan sedikit wang untuk membayar cukai. Dan wang itu di salurkan kepada siapa?

Hari2 menjelang peperiksaan ini, hati aku begitu mudah tersentuh. Hal ini juga turut menambah pedih dalam dada. Begitu banyak wang yang di keluarkan untuk menampung perbelanjaanku di sini, aku belanjakan untuk apa wang itu? Jika di negara lain termasuk di Malaysia sendiri, kawanku selalu mengadu terpaksa mengikat perut lantaran wang biasiswa yang diperolehi cukup2 untuk sesuap nasi, bagaimana pula denganku?

Nilai kesyukuranku. Meningkatkah? Menurunkah?

.....Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya akan Aku tambah ( ni'mat ) itu. Dan jika kamu mengingkari ( ni'matKu), maka pasti azabKu sangat berat " ( Surah Ibrahim 14:7)

Muhasabah menilai diri sendiri. Rasa sedih mengenang mereka2 yang tidak punya apa2 untuk di makan dan merempat di tanah air sendiri. Sedangkan aku punyai segala kemewahan itu. Membandingkan keadaanku sebelum menjadi pelajar tajaan dengan keadaan sekarang, betapa kurangnya aku berfikir. Betapa kurangnya aku bersyukur. Rasa sedih mengenangkan diri bagai anak kecil, sentiasa menagih untuk di penuhi keinginan. Bila sudah mendapat apa yang di inginkan, 'terima kasih' pun tidak diucapkan.


Abah kata ...

" Wei, abah aku cakap, tak baik la gelak banyak sangat..."

Aku bersuara tiba-tiba. Sekaligus menghentikan gelak tawa diriku sendiri dan teman2. Mana tidaknya, apabila tiba waktu makan malam bersama, ada sahaja cerita2 yang dibuka. Maklumlah, ramai di kalangan kami ini bila sudah bercerita lagaknya seperti seorang penglipur lara!

Dalam keadaan haru-biru gelak ketawaku dan teman2 malam tadi, pesan abah mengetuk hati. Terus aku bersuara seperti mana pesan abah kepada kami adik beradik suatu ketika dulu.

" Haahla, bapak aku pun cakap tak baik ketawa banyak sangat. Nanti boleh nangis.."

Sampuk temanku.

" Bukan gitu je tau. Abah aku cakap, tak baik ketawa banyak sangat. Nanti susah ilmu nak masuk. Susah nak ingat. Ala, korang pon dah tau sebenarnya.."

Kata2ku menerima angguk balas teman2 yang lain.

ABAH KATA ...

Apabila tiba musim peperiksaan, wajah abahlah yang pertama terlintas dalam kepalaku. Bukannya apa, kalau dahulu, bila menjelang peperiksaan, abah akan banyak berpesan kepadaku dan adik2. Pesanannya panjang berjela.

" Ha, korang ni nak periksa ni jangan banyak gelak. Nanti cepat lupa.."

" Fizah, matikan TV tu. Abah tengok ko ni asyik tengok TV je. Tak belajar pun.."

Pesanan yang sama berulang kali bila tibanya musim peperiksaan. Kadangkala ada juga terselit rasa tidak puas hati bila abah menyuruh mematikan televisyen di kala diri sedang seronok menonton.

Abah cukup ambil berat makanan2 yang dipercayai membawa kesan yang tidak baik khususnya kepada otak. Contohnya organ2 dalaman haiwan seperti hati, pedal, limpa, telur ikan dan sebagainya.

Pernah sekali aku begitu kepingin merasa bagaimana rasanya hati ayam. Abah menyantap dengan penuh selera sedangkan dalam masa yang sama melarang kami makan. Bila aku merungut tidak puas hati, ada sahaja jawab balasnya

" Ala, abah dah habis sekolah. Tak de apa2 pun kalau abah makan. "

" Bah, Fizah teringin nak rasa. Sikit je... bolehlah. Kuah je pun takpe.."

Aku merayu mohon simpati. Moga2 dapatku raih simpati abah.

" Yelah. Ha, makan sikit je. Makan untuk rasa, bukan buat kenyang tau! "

" Hehe.."

Lembut juga hati abah dengan rayuanku. Selepas aku cuba merasa hati ayam itu, ternyata aku tidak menggemarinya. Kelat rasanya.

HAK ISTIMEWA ANAK ABAH

Bukan orang Melayu sahaja yang punya hak istimewa. Malah kami sebagai anak2 abah juga punyai keistimewaan tersendiri. Abah sering mengugut kami untuk menarik balik hak keistimewaan tersebut sekiranya keputusan kami merosot berbanding sebelumnya.

" Ha, kalau merosot ujian kali ni, abah tarik keistimewaan yang abah bagi. Tak de dah nak pergi rombongan ke, duit belanja abah kurangkan..."

Keistimewaan yang abah maksudkan termasuklah kebenaran menyertai rombongan persekolahan, wang saku dan sebagainya. Ketika kecil dahulu aku begitu gerun dengan pesanan abah ini. Lain pula bila aku meningkat remaja. Ketika itu aku rasa lucu menahan ketawa melihat adik2ku berkerut seribu bila abah berpesan sebegitu rupa kepada mereka. Bagi mereka, jika merosot ujian, maka peluang untuk menyertai rombongan yang biasanya diadakan pada cuti persekolahan bakal menjadi angan2 semata2. Lantas, adik2ku bersemangat belajar dan menempuh peperiksaan. Lain pula denganku. Ish, makin besar makin degil pula.Huhu..

