Pages

Sekular bila Jatuh Cinta


Saya.
Sangat mudah.
Jatuh cinta pada sebuah tulisan yang mengesankan.
Tanpa bersangka-sangka pada penulisnya.

Dan bila
Membaca sebuah tulisan yang mengesankan itu.
Hati terus terdetik.
Siapa penulisnya?
Tak pernah berjumpa tapi memendam rasa.
Cinta.

***

Pelik bukan?
Petanda hebat melitupi diri.

Bila melihat petanda itu,
ucapan terputus
hanya di "oh, cantiknya!"

Bila mendengar petanda itu,
ucapan terputus
hanya di "indah bunyinya..!"

Tidak tahu apa yang buta,
Dan mana yang pekak.

Kenapa bisa deria ini sekular?
Kenapa cinta tidak segera hadir padaNya bila melihat petanda?
Tanpa sedar rupanya fitrah diri sedang sakit.

Cinta tidak sampai-sampai serunya.

Sungguhlah......!
yang memegang cinta ini hanya Dia.

Doa Umar, Mana yang Kita Pilih?

Doa Umar, Mana yang Kita Pilih?

Steps to grad 13: 2 kali hari ini

Bismillahirrahmanirrahiim.

Alhamdulillah, perkara yang saya "benci" untuk hari ini, Allah mudahkan.
Zemi hari ini tiada. Tinggal lagi esok hari yang mendebarkan. Hari mid-term presentation.

Pertama kalinya saya pulang sehingga jam 10.30 malam untuk persiapan esok.
Berkali-kali rasa mahu mengelak apabila senpai ajak berlatih present depan senpai.

Sesungguhnya banyak perkara yang kita rasa benci dan tak suka dalam dunia ini.
Mahu mengelak setiap kali berjumpa. Terus-terusan mahu menolak moga selamanya takkan berjumpa.

Itulah manusia  saya.

Dalam menghitung hari sebelum bergraduasi, dan ketika ini peratus perasaan semakin meningkat mencapai 70%. Dan baru tadi 75%. (pandai-pandai je saya ni).
Dua kali saya menerima sapaan dari teman Indonesia yang bertanyakan tentang adakah saya akan menyambung.

Ibu Dani menelefon saya pagi tadi. Tidak sabar mahu mengetahui keputusan temuduga minggu lepas. JIka saya jadi menyambung, dia mahu mengajak saya tinggal serumah dengannya.
SubhanAllah.

Tadi pula Pak eko, teman satu lab saya menyampaikan salam Ibu Dani. Terus Pak Eko bertanya pada saya tentang rancangan saya untuk mengambil master disini. Tidak lupa kedua-dua teman saya ini menitipkan doa agar saya dapat menyambung. Terus saya balas .. " Ibu, pak.. doakan yang terbaik ya ".

Tidak berani mahu memilih salah satu dengan pasti kerna saya sendiri tidak pasti.
Walhal perasaan ------ semakin kurang.

Berdoalah yang terbaik . Perkara yang kadang-kadang kita tidak tidak suka itu sebenarnya wasilah untuk kita dekat dengan Allah ;) Nak nangis-nangis dengan Allah ke, nak ngendeng-ngendeng dengan Allah ke ;)

Lagi-lagi buat jiwa yang keras kan .. huhu.

Ok, last but not least.. mohon doanya ye, moga Allah beri yang terbaik insyaAllah.

Gentar dan gelintar

Bismillahirrahmanirrahiim.

Cuba imbas diri kita.
Pada diri kita saya percaya masing-masingnya terdapat kelemahan yang sering sahaja diri kita lemah dan takut untuk menghadapi cabaran dalam hidup.

1. Tidak tahu TUJUAN hidup.
2. Tidak mengenal diri sendiri. Hal ini berpunca dari tiada analisis terhadap diri sendiri. Apa yang diri perlukan, apa yang diri punyai, apa yang disukai, apa yang tidak... dan sebagainya.
3. Tidak cukup persediaan.
4. Terlalu mengambil kira pandangan orang lain sehingga melenyapkan pendirian diri.

.
.
.

dan sebagainya.

Mungkin setiap dari kita berbeza kan..?
Kerana hanya kita yang mengetahui siapa diri kita.
Malah Allah itu lebih-lebih lagi mengenal siapa kita.


Steps to Grad 10: Bertanya pun ada caranya

Bismillahirrahmanirrahiim,

dalam menahan rasa sejuk yang menusuk ke hati semasa zemi tadi, saya dan teman-teman satu lab yang lain masih setia mendengar sesi soal jawab antara Oribe Kun dengan Nagata Senpai. Senario yang biasa kelihatan tatkala zemi di lab saya. Presentasi 10 minit, dan sesi soal jawab biasanya 40 minit. Nagata Senpai antara salah seorang senpai kami yang tidak sunyi dengan soalan-soalan berbentuk pemikiran kritis yang berkaitan dengan eksperimen-eksperimen yang dilakukan.

Oribe  Kun masih jeda mendengar soalan yang dilontarkan Nagata Senpai. Penjelasan terhadap soalannya sahaja sudah panjang. Menjadi cabaran bagi kami yang sedang berada dalam tahun 4 ini untuk memahami soalan-soalan senpai yang rata-rata memang menguasai kajian masing-masing.
Namun, bagi saya (dan juga teman-teman lab seangkatan yang lain) memang agak kecut perut bila disoal bertubi-tubi tanpa belas kasihan oleh senpai. Seboleh-bolehnya kammi mengelak untuk menjawab dengan

" Sumimasen,wakarimasen ".

kerna pada ketika itulah kami dilatih dan diuji adakah kami benar-benar memahami eksperimen yang kami lakukan. Walaupun saya mengakui zemi selama sejam setengah ini memang bosan, mengantuk, muak dan apatah lagi di waktu sejuk-sejuk sebegini, selain disoal tanpa belas kasihan , ahli lab yang lain turut memberi pandangan untuk memperbaiki mutu kajian antara satu sama lain.

***

Sensei tetap setia duduk di belakang. Jarang sekali mengeluarkan suara ketika disesi soal jawab. Namun, sebelum berakhirnya zemi tadi sensei memberikan komennya.

Katanya, dalam kami (terutamanya senpai) seronok menyoal tanpa belas kasihan, sensei minta kami fikir soalan-soalan yang diutarakan.

Adakalanya pengetahuan yang dimiliki oleh presenter tidak setanding dengan soalan yang diberi.
Ataupun, kadang-kadang soalan yang diutarakan itu hanya menjurus kepada perincian perkara-perkara yang tidak berkaitan dalam kajian pun.

Saya memang sangat setuju lah dengan sensei!
( Tensi bila disoal bertubi-tubi tau ).

