Ada perkara yang bersarang dalam fikiranku
Mahu kau dengar aku meluahkan?
Aku mula terasa hidup yang di lalui manusia ini tiada keseronokan, tiada kepuasan. Manusia fikir mereka gembira, mengulang perkara yang sama hampir setiap hari. Bangun dari tidur, makan, belajar, bekerja, dan tidur kembali. Mujur terselit sisa-sisa perhambaan solat 5 kali dalam sehari.
Bila di tanyakan
Untuk apa kau hidup?
Apa matlamat hidupmu?
Entah kenapa jawapan yang seirama sahaja yang keluar
Bagai sepakat inilah skema jawapan
Bila ditanyakan pada yang sedang meneruskan pengajian
Untuk apakah hidupmu di sasarkan?
PASTI jawapannya moga cemerlang dalam pelajaran
Bila ditanyakan pada yang sedang bekerja
Untuk apa hidupmu disasarkan?
PASTI jawapannya moga dapat mengumpul sebanyaknya harta
Agar senang kemudian hari tidak melarat meminta-minta
Ambil masa, fikirkan jawapan-jawapan itu
Adakah hidup sudah tamat jika matlamat yang di sasarkan itu sudah dapat kita kecap?
Kata-kata Syed Quttub mengetuk-ngetuk jiwaku hampir setiap kali
Kenapa manusia ini
Mengimpikan cita-cita dan kejayaan yang amat kerdil
Jahiliyyah melata
Manusia ini bagai pemuja jahiliyyah yang sedang berbangga-bangga dengan ilmu yang kerdil
Ilmu pengetahuan kanak-kanak
Minat dan cita-cita kanak-kanak
Keteloran ( pelat ) lidah kanak-kanak
Kata-kata itu bagai menggugah dan menggoncang bahuku sekuatnya
Sambil berkata
Wahai manusia!!!
Tidakkah kau tahu ada sesuatu yang lebih hebat dari apa yang kau lalui ini?
Hidupmu bukan untuk matlamat sekerdil ini!!!
Tidakkah kau dengar seruan Penciptamu???
Untuk apa kau di ciptakan tertulis nyata dalam modul penciptaanmu!
Kata-kata itu sedang mengetuk jiwaku
Ia sedang mengetuk jiwaku
Kini ia sedang mengetuk jiwaku
assalamualaikum. saudari, saya amat tertarik dengan setiap entri yang saudari post kan. saya ingin meminta keizinan dari saudari untuk menggunakan idea ttg syed quttub dalam tulisan saya tanpa menciplak kata2 saudari. i'allah saya pergunakan karya saya dalam usaha dakwah bersama. saya kira ramai remaja yang dangkal ilmu, dahagakan pengolahan dengan rentak yang mudah diiukuti. ramai yang tidak mengetahui ttg tokoh2 islam. andai saudari mengizinkan, saya sangat2 berterima kasih pada saudari. saudari boleh maklumkan kepada saya menerusi emel saya, amarnmadhi@yahoo.com.jzkk saudari.moga rahmat allah sentiasa mengiringi. salam ukhuwah, salam perjuangan!
ReplyDelete