Seumur hidupku, tidak pernah sekali pun abah merotan, menyebat, dan seumpama dengannya, Pendek kata, tidak pernah sekalipun abah angkat tangan pada kami. Walaubagaimanapun, padaku, cukup abah berpesan dengan kata2. Mendengar suara abah sahaja bisa membuat hatiku bergetar gerun. Di hadapan abah biasanya kami adik beradik akan berlaku baik. Tetapi di hadapan emak ataupun ketika abah tiada di rumah, mulalah kami menunjukkan belang masing2. Saat itulah akan ada yang menangis, dan kadangkala ada juga suara gelak ketawa sehingga kedengaran jiran tetangga.

Tiba-tiba.

" Broom.. broom.."

Bunyi motor Yamaha RxZ abah kedengaran. Menandakan abah pulang. Mulalah ketika itu bertempiaran lari mengemas rumah yang bersepah bagai tongkang pecah. Yang menangis akan berhenti dengan sendiri. Dan yang ketawa akan menahannya sehingga keluar air mata. Aku rasakan yang paling lega saat itu adalah emak.

" Ish, korang ni kalau depan abah, macam tikus. Menyorok je kejenya."

" Ala mak ni. Janganlah cakap kuat2. Nanti abah dengar.."

" Ha, taupun takut"

Begitulah lagak kami adik beradik. Menunjukkan betapa kuasa veto abah besar dalam keluarga kami. Tidak perlu sebatan, pukulan mahupun libasan tali pinggang. Cukup dengan kata2 abah kami patuhi. Bila aku ingat kembali saat itu, aku ketawa seorang diri.

Tidak lama lagi aku dan teman2 lain di Jepun ini akan menghadapi peperiksaan. Memang mencabar bila terpaksa bertarung dengan buku2 dan musuh2 ghaib yang sangat kuat menentang. Rasa sejuk, rasa malas, leka dengan internet dan bermacam2 lagi musuh ghaib yang terpaksa ku hadapi. Kalau di ikutkan hati, mahu sahaja aku pinta supaya abah ke sini. Menemani aku belajar, berpesan kepadaku dengan kata2 seperti dahulu. Biarpun pada waktu dahulu mendengar kata2 abah terasa pedih di hati. Namun aku kira, kini kata2 itu bagai penawar yang ku rindui tiap masa.

Pesan abah yang terakhir sebelum aku melangkah keluar dari rumah untuk menghadapi peperiksaan,

" Fizah, masuk dewan jangan lupa wahaiyyi' lana min amrina rasyada.."

" Abah....Fizah nak periksa ni bah. Abah pesanlah pape kat Fizah.."

Pintaku yang kini sendiri tanpa abah di sisi.


P/s: doa itu dari surah al-kahfi ayat 10

Utusan peperiksaan

Selasa, 23 Muharram 1430h

Asalnya aku tidaklah berhajat untuk menulis pagi2 ini. Seusai solat subuh, aku terus ke komputerku melayari internet dan tidak ketinggalan aku turut singgah ke blog milik seorang teman yang kini belajar di Jepun juga.

"Bi taufiq wan najah fil imtihan.."

Tertulis ayat berbahasa arab itu pada status YM nya. Tersenyum aku sambil membalas dalam hati

" Amin ya Rabbal a'lamin..insyaAllah "

Bermula minggu hadapan, insyaAllah aku dan teman2 di Yamaguchi University ini bakal menghadapi kimatsu shiken (peperiksaan akhir semester). Malahan aku percaya, hampir semua pelajar yang berada di Jepun ini sedang menghadapi gelombang peperiksaan.

Mungkin ada yang sedang mengurung diri di dalam bilik dan lebih suka bersendirian untuk mengulang kaji pelajaran.

Mungkin ada juga yang lebih suka memillih untuk turut sama dengan teman2 yang lain. Baik yang sama2 Melayu atau untuk yang lebih hyperpower, memilih teman Jepun untuk sama2 mengulangkaji pelajaran. Terpulanglah.

" Minna, ganbatte kudasai! "

Pesan sensei matematikku seusai kuliyyah terakhir minggu lepas.


KEPUTUSAN BUKAN DI TANGAN KITA

" Benkyou ke, tak ke, sama je! "

Rungut seorang temanku selepas mendapat keputusan chuukang ( peperiksaan pertengahan semester ) tempoh hari. Barangkali markah yang di perolehi tidak memuaskan hati. Maklumlah, temanku seorang ini memang giat mengulang kaji pelajaran. Mungkin tempoh hari dia di uji untuk menerima keputusan tidak seperti yang di harapkan.

" Sabar ya. Itulah yang terbaik untuk kau "

Getusku dalam hati.

Aku dapat merasakan angin sejuk berbaur tegang di saat2 menjelang peperiksaan. Masing2 berusaha sedaya mungkin untuk mengulangkaji pelajaran. Menjadi lumrah bagi seorang pelajar agar mendapat keputusan cemerlang sebagai natijah ataupun balasan berhempas pulas berusaha.