***

Kerna, berfikir itu memang perlu untuk menjawab soalan.

dan juga berfikir itu perlu untuk bertanya soalan.




p/s: sila fikir entri ini untuk dikaitkan dengan dakwah dan tarbiyah.
   

Kami golongan seleksi?


Sesungguhnya ideologi perubahan Islam mengkehendaki adanya SATU BARISAN yang terseleksi, dan mereka inilah yang menjadi pioneer dalam pembaikan. Namun demikian, perubahan ini harus tetap menyentuh MASYARAKAT, kerana disinilah akar dan kekuatan mereka.

Jika gerakan Islam tidak mahu berganjak dari tempatnya, setelah meliliki kader-kader pilihan, dan tidak mahu bergaul dengan masyarakat, mendidik, membimbing, mengarahkan , membantu, memimpin , meringankan kesulitan mereka dan melakukan perbaikan di tengah--tengah mereka, maka masyarakat akan meninggalkannya dan akhirnya gerakan ini akan hancur kerana tidak memiliki akar dan kekuatan di dalam masyarakat dalam melakukan pertarungan mempertahankan eksitensi.

Maha Benarlah Allah berfirman;
" Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu " (Muhammad 47:38)



Apa lagi, jom keluar dari kepompong!
Masyarakat kita perlukan kegembiraan Islam yang kita "sorok"kan.

Dipetik dari buku Isti'ab, karangan Ustaz Fathi Yakan.

Steps to grad 9: Selepas ini awak sendiri ...

Bismillahirrahmanirrahiim,

saya membuka pintu kuning dan masuk ke bangunan persis kilang 2 tingkat itu. Dengan perlahan saya menutup semula pintu dan bergegas mahu kembali semula ke tempat saya selepas setengah jam berada di perpustakaan.
Saya melihat kelibat senpai di tingkat bawah, terus saya tanyakan padanya,

"今日のゼミどうします?"
(Bagaimana dengan zemi hari ini?)

Sensei juga masih disitu. Kelihatannya sedang sibuk mengelola eksperimen dengan senpai yang lain.

"まあ、俺ずっと先生と話し合って、もしハフィザが聞きたいことがあったら一人でゼミでいい"
( Saya hari ni dah seharian dengan sensei. Tapi kalau Hafizah ada benda yang nak ditanya, Hafizah zemi sendiri je lah ye)

Saya agak gusar sedikit lantaran minggu ini saya hanya membuat satu eksperimen sahaja.

"でも、データあまり取られてないんでどうしよう"
( Tapi, saya takde sangat data yang nak dibincangkan. Camne ni)

"ハフィザ、時々一人でゼミをやることがあるっけ。自分で聞きたいことを求めて、一人でやればいい。今度ハフィザが一人でゼミをやるのが多いかも。俺ただ修論向けなんて"
( Hafizah, kadang-kadang ade je keadaan awak akan zemi sendiri-sendiri dengan sensei. So, awak kena la bersedia untuk simpulkan data, dan perkara yang nak dibawa dalam zemi nanti. Nanti lagi banyak awak zemi sorang-sorang. Sebab lepas ni saya hanya fokus pada menulis tesis je).

Bila mendengar sahaja senpai saya menjawab begitu, terus saya kembali ke tempat saya dan cuba mencari perkara-perkara yang saya boleh tanyakan pada sensei. Seakan-akan ayat senpai saya itu memberi petunjuk untuk saya lebih berdikari dan jangan nak manja-manja lagi dah.

I have my work, and you have your own work too. 

Saya tak marah, apatah lagi nak sedih-sedih.
Entah, semenjak tinggal di Jepun ini rasa makin keras hati. Saya cuba lawan perasaan dengan mengutamakan logik akal. Saya tahu senpai buat begitu untuk kebaikan saya. Mahukan sesuatu, usahakan sendiri. Hidup atas kaki sendiri. Kerna bukan selamanya dia akan bersama-sama saya. Jika saya masih bergantung kepada dia sentiasa, maka senpai saya gagal untuk mendidik saya berdikari dan tidak berjaya menyediakan saya sebelum dia bergraduasi master.

***

Begitu juga dengan medan dakwah dan tarbiyah. Kadang-kadang binaan-binaan yang kita bakal tinggalkan merasa bimbang dengan kepulangan kita selepas tamat belajar.

Mungkin sudah masanya memberi kata putus seperti senpai saya tadi;
" Lepas ni enti bakal tinggal sendiri. Baik enti bersedia. Kurangkan bergantung pada kakak-kakak yang bakal pulang.. "


Steps to Grad 8: Fikir panjang sikit

Bismillahirrahmanirrahiim,

suatu hari saya ditanya,
"kenapa mahu sambung master? ".

Saya mendiamkan diri. Serasa saya pasti dia tahu apa jawapan saya.
"Minat? Untuk dakwah? ".

Saya memilih jawapan kedua.
Kami jeda sebentar.

"ukhti, mungkin ada baiknya ukhti fikir panjang sikit. Bukan untuk Jepun dan masa kini sahaja".

***

Jawapan itu sangat memberi kesan pada saya.
Apatah lagi bila ia terkait dengan masa hadapan yang bukannya terhad kepada dua atau tiga tahun selepas ini.

" Tunjukkan kami jalan yang lurus "
(1:6)


Osaka, dimana segalanya bermula.

Bismillahirrahmanirrahiim,

alhamdulillah hari ini Jumaat, tanggal 8 dzulhijjah 1432h. Masih berbaki 2 hari lagi sebelum menjengah hari kemuncak, hari yang ditunggu-tunggu. Iaitu hari raya aidiladha.

Dari jendela tingkat 7 ini, terasa langit begitu dekat dengan saya. Langit cerah hari ini, setelah semalam cuma awan kelabu yang mencorak penuh sepanjang hari. Dan alhamdulillah,  Allah memberi saya peluang untuk senyum sekali lagi hari ini, alhamdulillah.

Alhamdulillah, dengan peluang dan kudrat Allah, saya menulis catatan ini di tempat pertama yang saya jejaki waktu pertama kali saya tiba ke Jepun.

Osaka!

***

Saya tidak ingat entah ini kali keberapa saya ke bandar kosmopolitan ini. Jauh sekali dari saya ingin menyatakan betapa kerapnya saya ke sini, namun kunjungan saya ke bumi Osaka kali ini seakan-akan menguis kotak ingatan saya pada kali pertama saya tiba ke sini.

***

21 Mac 2008 saya dan teman-teman satu kursus yang lain mendarat di Kansai Airport Osaka.Saat pertama kali kaki memijak tanah keluar dari airport, saya rasakan amat teruja.
Pada pagi itu, cuaca masih lagi sejuk. Pohon-pohon masih belum mengeluarkan daun. Jalan-jalan masih lagi sunyi. Mungkin kenangan-kenangan itu sudah sangat lazim bagi pertama kali menjejakkan kaki ke bumi yang asing. Ya, saya juga merasakan yang perasaan-perasaan itu sekarang hanya biasa-biasa sahaja sebenarnya.

