Pages

Omiyage

Kurang sebulan lagi aku akan pulang bercuti ke Malaysia. Dalam kesibukan mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan, timbul pula pertanyaan dalam diri apakah omiyage yang sesuai untuk di bawa pulang ke tanah air.

Pertanyaan ini mengundang suatu masalah padaku memandangkan aku ini orang yang kurang pandai memilih omiyage ( buah tangan ).

Kau ada cadangan?

OMIYAGE TIADA HARGA

Semalam aku cuba membuka link yang dihantarkan seorang teman kepadaku melalui YM.

" Oh, blog ikhwah rupenye.."

Aku bermonolog sendiri. Justeru, aku terus klikkan tetikus untuk memainkan sebuah video yang disertakan dalam blog tersebut. Video yang disertakan dengan irama lagu Sejuta Harapan dendangan kumpulan Dai Nada benar2 menyentuh hati. Sebetulnya pada saat ini aku berasa kontang kerinduan akhawwat2 yang jauh dari sisi. Hendak ku tegur di YM, bimbang jika aku mengganggu kosentrasi mereka yang kini aku pasti sedang tekun mengulangkaji.

Demi mengubat rinduku pada akhawwat, aku buka laman blog Ini Cerita Kita. Terus tanganku menekan klik untuk memainkan video yang memuatkan memori indah kami di Yamagata. Lagu Satu tekad dendangan kumpulan nasyid UNIC turut berkumandang. Hatiku benar2 tersentuh kali ini. Terasa memori indah di Zao, Yamagata masih basah. Masih segar dalam ingatan. Satu persatu kenangan itu ku mainkan dalam minda.

Teringat kembali aku akan omiyage apa yang harus ku bawa pulang untuk keluargaku. Lantas aku terus memuat turun video tersebut. InsyaAllah, ini antara omiyage yang akan ku bawa pulang nanti. Ingin ku tunjukkan pada emak, abah, dan adik2ku yang bahawa aku benar2 bahagia hidup di jihat yang memperkenalkan aku dengan tarbiyyah. Biar emak, abah, dan adik2ku tahu bahawa anaknya bukan sahaja berjuang demi segulung ijazah, malah lebih daripada itu! Biar suatu hari emak akan berdoa bukan sahaja untuk kejayaanku yang cemerlang dalam pelajaran, malah aku berharap agar emak mendoakan aku tsabat ( tetap hati ) dalam perjuangan.

" Ya Muqallibal Quluub, tsabbit qulubana a'la dinik wa tho'atik"
( Wahai Tuhan Yang Maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati kami pada agama dan mentaatiMu)

5 comments:

  1. salam fizah.

    dah donlod video tu?

    ReplyDelete
  2. subhanallah fizah...

    great gift!!

    you know, yesterday i couldnt really sleep, pusing2 kat futon tuh. pastu terfikir some dreams that i hope would come true, and one my dreams is also to give that gift to my family. i want them to understand too (^^,)

    btw, camne nak gi yamaguchi? boleh listkan tak transport, murah ke mahal ke , lambat ke cepat ke, osusume ker. bercadang nak gi lah sana. before you balik malaysia, u ade kat yamaguchi tak?

    ReplyDelete
  3. misoshiru e

    waalaikumussalam wbt... dah2. Fiza dah download. Gomenne kak, Fiza download gune realplayer. Heh.Mintak izin ne.

    ReplyDelete
  4. izyan e

    Uish, jom2 meh datang yamaguchi. Ni i listkan transport untuk ke yamaguchi
    1) Shinkansen: dr Tokyo lebih kurang 5 jam. Harga lingkungan 2 man untuk katamichi.
    2) Futsu densya: 20 jam dr Tokyo ( trus menerus, i mean u should take moonlight from Tokyo to Oogaki ). Harga i take sure sebab selalunya i guna 18 kippu yang memang sangat berbaloi.
    3) Bas : gomenne. I tak pernah naik bas. Dengar kata 1 man lebih untuk katamichi. Perjalanan mungkin 14 jam.

    # susume: i lebih suka naik futsu densya. Boleh tengok pemandangan. Tapi bergantung kat u la. Agak memenatkan sikit.

    sebelum 15 februari ni insyaAllah i ada kat Yamaguchi.

    Matteruwa...!

    ReplyDelete
  5. hehe..akak rindu2 pun tgk video tu, comel je seme orang :)

    ummumujahid

    ReplyDelete