Hingga ada yang mengorbankan waktu tidur.

Hingga ada yang mememutuskan komunikasi dengan dunia luar.

Hingga ada yang.... ah! Pelbagai ragam kita untuk menempuh peperiksaan ini.

TAPI harus di ingat!

natijah ataupun keputusannya nanti bukan di tangan kita, tahu? Hak kita untuk berusaha sedaya mungkin dan hak Dia untuk menentukan keputusan yang kita bakal perolehi.

Tidak bermaksud aku meminta kau menghentikan segala usaha yang kau perbuat ini dan hanya menadah tangan ke langit sambil meminta moga di kabulkan hajat. Bukan begitu.

Maksudku kita berusaha sedaya mungkin sambil memohon moga Allah beri yang terbaik untuk kita. Moga kita redha untuk menerima segala walau apa pun keputusan yang bakal kita dapat. InsyaAllah, itulah yang terbaik buat kita nanti.



SALAH FAHAM

Selalunya kita menganggap bahawa segala usaha kita ini merupakan penyebab keputusan2 yang kita peroleh. Untuk lebih mudah di fahami, ramai yang menanggap bahawa jika dia sudah belajar bersungguh-sungguh dansehabis mungkin, maka natijah yang dia MESTI peroleh adalah keputusan yang cemerlang.

Salah tu.

Bagi yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang, dia menanggap semuanya hasil usaha dan titik peluhnya.

Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan hatinya, mulalah dia berputus asa dan kecewa. N'uzubillahi min zalik. Takut2 kita seakan2 buruk sangka kepada Allah dan menganggap bahawa Allah tidak adil. Astaghfirullah...

InsyaAllah, aku percaya segala keputusan yang kita perolehi itu adalah yang terbaik untuk kita. Dan harus di ingat, baik atau buruk sesuatu itu kebanyakannya dari penilaian kacamata manusia itu sendiri.

Tak semestinya cemerlang itu baik jika bakal mengundang rasa bongkak, riak dan takbur.

Tidak semestinya gagal itu buruk jika keputusan itu mengundang rasa redha, dan berazam untuk berusaha sedaya mungkin di lain masa.

Berusahalah, berusahalah, berusahalah!

Dan jangan lupa sandaran dan tawakkal kita pada Allah, ya.



p/s: pesanan buat diriku sendiri.



Suatu hari Imam Syafi'e datang menemui gurunya untuk bertanya tentang masalah daya ingatan yang semakin berkurang yang melanda dirinya.Lantas gurunya berkata,
" Ilmu itu cahaya. dan cahaya ilmu tidak akan masuk ke dalam hati yang di selubungi maksiat."











Apa yang boleh kita buat?

" Apa yang kita boleh buat nak bantu Palestin? Aku rasa macam orang bodoh je tak dapat nak buat apa2 .."

Luahan berbaur keluhan keluar keluar dari mulut seniorku. Dari tadi kami rancak berbual tentang isu Palestin dan Zionis. Ada sedikit sesalan yang terselit dalam diri ini lantaran aku tidak dapat menjelaskan banyak persoalan yang bermain dalam benak fikiran kami. Tentang sejarah Zionis, sejarah isu Palestin dan sebagainya. MasyaAllah, betapa dangkalnya pengetahuan yang ada pada diriku ini!


Berbalik kepada luahan seniorku tadi, aku terdiam seketika. Aku percaya persoalan itu tidak berlegar2 di minda dia seorang sahaja. Aku, kau dan aku pasti semua umat islam yang punyai sensitiviti yang masih menebal dalam diri turut sama memikirkan persoalan yang sama.

Bila melihat saudara sendiri di perlakukan sekejam itu, pasti ingin kita langkahkan kami menyertai barisan angkatan jundi2 ( baca : tentera ) yang sedang berhadapan dengan Zionis laknatullah itu.
Alhamdulillah, pagi ini aku terbaca artikel di saifulislam.com bertajuk Agar kaumku beringat-ingat.

Tapi, yang paling berharga buatku, adalah sepotong ayat al-quran yang turut di muatkan dalam artikel tersebut.

Maksudnya : “Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat berjaga-jaga.” (Surah At-Taubah 9 : 122 )

Ya!

Inilah jawapan yang pasti. Walaupun kita tidak sertai mereka untuk berhadapan bertempur dengan si laknatullah itu, tapi kita perlu mainkan peranan kita di sini.

Perdalami ilmu agama.

Beri peringatan untuk teman2, ahli keluarga dan mereka yang terdekat.

Kita persiapkan segalanya di medan masing2.

Kerana aku, kau dan seluruh umat islam itulah jundi2 yang bakal terpilih itu!

motor oh motor



NINJA Kawasaki


CBR Honda


Semenjak dua ini aku seringkali di tanya soalan yang sama oleh senior2ku.


" Fizah, bila nak beli motor ? "


Kalau dulu jawapanku pasti


" Mungkin 2nen ( tahun dua ) atau 3 nen kot ( tahun 3 ) "


Jawabku dengan selamba dan pasti.


Tapi kini andai aku di tanyakan soalan itu, aku lebih memilih untuk berdiam diri.