Tetapi, dalam kedinginan cuaca pagi itu, sambil mata terpana pada dahan yang malu-malu mahu menumbuhkan pucuk, saya menanam doa yang sangat dalam. Walaupun saya sedar betapa diri saya ketika itu sedang berada atas titik kelemahan saya yang paling bawah, tetapi saya mengharapkan sesuatu kepada Dia yang mentakdirkan saya ke sini.

" Ya Allah, jadikan penghijrahan saya disini mengenalkan saya denganMu, mendekatkan saya denganMu. Saya mahu buang jauh-jauh apa yang saya ingin tinggalkan di Malaysia. Izinkannya disini ya Allah ... ".

Saya mengaminkan sendiri doa saya dan saat itu yang paling saya kenang sehingga sekarang.
Walaupun saya sedar bukan satu hari, bukan dua hari, malah mungkin baru ditahun terakhir ini baru saya merasakan nikmat yang benar nikmat berada dalam peliharaanNya, namun saya mahu doa ini dikabulkan hingga akhir hayat saya.

***

Siapa sangka,

Tatkala dimana disinilah saya baru mengenal erti sebuah kegembiraan itu adalah hidup dalam celupan islam.

Tatkala dimana disinilah saya yang lebih suka menyendiri menjadi orang yang sangat memerlukan pendamping dari teman-teman yang soleh.

Tatkala dimana disinilah saya merasakan yang "asing" itu bukan satu kejanggalan malah ianya merupakan izzah (proud).

Tatkala dimana disinilah saya merasakan "orang mu'min itu bersaudara".

dan

tatkala dimana disinilah saya mengetahui bahawa obsesi di dunia ini hanya redha Allah dan syurgaNya.

***

Mungkin meneguk hanya sedikit nikmatmu.
dengan syukur yang tidak sampai sekelumitpun.

Tetapi, atas kelemahan yang saya berdiri inilah saya harapkan agar doa saya itu berpanjangan, dan diperpanjangkan kepada manusia lain.

***

Siapakah yang tega menangisi takdir Allah yang sudah tertulis?
Siapa tahu dalam kelamnya dan sesaknya Negeri Matahari Terbit ini dengan dunia yang sebenar-benar dunia,
ramai manusia yang menemui hidayah Allah di sini.

dan saya,
adalah salah seorangnya.



p/s: Emak, abah, terima kasih kerana memberi nama anakmu ini " Cahaya Yang Memelihara".

Steps to Grad 7: Tobikyu


Bismillahirrahmanirrahiim.

Alhamdulillah baru usai zemi kumpulan. Setiap kali zemi hari rabu berakhir, saya akan rasa lega yang amat. Biasanya, bila tiba sahaja hari rabu, saya agak resah sedikit. Sudah pastilah kerana ketika zemi nanti saya perlu persembahkan perkembangan saya sepanjang seminggu dan meminta pendapat sensei jika ada perkara yang saya ingin ketahui. Mulalah diri kelam kabut membuat eksperimen, menyimpulkan data, mencari soalan untuk ditanyakan kepada sensei. 

Senpai saya pun tidak ketinggalan. Biasanya saya ini suka menjadi pendengar setia bila sensei dan senpai berborak. Mengangguk bila faham, dan gelak bila terasa perkara itu kelakar. Mencabar juga mahu faham slang senpai, dan bahasa sensei. 

>.<

***

Berbanding zemi sebelum-sebelum ini, saya rasakan zemi kali ini membuatkan saya tersenyum hingga saya menapaki tangga masuk ke bilik kenkyu. Sensei dan senpai saya sebenarnya sedang risau dengan biasiswa saya. Saya rasa, pertama kali kot kata-kata sensei dan senpai berjaya menarik perhatian saya dan menyedarkan saya bahawa mereka mahukan saya tetap disini. 
" Siapalah patik pacal yang hina " ... ala-ala begitulah perasaan saya dalam kenkyu ini. 

Selepas itu, kami bersembang tentang tobikyuu. Tobikyuu ini membolehkan seseorang yang ingin mengambil master dan phD memendekkan tempoh belajarnya dari 5 tahun, kepada 3 tahun. 
Ops, saya terkejut. Sensei nak sarankan saya ambil tobikyuu ke ni? Sensei sudah fikir awal-awal macammana jika saya ambil tobikyu. Senpai pun menyokong. Dia kata, mahu letakkan nama saya dalam thesis masternya nanti. 

" Hafizah, 2015 nanti ada Heat Transfer Conference di Kyoto. ".. begitulah ujar sensei. 
Senpai pula membalas, " masa tu awak dah Doctor Course Tahun 1 ". Saya menterjemahkan bulat-bulat ayat sensei dan senpai. 

Berita apakah ini....?

Tatkala saya rasa bagai peluang untuk mendapatkan biasiswa itu mula malap, Allah memberi semangat baru melalui sensei dan senpai saya dengan perkataan tobikyuu ini. Walaupun saya tidak tahu mungkinkah ia bakal jadi realiti, ataukah sekadar perkataan yang akan menempati hati ini, wAllahua'lam. 

Sekurang-kurangnya hari ini saya akan mengemas beg untuk pulang ke rumah dengan muka tersenyum dan insyaAllah semakin bersemangat untuk meneruskan perjuangan saya disini. 
-takde la mandom dan tak bermaya je.. huhu-

Jika mahu dikaitkan, kejadian ini mengingatkan saya kepada situasi yang berlaku dalam Perang Khandak. InsyaAllah boleh rujuk di buku sirah Raheeq Makhtum (dan seumpamanya) dan juga rujuk surah al-ahzab ayat 20-23. 



Sweet la Allah ni. 

Alhamdulillah ^^.

Sudah bulan penghujung

Bismillahirrahmanirrahim,

alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk berada dalam bulan Dzulhijjah ini.
Sebenarnya jujur, ini kali pertama saya merasa "hidup" dan rasa ingin menghidupkan bulan suci ini.
Sebelum ini bulan Dzulhijjah ini tidak saya rasakan punya keistimewaan selain adanya raya haji, korban, dan sebagainya.

Tapi kan, saya terngiur bila dibacakan hadith ini;
Tidaklah ada amal yang lebih utama daripada amal-amal yang dikerjakan pada sepuluh hari Dzulhijjah ini.” Lalu para sahabat bertanya, “Tidak juga Jihad?” Nabi Shalallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab,”Tidak juga Jihad, kecuali seseorang yang keluar (untuk berjihad) sambil mempertaruhkan diri (jiwa) dan hartanya,lalu kembali tanpa membawa sesuatupun.” (HR. Bukhari).


