Pages

Scholar ooo scholar...


" Ish, lambat dia masuk kali ni.."

" $$$$$$$...."

" Lama lagi ke Funahashi San nak bagi emel..?"

Begitulah antara rungutan2 yang memenuhi ruang atmosfera sekarang. Pertanyaan2 menghiasi perbualan bilakah biasiswa seterusnya akan masuk. Rasa resah, rasa gelisah. Menanti khabar gembira dari kerajaan langit semakin menyesakkan dada. Wajah Funahashi San menerpa di setiap episod mimpi indah mengutus emel menyatakan tarikh bilakah biasiswa akan masuk. Tetapi bila terjaga dari tidur, ternyata, mimpi hanyalah mimpi. Hari2 beserta penantian bersambung lagi.

Aku juga tidak terkecuali. Untuk awal tahun ini, banyak urusan yang perlu di selesaikan. Semuanya memerlukan wang. Aku perlu berpindah ke kampus yang baru. Sekali gus, aku perlu pindah keluar ke rumah baru. Cuti musim bunga kali ini, aku merancang untuk pulang ke Malaysia. Sudah tentu memerlukan jumlah yang agak besar untuk pembelian tiket kapal terbang.

LUPA MEREKA

Alhamdulillah, untuk hidupku sekarang, insyaAllah, aku masih mampu untuk meneruskan hidup seperti biasa. Cuma mungkin aku kadang2 di himpit rasa bimbang. Padahal, tiada apa yang perlu aku risaukan bukan?

Petang tadi aku rasa aku ini seakan kejam. Aku tidak fikirkan orang lain. Hati ini sentiasa menggesa agar hasrat di penuhi tanpa memikirkan orang lain. Aku rasa tidak hairan jika biasiswa bulan ini agak lambat berbanding biasa. Cuba aku bersifat optimis dan logik sedikit! Kemelesetan ekonomi yang melanda Malaysia sekarang, tukaran nilai mata wang asing yang tidak tentu hala dan pelbagai faktor lain yang akan menyebabkan biasiswa lambat masuk. Itupun aku tidak cuba pertimbangkan.

Cuba fikirkan dengan lebih mendalam. Jika dahulu 100 yen bersamaan dengan RM 3, tetapi sekarang nilai 100 yen hampir mencecah RM 4! Bayangkan nilai wang yang perlu di keluarkan kerajaan untuk membiayai biasiswa pelajar2 di Jepun. Semakin banyak wang di perlukan bererti semakin banyak wang rakyat yang di gunakan. Rakyat itu bukan semuanya kaya. Ada yang bergolok gadai mencari rezeki untuk sesuap nasi, perlu juga mengeluarkan sedikit wang untuk membayar cukai. Dan wang itu di salurkan kepada siapa?

Hari2 menjelang peperiksaan ini, hati aku begitu mudah tersentuh. Hal ini juga turut menambah pedih dalam dada. Begitu banyak wang yang di keluarkan untuk menampung perbelanjaanku di sini, aku belanjakan untuk apa wang itu? Jika di negara lain termasuk di Malaysia sendiri, kawanku selalu mengadu terpaksa mengikat perut lantaran wang biasiswa yang diperolehi cukup2 untuk sesuap nasi, bagaimana pula denganku?

Nilai kesyukuranku. Meningkatkah? Menurunkah?

.....Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya akan Aku tambah ( ni'mat ) itu. Dan jika kamu mengingkari ( ni'matKu), maka pasti azabKu sangat berat " ( Surah Ibrahim 14:7)

Muhasabah menilai diri sendiri. Rasa sedih mengenang mereka2 yang tidak punya apa2 untuk di makan dan merempat di tanah air sendiri. Sedangkan aku punyai segala kemewahan itu. Membandingkan keadaanku sebelum menjadi pelajar tajaan dengan keadaan sekarang, betapa kurangnya aku berfikir. Betapa kurangnya aku bersyukur. Rasa sedih mengenangkan diri bagai anak kecil, sentiasa menagih untuk di penuhi keinginan. Bila sudah mendapat apa yang di inginkan, 'terima kasih' pun tidak diucapkan.


3 comments:

  1. salam....saya mahu bertanya fees untuk uni di jepun berapa ya? dan berapa kos sara hidup kat sana? terima kasih

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wbt..

    Maaf ya, kos pengajian disini tidak diketahui kerana hal ini sudah diuruskan oleh pihak kerajaan.

    Kos sara hidup disini, saya andaikan soalan itu sebagai berapa elaun setiap bulan. Setiap bulan wang yang akan masuk 130000yen. Lebih kurang RM4550.

    ReplyDelete
  3. fuh...
    bnyk tue...

    kat sini saye cuma dpt rm300 jer sebulan...

    ReplyDelete