Kenapa ya agaknya?


Jawapannya ada dalam hatiku. Entah bila aku akan memberitahu.


~ini soal matlamat hidup, alat, kuning telur dan putih telur... jika kau faham ini semua aku kira kau akan tahu jawapannya~

monolog 2

Dalam kedinginan yang mencengkam hari ini, betapa ku rasakan hari2 yang ku lalui semakin mencabar. Menguji keimanan dan kesabaran. Berperang dengan kesejukan, nafsu malas dan bermacam-macam lagi nafsu 'ghaib' yang tidak kelihatan dari pandangan mata kasar.

Ringankanlah hati dan tubuh badanmu untuk bergerak duhai diriku!

Peperiksaan akan menjelang tidak lama lagi. Wah, bertambah2 ujian2 yang perlu ku hadapi di kala musim sejuk ini. Moga Allah memudahkan dan meringankan ujian2 ini.

Sekadar mencatat sesuatu untuk Think Tankerku ini. Ternyata tragedi yang menimpa saudara2 ku di bumi Palestin sana mempengaruhi perasaan aku. Aku tidak punya perasaan untuk menulis sesuatu yang ceria di sini. Bayangkan jika ahli keluarga kau di bunuh dan di perlakukan sebegitu kejam, apa perasaan yang kau rasai?

Tragedi ini juga meyakinkan aku bahawa semua ni berlaku bukan sahaja di sebabkan faktor luaran seperti kelemahan umat islam dari segi ilmu pengetahuan dan teknologi. Alhamdulillah aku dan mslimin2 yang di beri sedikit kefahaman oleh Allah SWT sepakat bahawa ini semua berpunca dari kelemahan hati, nafsu dan akal kita sendiri.

Matlamat .( baca: matlamat hidup, kefahaman islam ) kita kecil.

Perancangan yang di lakukan oleh zionis untuk semua ini sudah terlalu lama. Teringat aku akan kata2 Saidina Ali yang pernah ku dengar suatu ketika dahulu

" Kejahatan ( kebatilan ) yang terancang bisa mengalahkan kebenaran yang tidak terancang "

Untuk kesempatan yang masih berbaki ini, insyaAllah kita masih punya kesempatan untuk merancang dan mempersiapkan diri. Setiap masa, kata-kata ini berbisik dan sentiasa menyapa kalbuku

" Jundi2 ( tentera ) itu sedang kita persiapkan, kita siagakan... Tetapi siapa jundi itu jika bukan aku dan kau ? "

Teringat aku akan kata2 adikku semasa aku menelefon keluargaku tempoh hari.

" Kak, adik nak belajar rajin2 pastu nak buat tentera cyborg macam kat dalam novel Kombat 1511h tu.."

Tersenyum aku pada saat itu. Alhamdulillah, semangat jihad sudah mula meresap dalam jiwa2 muda muslim. Moga semangat itu terus membara dan menyala dalam hatimu, ya dik?

Hati aku terlalu sensitif dan begitu mudah terguris jika aku lihat muslimin2 termasuk teman2ku ini masih boleh bergembira dan seakan tidak mengambil tahu apa yang terjadi pada saat ini. Aku pohon padamu Allah moga Kau buka hijab yang membalut hati2 kami dan hindarilah diri kami dari dadah hedonisme.

InsyaAllah hari ini juga junior2ku di Ambang Asuhan Jepun ( AAJ ) bakal mendapat keputusan yang menentukan mereka boleh ke Jepun atau tidak. Tersenyum aku bilamana junior2 ku memberitahuku perasaan mereka tidak tentu arah pada saat ini. Doaku moga Allah yang beri keputusan yang terbaik untukmu. Dan moga kau redha dengan keputusan yang bakal kau perolehi.

Lega rasanya dapat meluahkan sesuatu di sini. Moga aku dan kau tabah dan sabar dengan ujian2 kehidupan yang kita hadapi.




fahamilah.. fahamilah.. fahamilah...

Sepanjang hari ini aku rasa tidak sedap hati. Rasa pilu yang semakin mengilu dalam hati. Terasa mahu menangis sepuasnya. Bukan mahu meratapi pemergian saudara2ku yang syahid di bumi Palestin sana. Tetapi aku menangisi dan meratapi umat ini.

Temanku, sahabatku, dan duhai saudara2ku yang mengaku muslimin semua...

Aku tidak mampu menyusun ayat ketika ini lantaran perasaan sedih yang teramat sangat sedang membalut diri.

Alhamdulillah, Allah sampaikan perasaan dan luahan hatiku melalui teman yang memberikan komennya dalam entri sebelum ini. Inilah luahan hatiku. Ini lah yang ingin ku sampaikan. Dengan kata2 inilah ku ingin gugahkan bahu2mu.

Di bawah ini adalah komen daripada Misoshiru yang ku angkat menjadi entri terbaru.