Mahu ternganga rasanya bila jihad (melainkan jihad dengan harta dan jiwa, kemudian syahid)  itu juga tidak mampu menandingi keutamaan beramal di bulan Dzulhijjah ini. 

Since, saya rasa best bila dapat tahu tentang perkara ini, dan tak adil kan kalau saya rasa best sorang-sorang, saya pun nak awak rasa best jugak la!

Jom kita cuba melaksanakan kewajipan-kewajipan ini ;)

1. Memelihara solat berjamaah dalam waktunya terutama berkesempatan dengan takbiratul ihram di samping memelihara solat sunat sebelum dan selepas solat fardu (12 rakaat).

2. Memelihara solat-solat sunat harian terutama dhuha, witir dan sekurang-kurangnya 2 rakaat qiamullail.

3. Berusaha bersungguh-sungguh mengkhatamkan al-Quran pada hari-hari baik ini (3 juzuk sehari).

4. Berpuasa pada hari Arafah ( 9 Dzulhijjah )kerana fadilatnya yang besar.

5. Berusaha berpuasa sebanyak mungkin daripada 9 hari dari bulan Zulhijjah. Siapa berpuasa kesemua hari tersebut maka pahalanya di sisi Allah.

6. Melazimi zikir-zikir pagi dan petang, zikir-zikir berdasar situasi/keadaan, zikir mutlak di antara istighfar, tahmid, takbir, tasbih, tahlil dan selawat ke atas Nabi saw (1000 kali).

7. Setiap akh dan ukhti (selain jemaah haji) berusaha menghadirkan hatinya bersama syiar ibadat haji, cuba menghayati perasaan para jemaah haji dalam pelbagai ibadat mereka seolah-olah kita bersama mereka di sana.

8. Memelihara wirid doa seperti yang terdapat di akhir Risalah al-Ma’thurat, berdoa untuk kebaikan dakwah serta qiadah tempatan dan alami.

9. Berusaha menggesa isteri dan anak-anaknya menyambut hari-hari yang baik ini, saling membantu ke arah kebaikan dan ketaatan.

10. Berusaha menyebarkan panduan-panduan ini di tempat kerja masing-masing; menggesa sahabat-sahabatnya untuk memanfaatkan peluang-peluang tersebut. Juga menguar-uarkannya kepada jiran tetangga dan masyarakat

Apa tunggu lagi, jom niat dan kita usaha sebaik mungkin.

Dan dengan sebab awak cinta orang lain jugak, share-share kan lah dengan mereka juga ya !

p/s: abaikan format bahasa.Bahasa hati saya kadang-kadang tak boleh nak formal-formal sangat .. hoho

Nota untuk adik 1: Mandat Cinta

Mendapat mandat kasih dan cinta kamu memang indah.
Ku jadi tempat kau berkongsi cerita, berkongsi duka.
Ya, memang aku perlu berusaha agar aku memahat tempat dalam hatimu. 
Sehingga mungkin kini menjadi tiada ragu.


Mendapat mandat cinta dan kasihmu itu memang indah.
Tetapi dalam senyum yang aku ukir diwajah,
Sebenarnya aku memendam rungsing yang paling dalam.


Mandat cinta dan kasihmu itu,
Menjadi luka bagiku. 
Jika aku,
tak mampu menyinarimu dengan apa yang menyuluhku.


iaitu, "hidayah Tuhanku".







Steps to grad 6: Sains Sosial dan Sains Fizikal

Bismillahirrahmanirrahiim,

untuk semester ini,  ada satu kuliyah yang saya ambil. Kuliah 伝熱工学 -Heat Transfer Engineering Subject-

Kuliyah ini diajar oleh professor lab saya, Katou Sensei. Tahun lepas saya sudah mengambil subjek ini dan kali ini teringin benar saya mendalami ilmu yang berkaitan research yang sedang saya jalankan. Ternyata, perasaan belajar untuk faham itu memang berbeza berbanding belajar untuk mendapatkan kredit atau belajar untuk exam.

Best Woo!

***

Pagi tadi, dalam kuliyah subjek ini, ada butir kata sensei yang mengesankan saya.
Katanya, dalam engineering (matematik, fizik, dan sebagainya), perkara yang paling penting adalah formula. Dengan mellihat kepada formula sahaja kita dapat tahu pemboleh ubah yang terlibat, keadaan yang berlaku, dan bukti hasil dapatan sesuatu keadaan.

Setiap simbol dan unit dalam sesebuah formula memainkan peranan yang penting.
Simbol untuk pembezaan (differentiation) sahaja ada berbilang-bilang kan? Berbeza pada satu dimensi, bila dihubungkan dengan masa.. dan sebagainya.

Kesimpulan yang saya dapat setelah mendengar kata-kata sensei pagi tadi adalah;

Orang Sains Fizikal menyampaikan mesej mereka dalam bentuk selain perkataan. Termasuklah formula, rajah, graf, dan sebagainya.

Manakala orang Sains Sosial menyampaikan mesej mereka melalui susunan perkataan (yang agak panjang saya kira), dengan menerapkan elemen sastera, tatabahasa dan sebagainya.

***

Ok, dari sini saya dapat faham sesuatu mengapa orang lebih tersentuh(terkesan) ataupun sains sosial ini boleh mengubah manusia.

Kerana cara pemikiran sains sosial itu lebih dekat dengan manusia. Sesiapa sahaja boleh memahami kerana semua orang "menggunakan bahasa(perkataan)" untuk mengekspresikan mesej mereka. Dan bahasa (juga tulisan) semestinya menyentuh terus ke dalam hati.

Sedangkan, untuk memahami sains fizikal, hanya mereka yang belajar sains fizikal sahaja yang mengerti. Namun, ianya tidak menyentuh hati dan memerlukan fungsi otak untuk berfikir.




Ohho,
maafkan saya, saya rasakan tulisan kali ini sangat kaku.

Kalau tidak faham, tak mengapa.
Biar tulisan ini jadi catatan kepada diri sendiri untuk apa saya perolehi hari ini.


***

Selamat menambahkan ilmu pengetahuan yang makin mendekatkan kita dengan Allah !
;)

Dosa yang menyelamatkan


Ibnul Qayyim (wafat 751 H) berkata :

“Berkata sebagian salaf : ‘Adakalanya seorang hamba berbuat dosa, namun masuk surga. Dan adakalanya seseorang mengerjakan ketaatan, namun masuk neraka’.

Bagaimana hal tersebut dapat terjadi ?

Hal ini karena orang yang berbuat dosa, maka seolah-olah dosa itu selalu di hadapan matanya. Ketika ia berdiri, duduk, maupun berjalan, ia selalu ingat akan dosa tersebut sehingga membuat hatinya luluh, bertaubat, memohon ampunan kepada Allah, dan menyesali perbuatannya. Hal inilah yang menjadi sebab keselamatannya.