Pintaku moga dapat kau fahami luahan hati ini.



misoshiru said...

kita dah belajar isk kan..

kita dah tau alat dan matalamat kan..

kita dah tgk kemenangan rasulullah time fathhul makkah kan..

dan kita tgk cmne umar al khattab bole menawan kisra dan kaisar...

tanpa teknologi yang hebat seperti tamadun kisra dan kaisar time tu..tamadun tu sgt hebat..tapi kalah dek tentera islam yang tak punya apa2..kecuali iman dan takwa yang tinggi..

kita lihat tamadun abbasiyah..cmne umat islam yang punya teknologi yang sgt hebat akhirnya jatuh di tgn tentera monggol yang tak bertamadun..akhirnya tentera salib menguasai semua teknologi dan ilmu yang kita ada...kita punya segala2nya time tu..teknologi apa kita nak..cakapla..semuanya ada..tapi kenapa kita kalah pada Hulagu yang tak tahu menulis dan membaca tu..kenapa????


Allah telah menetapkan sunnatullah untuk alam ni dan sunnatullah dalam sejarah juga...kaji balik sejarah abrahah mahu memusnahkan kaabah..ada point penting disitu. tafsir fizilal quran..surah al-fill

kalau kita kata, kita kena maju setanding US tuk menang dalam peperangan ni..
sejuta tahun pun, kita takkan mampu tandingi teknologi dorg tu..
kita ada senjata laen yang sgt hebat!!kalau betul, hanya dengan teknologi tu kita boleh menang..

Adakah Rasulullah diturunkan tuk ajar kita ttg teknologi??

Adakah umar ajar ttg teknologi kpd tentera2nya sebelum pergi berperang??

Adakah Salahuddin Al-Ayubi setiap malam meronda khemah2 tentera tuk pastikan tentera2nya belajar pasal teknologi??

Adakah tentera Sultan Muhammad Al-Fateh dikira sebagai sebaik-baik tentera berdasarkan ilmu teknologi yang ada pada mereka??

Tidak kan...Rasulullah ajar kita ttg iman,takwa,matlamat hidup...begitu juga Umar,Salahuddin Al Ayubi,Sultan Muhammad Al-Fateh......

kaji balik peperangan antara Bosnia dan Serbia..
Bagaimana tentera serbia yang ramai boleh dikalahkan oleh mujahideen yang hanya 400org je..dahla xcukup kelengkapan perang..

Ingat Allah..Allah kata..milik Dia segala tentera langit dan bumi..surah Al-Fath (48:7)

surah hud (11:120) dimana Allah tekankan kepentingan kaji balik sejarah tu.

so kena kaji balik sejarah..tambahkan kefahaman dalam agama..kalaulah kita kata kita xkuat sebab kita mundur, so silalah suruh kerajaan hntr semua org belajar teknologi..bila semua org dah faham teknologi, bole buat itu ini..tapi, kalau kita xde kefahaman agama, xde guna semua tu..kita hanya akan ade bnyk alat tapi xde matlamat..so apa gunanya alat tanpa ada matlamat..sia2 bukan..

semua alat tu at last akan digunakan tuk kepentingan diri sendiri je..

huhu..gomen fizah..akak geram juga..kita kena sampaikan kat semua umat islam..itu target akak..kena bercakap dan sedarkan saudara2 kita yang tak sedar lagi..

tadabbur surah ar-Rum 30: 5~4..hbskan satu surah lebih elok
..

Resensi artikel SIAPA YAHUDI? SIAPA KAFIR?


Perbualan ini berlaku seusai aku membaca dan mengambil masa untuk berfikir mengenai artikel yang ku lampirkan dalam entri sebelum ini. Perasaan marah dan geram yang luar biasa, membuatkan aku segera mencari teman untuk berkongsi rasa.

Astaghfirullah untuk kemarahan luar biasa yang membuak2 dalam hatiku.

Tapi jangan padam api kemarahanku pada si laknatullah itu!

Perbualan ini juga ku salin dan cetak bulat2 tanpa ku edit sedikitpun




siti radziah: salam..
siti radziah: haitt, nape fiza?
norhafizah: akak ngah bz ke?
siti radziah: x de la..x wat pape pun
norhafizah: o0o
norhafizah: tak de la
norhafizah: sbb ngah rase marah sgt2 ni.. tkut tak dpt control
siti radziah: ye ke..
siti radziah: marah nape?
siti radziah: meh2 citer
norhafizah: marah ngan israel lah
norhafizah: geram2!!!!!
norhafizah: ngah pikir camner nak buat
siti radziah: ooo..sokka2
siti radziah: memang2 akak pun tgh marah ni
siti radziah: rasenye sumer org tgh marah
siti radziah: tu la kan..
siti radziah: ape kiter nk wat..
siti radziah: skang eiza ade fikir ape2 ke?siti radziah: *fiza
norhafizah: ye
norhafizah: erm...
norhafizah: bukan apa kak
norhafizah: tadi fiza ader bace utusan
norhafizah: dier ckap apa beza orang yahudi ngan org islam
norhafizah: kat c2 mmg nampak ketara yahudi mmg kuat
norhafizah: trutamanya dr segi knowledge
norhafizah: bukan fiza tak dapat terima sume tu
norhafizah: dah mmg itu fakta, kenyataan..
norhafizah: tp bg akak la kan, ni soal ilmu pengetahuan je ke?
siti radziah: maksud nye die ckp yahudi tu lbih hebat sbb knowledge diorang?siti radziah: camtu ke?
norhafizah: haah
norhafizah: sbb tu umat islam lemah
norhafizah: tu dier yg ckap
norhafizah: tapi fiza tak stuju
norhafizah: sbb fiza rase tu bukan pangkal dan dasar untuk sume ni berlaku
siti radziah: betul2 akak pun x stuju..siti radziah: sbb kekuatan org islam adalah iman
siti radziah: kalau sume org islam beriman isyaAllah islam kuat
siti radziah: tp org skang x nmpak sume tu
siti radziah: diorang nmpk bile ade ilmu, kaya, itu dah dikira hebat
siti radziah: kalo tgk org yahudi skang ni mmg la nmpk hebat..
siti radziah: byk syarikat2 besar..
norhafizah: fuh'
siti radziah: tp kan akak rase kalau la sume org islam faham islam tu betul2, org islam akan jadi kuat
siti radziah: fiza rase?
norhafizah: betul2
norhafizah: fiza sgt setuju'
siti radziah: sape yg tulis artikel tu?
norhafizah: entah
norhafizah: tapi sumber tu dpetik dr someone dr pakistan yang buat kajian
siti radziah: sokka..
siti radziah: ish sedihnye..
norhafizah: fiza stuju bdasarkan fakta artikel tu je
norhafizah: tapi secara tersiratnya fiza rase kalau itulah yang di paparkan sebagai kelemahan umat islam, fiza takut umat islam akan rasa makin lemah
norhafizah: sbb dorg takkan nampak iman tu sbg pangkalnya
norhafizah: dorang akan rasa sgt jauh untuk kejar sume tu
siti radziah: soune..
norhafizah: dan sebaliknya dorg akan rase sgt kagum ngan yahudi
norhafizah: dan akan mengiyakan apa yg yahudi buat
siti radziah: ish takutnye kalo jd camtu
norhafizah: dan takut2 dorg akan terima apa yang yahudi buat ni ats kelemahan umat islam
norhafizah: cube akak letakkan diri akak sbg umat islam kat luar sana bile bace artikel ni
norhafizah: mesti akak akan angguk punya
siti radziah: ish..bahaye nih artikel ni..
siti radziah: akak rase btol gak org islam kurang ilmu,tp bukan ilmu dunia tp kurang ilmu ttg islam, quran
siti radziah: mungkin tu yg patut org2 islam tau skang kan..
norhafizah: haah
siti radziah: ni artikel paper arini ke?
norhafizah: haah
norhafizah: cube akak bace jap
siti radziah: tu la nk bace jap
siti radziah: tu la nk bace jap
siti radziah: btol la...
norhafizah: btul?
siti radziah: mungkin lepas ni org2 isam akak ingat yg kite kna kejar dunia..
siti radziah: kna bukak syarikat besar2
siti radziah: ish..geram2
norhafizah: kansiti radziah: hmmm...
norhafizah: alhamdulillah Allah bg kite pluang untuk fikir luar kotak kak
siti radziah: btoll..syukur sgt2..
siti radziah: kalo akak kt malaysia skang mesti akak stuju ngan artikel tu
norhafizah: haah
norhafizah: fza rase pon gitu
norhafizah: tu yg rfza ttibe rase 2 tachiba ble bace artikel ni
norhafizah: satu fza bc btul2
norhafizah: satu lagi fza bc mcm mn kalo fiza ader kat msia n xnmpak sume ni

SIAPA YAHUDI? SIAPA ORANG ISLAM?

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan
dan kurangnya pelajaran.

P/S:

Artikel ini ku salin bulat2 dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm. Aku dalam proses menilai dan menghadam artikel ini. Harap kau juga turut sama menilainya. Jangan hanya angguk setuju dan geleng membantah! Sama2 kita fikir2kan.

Cikgu Salju

Selasa 16 Muharram 1430h

Aku menulis dengan senyuman ketika ini. Perasaan gembira dan bersyukur membalut hati apabila pagiku bermula dengan 'pengajaran' dari Cikgu Salju.

Setelah lama bercuti luar dari daerah Yamaguchi, pagi ini baru aku dapat melihat salji yang turun dan sumoru ( menimbun ) di luar rumahku. Penuh semangat aku menantikan hari ini. Seawal pagi subuh aku mengintai di celah2 tingkap.

Aku tersenyum puas bila melihat pemandangan kereta2 dan gunung2 yang berada di sekitar rumahku diliputi lapisan tipis salji.

KENANGAN DI YAMAGATA

Kenangan sewaktu percutianku ke Yamagata ligat berputar di kepalaku. Aku menetap di daerah Yamaguchi yang merupakan sebuah kawasan desa dan terletak sangat jauh dari kawasan Touhoku. Yamaguchi turut dikenali sebagai kawasan yang berada di zon yang agak panas kerana letaknya di bahagian hujung Pulau Honsyuu. Tatkala pertama kali menjejakkan kaki di
Yamagata, perasaanku benar2 berubah bagai memasuki alam ang berbeza ketika melihat pemandangan salji yang turun dengan lebat dan suasana putih yang menyelubungi.

Jakun.

Batak.