Adapun orang yang berbuat kebaikan, seakan-akan kebaikan itu selalu tampak di hadapan matanya. Ketika ia berdiri, duduk, maupun berjalan, ia selalu ingat akan kebaikannya tersebut sehingga membuatnya takabur, ujub, dan merasa telah mendapatkan karunia. Hal itulah yang menjadi sebab kebinasaannya.

Dengan demikian, dosa dapat mendatangkan berbagai ketaatan dan kebaikan. Menimbulkan ibadah hati seperti perasaan takut terhadap azab Allah yang pedih, malu dan merasa hina di hadapan-Nya sambil menundukkan kepala, membuatnya menangis karena menyesali dosa yang pernah dilakukannya, serta mengharap ampunan dari Rabb-nya.

Pengaruh tersebut lebih bermanfaat bagi seorang hamba daripada ketaatan yang menjadikannya angkuh, sombong, menghinakan orang lain, dan melihat manusia dengan pandangan merendahkan.”

(Madarijus Salikin : 1/307, Ibnul Qayyim al-Jauziyah).

Sumber asal: http://faidah-ilmu.blogspot.com/2010/08/dosa-yang-disesali-lebih-baik-daripada.html

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"

diambil dari sini

Steps to Grad 5: Mandul

Bismillahirrahmanirrahiim,

alhamdulillah hari ini dapat pulun 2 eksperimen. Hari ini hujan turun agak lebat sejak awal pagi tadi dan pada jam 5.00 petang sekarang, masih ada titis-titis hujan renyai yang tumpah ke bumi.

Dua hari saya merajuk apabila data logger yang digunakan semasa eksperimen rosak bila saya ingin menyalinnya ke dalam USB tempoh hari. Seharian saya mendiamkan diri, dan sebelum pulang sempat saya menitipkan kata sedih kepada senpai..

" Kyou, kuyashikattanaa. Jikken wo yarou to omottanoni "
( Regretnya..saya rasa hari ni sangat2 bersemangat untuk buat eksperimen,. Tapi.... )

Dan saya berlalu pulang begitu sahaja.

Perasaan rajuk saya terbawa-bawa hingga ke hari esoknya.

Apalah saya ni... >.<

Tarbiyyah diri untuk sabar, dan segala yang dirancangkan itu bukan kita penentunya.
Ujian dalam hidup, jika tidak dinilai dari sudut pandangan bersangka baik pada Allah...akan menekan jiwa tahu?

Cukuplah sampai sini rajuk saya. Hari ini boleh siapkan dua eksperimen...alhamdulillah ;)

***

Bila dengar semula mp3 ISK hari ini...rasa diri seperti punch bag yang ditumbuk-tumbuk.

" Usrah yang awak hadiri ni salah satu cara je untuk dakwah. Kalau usrah awak ni tak mampu untuk menghasilkan orang yang mampu buat dakwah, maknanya usrah awak mandul "

Tetttt..

Zass.


***


*Orang yang tidak memiliki, tidak mampu memberi.*

*Ustaz Hassan Hudaibi; tegakkan islam dalam dirimu, nescaya kan tertegak islam di negerimu*

Cerpen: Aku ingin mencintai Mu



Mungkin kali ini merupakan ikhtiar terakhir usaha pihak Quraisy untuk menghentikan dakwah Rasullullah SAW. Pelbagai usaha telah mereka cuba, namun umat Islam tetap bertahan. Walau didesak, dan diejek sedahsyat mana sekalipun, mereka masih tetap mempertahankan iman. Maka, pada hari itu, dengan perantaraan bapa saudara Rasullullah SAW, pembesar terhormat dari suku kaum bani hasyim, mereka berunding.


“Muhammad, tinggalkanlah apa yang kau bawa. Sekiranya kau mahukan kekayaan, kami akan beri dengan sebanyaknya. Jika kau ingin kuasa, kami akan tabalkan kau jadi ketua kami..”
Abu Jahal menawarkan tawaran kepada Rasullullah SAW, menyangka bahawa tawaran sebegitu bisa memalingkan hati Rasulullah SAW dari terus berdakwah.

“ Baiklah, wahai Abu Jahal mahukah kau jika aku ajarkan padamu suatu kalimah yang dengannya kamu bakal menguasai seluruh tanah arab seluruh pelusuk dunia?.”

Mata utusan Quraisy mula bersinar-sinar bila mendengar kata balas dari Rasulullah SAW. Memang lumrah seorang pembesar, yang ada di mata hanyalah kuasa, pangkat dan harta!

“ Ucapkanlah…La ilaha Ilallah. Muhammad urrasulullah. “

Tenang rasullullah SAW menuturkan kalimah haq itu.

Air muka Abu Jahal dan pembesar-pembesar Quraisy di situ berubah terus menjadi merah padam. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia membunuh Muhammad ketika itu juga.

“ Muhammad! Jika kalimah inilah yang engkau maksudkan, kau bukan sahaja menempah padah dari suku arab, malah dari seluruh pelusuk dunia!”

Ada apa dengan dua kalimah itu sehingga Abu Jahal rasa tergugat sebegitu rupa?

***


Masih terngiang-ngiang saat Kak Asma' menyelitkan kisah yang sudah berlaku lebih 1400 tahun yang lalu di Autumn Gathering minggu lepas. Segalanya bagai masih basah dalam ingatan. Kehairanan tatkala membayangkan Abu Jahal yang kafir itu begitu takut dengan kalimah dua syahadah yang bagi kita selama ini hanyalah kalimah yang terkandung perkataan Allah sebagai Tuhan. Dan Muhammad sebagai rasul. 


Cukup.

“ Kerana Abu Jahal itu sudah terlalu fahamlah dia menolak sekeras-kerasnya kalimah syahadah itu…” , ujar Kak Asma' lagi.

Entahlah,sebelum ini, selama lebih 20 tahun menghirup nafas, hidup dipayungi atmosfera Allah, tidak aku persoalkan, tidak aku cuba fahami kenapa syahadah itu membawa pengertian yang amat besar sekali. Pentingnya kalimah ini sehingga menjadi rukun pertama dalam rukun Islam. Melebihi tuntutan solat dan dan syariat yang lain. Rupa-rupanya syahadah itu tidak aku fahami, tidak aku rasai, dan tidak berbekas dalam hati.

“ Lailahaillah…maksudnya penafian atas segala sembahan selain Allah..”.

Ya, mungkin yang terbayang di kepala untuk menjadi ‘islam’, hanya perlu mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak menyembah atau dalam erti kata lain tidak sujud dan tunduk kepada ‘berhala’. Wah, mungkin berhala itu ‘valid’ sebagai sembahan untuk orang kafir pada zaman itu sahaja.