Itu perasaan2 yang bermain dalam hatiku dan teman2 yang pertama kali melihat salji selebat ini di depan mata. Gelagatku dan teman2 bermain salji bagai kanak2 kecil sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di Yamagata. Melempar bola2 salji kepada teman2, berbaring2 di atas permukaan yang dilitupi salji, dan entah berapa kali beraksi di hadapan kamera.

Aku tersenyum lagi tatkala aku teringat kembali suasana itu.

Yang paling mencuit hatiku saat ini apabila teman2 dan senior2ku dari Iwate dan Yamagata hanya duduk memerhatikan tingkah kami dari dalam lobi. Bila mengingat kembali saat ini, tiba2 menjadi malu pula rasanya..

MAKNA SENYUM YANG SEBENARNYA

Makna senyumku pagi ini sebenarnya adalah kerana perasaan terima kasihku pada Allah yang Maha Hebat yang menjadikan dan mentadbir alam ini.

Tiada sia2 Kau menciptakan segala-galanya. Ada ibrah ( baca : pengajaran ) di sebaliknya.

190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda2 ( kebesaran Allah ) bagi orang yang berakal.

191. iaitu orang2 yang mengingati Allah, sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaringdan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata " Wahai Tuhan kami, tidaklah engkau menjadikan semua ini sia2 Maha Suci Allah, lindungilkah kami dari azab api neraka "
( Surah Ali Imran 3 : 190-191 )
Seputih salji itu, ada makna yang tersirat bagiku.
Putih itu bersih. Putih itu luhur, Putih itu suci.
Betapa beruntung dari kalangan hamba2nya yang punyai hati dan jiwa yang sebersih, seluhur dan sesuci salji. Lebih beruntung bagi mereka yang di pilih dari kalangan hamba2Nya yang dibersihkan hati dan jiwanya lalu cahaya hidayah menembusinya. Perasaan bahawa betapa Allah tu mengasihinya dan memberikan kefahaman kepadanya untuk semakin mengenaliNya dan semakin memahami agama.
Sewaktu aku dan teman2 bergandingan membina snowman dan snowball, perkara ini tiba2 terlintas di kepala.
Memandangku aku kurang berminat dengan snowman, dan ku rasakan aku lebih sesuai membuat snowball, aku menawarkan diri untuk menjadi pembuat snowball. Teman2 lain yang membuat snowball bersamaku ada yang beralih kepada snowman. Membuat snowball ini memerlukan sedikit kesabaran dan diadun dengan teknik yang berkesan.
Ku ambil salji2 yang sudah sedia mengeras dan mampat di sekitarku. Yang itulah ku jadikan teras untuk membuat snowball. Teras itu ku kepal perlahan2 sambil menambah salji sedikit demi sedikit membentuk bebola putih sebesar penumbuk. Jika tidak kena cara dan gaya, snowball tidak dapat menbentuk dan mudah pecah.
Begitulah untuk membentuk jiwa yang benar2 memahami agama. Mengambil masa, ada seninya. Menbentuk hati dan jiwa sebegini memerlukan kesabaran. Kerana menbentuk jiwa manusia ini bagai membentuk air, bukan seperti membentuk logam. Moga aku juga sabar untuk membentuk jiwaku ini menjadi lebih dekat denganNya.
Moga pelajaran dari Cikgu Salju ini meresap dalam diri dan menambah nilai dalam hidupku ini.
Terima kasih Cikgu Salju.
Dan terima kasih padaMu Allah.

boikot


Jika tubuh kita tak mampu kita sumbangkan untuk menjadi benteng pertahanan saudara kita di sana, marilah kita sumbangkan apa yang terdaya. Walaupun hanya mampu mengelakkan dari sebutir peluru daripada menembusi tubuh suci mereka.
Moga Allah menyatukan hati2 kita semua

monolog 1

Begitu lama rasanya aku tidak berfikir dan menulis sesuatu yang malar segar untuk think tanker ku ini. Aku kini sedang menghadapi semacam suatu peperangan perasaan. Banyak perkara yang aku fikirkan untuk satu2 masa. Bagaimana harus ku luahkan menjadi tulisan!

Banyak perkara2 yang berlegar2 dlam benak fikiranku. Terutamanya seusai aku menghabiskan cuti musim sejukku yang baru sahaja berlalu semalam.

Seusai cutiku, selepas aku baru sahaja pulang ke Yamaguchi, banyak perkara yang mengejutkan aku. Entahlah. Aku dapat rasai sesuatu perubahan dalam diri. Moga2 perubahan ini mengundang suatu pembaikan. Bukan mengundang aku ke arah keburukan.

Antara berita yang paling mengejutkan aku juga adalah berita mengenai serangan Israel Laknatullah ke atas saudara2ku di Palestin. Kalau dulu aku adalah antara orang yang tidak mahu langsung mengambil tahu tentang hal saudara2ku ini, tapi entah kenapa, hatiku kini bagai di lapah tatkala membaca laporan2 mengenai saudara2ku ini. Terselit sesal yang berat dalam hatiku ini. Sejak aku mula terasa bibit2 ukuhuwwah mula kembang dalam diri, terasa saudara seagama yang di ikat dengan ikatan akidah ini bagai terlalu erat denganku. Tawa mereka adalah tawaku. Penderitaan mereka, bisa membuatkan hatiku resah tidak keruan. Aku harapkan aku tidak bersendirian menanggung beban perasaan ini. Kau bersamaku bukan?