“ Jangan lupa, orang Arab tu sebenarnya sudah tahu yang Allah itu Tuhan. Tetapi ada satu perkara yang mereka tidak buat, kerana, jika mereka percaya dan meyakini perkara itu,mereka takut terputus mata pencarian “, Kak Asma' menyambung pengisian. Aku terus berkedip-kedip mata. Ku lihat ketika itu, teman-teman yang lain seperti Ros dan Deena juga sama sepertiku. Tidak sabar mahu mendengar butir bicara seterusnya dari Kak Asma'. Walaupun hanya dua baris syahadah yang sudah lama kita ucapkan, namun bagai sekarang baru mengenalinya.

“ Sembahan itu besar maknanya. Menurut Abul A’ala Al-Maududi, sembahan itu membawa pengertian sebagai benda yang bila dengannya kita menjadi tenang. Dengannya kita menyandarkan perlindungan, selalu rindu dan terkenang-kenangkannya dan selalu bangat terkenangkannya ..”

Alahai, bagai merindu seorang kekasih pula. Maka dengan makna sembahan yang inilah membuatkan Abu Jahal dan pembesar lain juga menolak dengan sekeras-kerasnya syahadah. Walaupun mereka sangat-sangat faham, lebih faham dari kita!

Tanpa sedar, kenanganku yang telah luput dari hidupku, bagai berputar-putar kembali dalam ingatan. Bermain bagai layar di panggung wayang.

***
Umur aku ketika itu masih muda, muda remaja. 18 tahun ketika itu. Saat dimana darah muda hangat mengalir dalam tubuh. Saat kawan adalah segalanya, bukan keluarga. Saat di mana diri mengharap di kasihi seorang insan bukan sejenis bernama lelaki. Mengikat hubungan yang dinamakan cinta bersamanya.

Cinta yang aku faham ketika itu tiada lain hanya cinta untuk sang kumbang. Belajar cinta dari televisyen, dari novel-novel, dari masyarakat sekeliling. Maka ketika itu aku menterjemahkan cinta mengikut tafsiranku sendiri. Hari-hari bergelumang dengan kata indah, hati yang selalu berbunga-bunga, bak kata nenek moyang, ‘makan tak kenyang, mandi tak basah’.

Hari-hari yang aku lalui bagai suatu keasyikan. Yang ada di mata, dalam pandangan setiap masa hanyalah dia, insane yang aku cinta.

Tetapi Allah itu Maha Penyayang. Allah tarik aku yang ketika itu menjadikan sang kumbang itu Ilah dalam hidup aku ketika itu.

Dua tahun berlalu, dua tahun juga aku mengikat cinta dengannya. Takdir Allah mendahului, dia pergi meninggalkan aku dan dunia buat selamanya akibat penyakit barah hati. Sedihnya tidak tergambar dek perasaan masa itu. Kolam air mata sudah kering, tidak mampu kutumpahkan air mata lagi.

Allah lah sebaik-baik perancang, aku mendapat tawaran belajar ke Negara Matahari Terbit. Sepatutnya aku pergi dengan gembira, dengan rasa bersyukur kerna terpilih dari sejumlah orang lain yang mendambakan peluang belajar sebegitu. Entah mengapa, sejak kehilangan dia..aku rasakan hidup aku bagai tidak bermakna.
***
Tanpa sedar, ada butir halus mengalir. Lama sungguh aku melayar lamunan. Teman-teman lain masih khusyuk mendengar pengisian di hadapan. Aku kesa air mata yang tumpah itu dengan hujung tudung. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu ada yang perasan.

Air mata yang gugur, bukan lagi sedih dengan kehilangannya. Tapi aku menyesal dan sedih bila aku kenang saat itu. Sejak Kak Asma menerangkan makna Illah dalam kalimah syahadah itu, baru aku faham maksud yang sebenarnya.

“ Astaghfirullah, rupa-rupanya selama ini aku menjadikan dia sebagai Ilah menggantikanMu, ya Rab. Di mana ketika itu aku lupa padaMu. Yang memberi aku nafas, yang memberi aku segala macam nikmat. Tapi aku buta, aku tenggelam dalam nafsu. Menjadikan cintaku pada manusia melebihi cintaku padaMu. Malah zalimnya aku tanpa sedar menjadikan dia sebagai Ilahku”, aku bermonolog sendiri.

Bibirku tidak henti-henti mengucapkan tasbih dan tahmid kepada Allah yang menyelamatkan aku dari menjadi hamba cinta manusia. Yang sepatutnya aku salurkan seluruh cinta, seluruh pengharapan, seluruh pengabdianku kepada Allah.

“ Macam-macam Ilah tu boleh di tafsirkan dalam kehidupan kita. Contohnya jika ada yang terlalu asyik belajar sehingga menombor duakan Allah, maka belajar itu menjadi sembahannya. Bagi yang sibuk bekerja, menepikan hak kepada Allah, maka jaga-jaga, kerja itu juga adalah sembahannya. Dan bagi adik2 dan kawan2, begitu juga cinta kita pada makhluk. Jika melebihi, dan menghalang kita dari mencintai Allah, itulah yang menjadi Illah kita. Nauzubillah..”

Tidak semena-mena, hatiku terasa di jentik. Titisan jernih mengalir. Aku tertunduk, mendiamkan diri.
***
“ Akak nampak, awak menangis masa Kak Asma' beri pengisian tadi. Kenapa, ada apa-apa yang tidak kena ke?”, Kak Nawfal merapati aku dan nada suaranya rendah bagai berbisik padaku. Aku membalasnya dengan senyuman, tanpa sebarang kata. Pantas tanganku mencapai seketul shirome fry dengan sepit dan menghidangkannya dalam piring kecil atas dulang. Salad, hirisan timun, beberapa tomato kecil bersama dengan goma-dressing nampak begitu menyelerakan. Aku memberi isyarat pada Kak Nawfal untuk duduk semeja denganku. Ada sesuatu ingin ku sampaikan.

“ Kak, pertama sekali, terima kasih sangat-sangat. Akak ajak saya ke program Autumn Gathering di Nigata ini. Saya dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama saya tak jumpa. Saya dapat berkenalan dengan kakak-kakak dan teman-teman lain. Saya rasa tenang sangat bila ada dalam suasana sebegini..”

Kak Nawfal memandang dengan pandangan yang menyejukkan hati. MasyaAllah.
“ Berterima kasihlah pada Allah yang mengerakkan hati, yang membawa langkah awak ke sini. Bayangkan, dalam berapa ratus ribu orang yang sebaya awak di Malaysia, awak yang terpilih untuk belajar ke Negara Matahari Terbit ini. Dan dalam ribuan mereka disini, awak yang Allah pilih untuk ke Autumn Gathering. Alhamdulillah.. “, Kak Nawfal mengalihkan rasa terima kasihku kepada Allah. Dia merendahkan hati , mengingatkanku bahawa yang datang itu semua dari Allah.

“ Baru saya tersedar, kak. Ilah saya selama ini bukan Allah. Mungkin secara pandangan luar saya belum pernah tinggalkan solat, saya baca al-Quran. Tetapi dahulu dalam hati saya penuh dengan ingatan dan kasih saya pada makhluk. Bila saya dengar maksud sembahan yang sebenarnya tadi, saya rasa amat takut. “, ada sedikit getar dalam nada suaraku. Kak Nawfal sebenarnya sudah aku beritahu tentang kisah silamku.

“ Tak mengapa, Allah itu sangat sayangkan awak. Sebab itu Allah takdirkan untuk awak kehilangan dia. Sebab Allah cemburu lihat awak terlalu cintakan makhluk. Sedang Allah itu setiap saat sangat menantikan hambaNya untuk mengingatinya. .“, kata-kata Kak Nawfal bagai air sejuk yang menyejukkan tekak yang kehausan. Aku tersenyum lebar.

“ Kak, pimpin saya kak. Pimpin saya pada jalan Allah. Saya berazam nak menyembah Allah. Tak nak dah Ilah lain dalam jiwa saya. Saya nak perbaiki diri”, usai aku menyatakan hasratku, Kak Nawfal menggenggam erat tanganku.
“ InsyaAllah, sama-sama kita baiki diri kita. Kalau awak tak keberatan, akak ajak awak untuk turut serta dalam liqa’. Kawan-kawan sebaya awak pun ada. InsyaAllah, dari situ kita sama-sama didik diri untuk menjadi individu muslim yang lebih baik”. Aku tersenyum, senyumku menguntumkan harapan.

***

Hari ini merupakan hari terakhir setelah 3 hari berprogram di Niigata. Terasa terlalu berat hati ini untuk melangkah pergi untuk berpisah. Bagaimana hati yang baru berjumpa, boleh terus menyulam cinta. Belumpun berpisah, rindu sudah datang menerpa. Inilah keindahan ukhuwwah.

Kami membentuk sebuah bulatan, tangan teman-teman di kiri dan kanan aku rangkul erat-erat, tidak mahu lepas. Sama-sama mengalunkan lagu ‘Aku ingin MencintaiMu’ nyanyian Edcoustic. Irama lagu kami nyanyikan dengan sangat harmoni.

Dan air mataku, tumpah untuk kesekian kali..
Tuhan betapa aku malu
atas semua yang Kau beri
padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
sementara Engkau beri aku kesempatan

Berulang kali
agar aku kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU

setulusnya
sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatimu-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU
ya Rabbi......

Keterikatan hati, yang dipateri dengan sedar bahawa penyaksian dalam dua kalimah itu harus di tunaikan. Dalam kesedaran, mahu memimpin ummah kembali kepada Ilah sebenar, cinta dan ukhuwwah adalah penguat. Mana lagi kalau bukan menagih cinta dari teman seperjuangan, yang bakal menemani , yang akan menopang jika hampir tersungkur di tengah jalan.

Teman-teman, tidak sabar rasanya mahu kembali bertemu. Aku sudah membenih cinta dan rindu, moga ketemunya kita di Fuyu Gathering Nagano nanti, Allah sudah sebati menjadi Ilah dalam jiwa kita .

***
Yang mengaku beriman itu, bila lagi mahu menyungkur sujud menyerah diri dengan sepenuh hati. ?

Allah sebagai Ilah. Tapi berapa ramai yang menidakkannya. Jika aku pernah meng’ilah’kan seorang manusia atas dasar cinta nafsu yang rapuh, bagaimana pula yang lainnya. Betapa setiap saat adakah kita, yang mengucapkan dua kalimah suci dalam rakaat terakhir setiap solat, sudah menunaikannya?

Pergantungan hanya pada Allah,

Rindu..rindukan Allah.

Tenang jiwa, hanya dengan mengingati Allah.

Namun, entah berapa ramai, sedang aku sendiri yang mendustakan.

“ Nikmat Tuhanmu yang mana lagikah mahu engkau dustakan?” , berulang-ulang di sebut dalam surah Ar-Rahman.

Aku mahu hanya Allah sebagai Ilahku. 


Bukan sembahan harta, bukan sembahan manusia, bukan sembahan hiburan dunia.

Lailaha Ilallah. Muhammadur Rasulullah.

dan air mataku tumpah, dan tumpah lagi..


(tulisan ini berformat cerpen dan tidak diniatkan untuk individu tertentu)

Bila "sedikit"

Dengan nikmat yang "sedikit",
tak pernah kau ber"alhamdulillah",

Dengan dosa yang "sedikit",
tak pernah kau ber"astagfirullah",

Habis tu?

Bila sudah bertemu segunung emas baru mahu bersyukur?

Bila sudah berbuat "dosa-dosa besar" baru mahu bertaubat?

Jangan pernah berharap syukur dan taubat pada "benda2 besar"
jika tidak pernah di "benda2 kecil".

Adakah bila mendapat emas setumpuk gunung baru tercungap membilang "alhamdulillah"?
Adakah bila terjelupuk dipintu neraka baru termengah2 menghela "astaghfirullah"?

Steps to grad 4: Oii, panasnya !


Bismillahirrahmanirrahiim,

alhamdulillah usai sudah satu eksperimen hari ini. Angan-angan tahi ayam dari semalam hendak ke lab awal hari ini. Alih-alih, setelah siap menguruskan hal rumah, jam 11.00 pagi baru tiba ke lab. Perkara pertama yang perlu saya buat hari ini adalah membuat dry-bulb sensor yang baru. Data untuk dua eksperimen sebelum ini habis punah lantaran wayar dry-bulb sensor saya yang putus dan pada saat itu saya tidak mampu untuk membaiki dan memateri semula wayar yang terputus itu. Demam seminggu yang berlarutan menyebabkan tangan terketar-ketar dan tidak mampu memegang objek seni dengan baik.

Alhamdulillah, hari ini girang gembira dapat membuat dry-bulb yang baru. Walaupun saya mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk menyambungkan 0.3mm cuprum-constantan thermocouple dan mengambil masa yang lama untuk memateri ke kabel yang lain, tapi alhamdulillah bila diuji dengan data logger, keadaannya baik dan saya boleh gunakannya untuk eksperimen saya kali ini.

***

Oii, panasnya!

Timah yang digunakan untuk mencantumkan wayar thermocouple menitik ke seluar saya. Awak boleh bayangkan tak timah yang mencair, rasa bagai mahu menjerit pada masa itu. Panas tahu?
Sangat panas !

Apa agaknya ibrah untuk ini. Seingat saya, ada dalam alQuran ayat yang menyentuh mengenai harta kita yang ada didunia ini, jika tidak diinfakkan/digunakan ke jalan Allah, ia akan menemui kita dalam bentuk cairan di akhirat nanti..