Barangkali ataupun sejujurnya aku amat terkesan dengan kata2 Syed Quttub. Terima kasih buat akhawwat fillah sayangku yang tidak lokek berkongsi ilmu. Aku hanya baru di ajar 3 perenggan Muqaddimah Zilal. Tetapi kesannya bagai panahan yang menusup sanubari. Tajam. Kadangkala sedikit perit.

" Al-Quran ni susah untuk kita faham dengan hati kalau kita masih di belenggu choker sendiri "

" Choker kita ? Apadia choker diri kita kak ? "

" Erm, susah untuk akak jelaskan. Tapi cuma Fizah yang tahu choker yang membelenggu diri Fizah. Macam ni, agak2 Fizah la kan, apa perkara2 yang Fizah rasa menghalang Fizah dari memahami Islam sebelum ni. Yang perkara tu datangnya dari diri Fizah sendiri "

Ketika ini lidahku kelu seribu bahasa. Akalku ligat menyenaraikan satu2 karat jahiliyyah yang pernah membelengggu diri suatu masa dulu. Mungkin karat2nya masih lagi ada yang bersisa dalam hati.

3 perkataan Syed Quttub yang benar2 menyentuh hati ini

al-Quran itu meluhur, memberkati dan membersihkan umurnya.

meluhur itu membersihkan ruhiyah diri. Memberkati itu bagai mengisi lompong dalam diri manakala membersihkan adalah menyucikan.

Kalau Syed Quttub pernah merasa bagaimana gelapnya hidup dalam hambatan jahiliyyah, aku pun turut merasa betapa jijiknya hidupku semasa aku pernah berada dalam zaman jahiliyyahku. Bagaimana aku pernah merasai gelap jahiliyyah itu bagaikan suatu lapisan yang menghalang hati ini dari menerima nur dari Tuhan.

Dosa, sifat mazmumah... itulah jahiliyyah yang aku maksudkan.

Dan aku harap sisa2 karat jahiliyyah itu dapat semakin pudar dan menghilang dari hati ini.

Sedang aku kini semakin menghitung, merenung dan mengkoreksi diri.

Pintaku moga kesedaran ini terpasak menjunam ke dalam hati.

tadabbur robot

Dalam kesesakan robot-robot di sini
aku berada di celah mereka
Rukukku, sujudku tadi
Bagai aksi badut yang di perhati;
robot-robot bermata sepet itu


Sebuah novel, sebuah ipod;
di tanganku
Tidak bisa membuat aku berpaling dari mentadabbur aksi robot-robot itu
Entah kenapa robot-robot itu berlarian ke sana ke mari
Mengejar?
Ataupun di kejar
Lupa bertanya pada si pencipta
Kenapa dirinya tercipta

GIFU EKI
25 Disember 2008

ketuk

Ada perkara yang bersarang dalam fikiranku

Mahu kau dengar aku meluahkan?

Aku mula terasa hidup yang di lalui manusia ini tiada keseronokan, tiada kepuasan. Manusia fikir mereka gembira, mengulang perkara yang sama hampir setiap hari. Bangun dari tidur, makan, belajar, bekerja, dan tidur kembali. Mujur terselit sisa-sisa perhambaan solat 5 kali dalam sehari.

Bila di tanyakan
Untuk apa kau hidup?
Apa matlamat hidupmu?

Entah kenapa jawapan yang seirama sahaja yang keluar
Bagai sepakat inilah skema jawapan

Bila ditanyakan pada yang sedang meneruskan pengajian
Untuk apakah hidupmu di sasarkan?
PASTI jawapannya moga cemerlang dalam pelajaran

Bila ditanyakan pada yang sedang bekerja
Untuk apa hidupmu disasarkan?
PASTI jawapannya moga dapat mengumpul sebanyaknya harta
Agar senang kemudian hari tidak melarat meminta-minta

Ambil masa, fikirkan jawapan-jawapan itu

Adakah hidup sudah tamat jika matlamat yang di sasarkan itu sudah dapat kita kecap?

Kata-kata Syed Quttub mengetuk-ngetuk jiwaku hampir setiap kali
Kenapa manusia ini
Mengimpikan cita-cita dan kejayaan yang amat kerdil
Jahiliyyah melata
Manusia ini bagai pemuja jahiliyyah yang sedang berbangga-bangga dengan ilmu yang kerdil
Ilmu pengetahuan kanak-kanak
Minat dan cita-cita kanak-kanak
Keteloran ( pelat ) lidah kanak-kanak

Kata-kata itu bagai menggugah dan menggoncang bahuku sekuatnya
Sambil berkata
Wahai manusia!!!
Tidakkah kau tahu ada sesuatu yang lebih hebat dari apa yang kau lalui ini?
Hidupmu bukan untuk matlamat sekerdil ini!!!
Tidakkah kau dengar seruan Penciptamu???
Untuk apa kau di ciptakan tertulis nyata dalam modul penciptaanmu!

Kata-kata itu sedang mengetuk jiwaku
Ia sedang mengetuk jiwaku
Kini ia sedang mengetuk jiwaku