***

p/s: alhamdulillah, rasa semakin seronok dengan eksperimen ini. Rasa tertanya-tanya mampukah untuk mengumpul 50 data dalam masa 10 hari ini ? Senpai saya menyebut untuk mensasarkan 50 data sehingga akhir bulan ini semasa presentasi semalam. Saya yang tensi, OK !
Jangan banyak cakap, buat je lah.

Diari: Muwasafat yang sukar ditunaikan


Bismillahirrahmanirrahiim,

alhamdulillah, cuaca hari ini tidak terlalu sejuk, dan tidak terlalu panas. Choudo ii kata orang jepun.
Dan saya, bertopeng untuk kali ke dua ke sekolah setelah demam, batuk dan selesema yang masih belum surut sejak seminggu lepas. Bismillah tawakkaltu a'lAllah.

***

Tanpa kita sedar, dalam kita meniti kehidupan kita, hidup ini akan melalui pelbagai fasa. Secara tidak langsung kita akan mengulang-ulang kitaran kehidupan ibu bapa kita, dan orang-orang terdahulu.

Bayi--> kanak-kanak --> remaja --> dewasa --> kahwin --> tua --> mati.

Walaupun bukan semestinya kita akan melalui tiap satu fasa ini, namun bila kita berada disesuatu fasa tertentu, kita seharusnya memandang ke depan dan membayangkan kita akan melalui fasa akan datang.

Sejauh mana kita berfikir akan diri kita, dan disinilah yang menentukan persediaan kita.
Memang indah bila berfikir hidup akan sendiri(bujang) sentiasa. Yang berlegar dalam kepala hanyalah emak abah, pelajaran, dakwah, dan adik-adik.

Saya teringat kata-kata seorang akhi, dia berkata..
" Dalam banyak-banyak muwasafat tamhidi, muwasafat yang paling sukar untuk dilaksanakan adalah mencari pasangan yang sesuai ".

Sebagai seorang yang matang, sila padamkan perkataan poyo, eii gelilah, eh lambat lagi.... dan sebagainya.

Apatah lagi untuk kita yang mengimani 7 maratib amal dalam jalan ini.

Dan bila kita masih berada di tangga pertama, bermakna dakwah dan tarbiyyah kita masih di tangga pertama.

p/s: tulisan ini lebih kepada peringatan kepada diri sendiri untuk menambahkan ilmu, dan bersedia bahawa hidup ini bukan bujang selamanya. Noktah!

Diari: Mastering people here


Bismillahirrahmanirrahiim,

Alhamdulillah, hari ini terasa hidup bila saya dapat berjumpa dan bermuayyasyah dengan lokaliti di tempat saya. Terima kasih untuk tuan rumah yang mengadakan "house warming kaikan". Banyak tau pahala kamu semua. Mengundang kami berkumpul, solat zohor berjemaah beserta doa selamat. Selepas itu menjamu tetamu dengan nasi beriyani dan bermacaaaaam lagi makanan yang sedap.

"Two thumbs up!"


***

Saya sedang mencari formula, bagaimana untuk menjiwai orang-orang disekeliling saya. Keberadaan saya tidak mengundang "cuak" mereka, atau orang-orang yang berjumpa saya cepat-cepat mahu alih topik. Haish.

Percayalah, sangat mencabar bila berada dengan masyarakat. Dalamnya ada pelbagai watak, pelbagai latar belakang, pelbagai minat. Saya pandang variasi ini sebagai suatu keistimewaan. Dapat bergaul dengan mereka merupakan suatu saat yang kadangkala membuatkan adrelina saya tidak menentu. Dalam masa yang sama, saya amat terkesan bila melihat unsur-unsur logam baik yang sekiranya digilap, bermanfaat untuk ummah.

***

Dan menjadi kadai (tugasan) buat saya dan teman-teman seangkatan yang lain.

Bagaimana mahu keluar kepompong dan tidak memilih untuk bergaul dalam masyarakat.

Mereka tidak mengenali kita bila kita menyembunyikan diri.
Mereka tidak bersama-sama kita kerana mereka tidak kenal siapa mereka.

Kerana ayat kita pada mereka hanyalah;
" ......jom gi program....... "
" ......bila free ea? nak susun masa untuk usrah..... "

Astaghfirullah...


Baby, Birth, and Emak


Bismillahirrahmanirrahiim.

Allahumma Soyyiban Nafi'an.
(ya Allah, jadikan hujan ini hujan yang memberi manfaat).

Hujan masih lebat diluar. Tiada tanda-tanda hujan akan turun. Langit masih lagi mendung, suasana sugul bagai menangisi sesuatu dimuka bumi. Masakan tidak, dengan kebejatan hasil tangan-tangan manusia yang tidak kenal Tuhan. Bumi mengalirkan airmata. 

Saya datang awal ke kenkyu hari ini. Semangat hari ini saya semai sejak semalam. Membalas dendam akibat semalam seharian terbujur di rumah. Demam selesema. Usai makan ubat, terus terlena. Hari ini saya awal-awal pagi ke kenkyu, dalam misi mengumpul data sebanyak-banyaknya. Kerna jika ikut perbincangan saya dan senpai di zemi yang lepas, senpai saya mensasarkan untuk 50-100 data untuk kenkyu kami. 

50-100?? 
Ah, layankan saja senpai M2 ni. Saya pun bisa timba pengalaman nanti.


Sengaja mahu berkongsi cerita. 
Selasa lepas, saya ke hospital untuk menemani Pak Gatot dan Buk Hanis yang bakal melahirkan anaknya keesokan hari. Mungkin lebih kepada penterjemah Japanese-Malay(half malay,half indonesian..haha) . Walaupun bahasa jepun saya, tidaklah fasih, namun moga dapat membantu teman saya ini untuk memahami penerangan doktor sebelum Buk Hanis dibedah keesokan hari,

Untuk melahirkan anak ketiga ini, Buk Hanis memilih untuk bersalin secara pembedahan. 
Dua anaknya, Bobby dan Billy juga begitu. Nampaknya anak yang bakal lahir ini merupakan anak yang terakhir. 

Tatkala saya baru tiba bersama Pak Gatot ke kamar Buk Hanis, seorang jururawat masuk dan meminta kami berjumpa pakar bius. 
麻酔科: masuika.

Pada mulanya, kalut juga saya, kerna tidak memahami istilah-istilah ini. Mujurlah Pak Gatot sudah berpengalaman dan faham bila dinyatakan istilah di bahasa inggerisnya iaitu anesthetic.
Selepas tamat berjumpa pakar bius, kami kembali ke kamar dan tidak lama selepas itu, doktor yang mengetuai pembedahan esok hari memberi penerangan terpeinci.

Wow!

Benar, saya tidak pernah tahu terpeinchi mengenai kelahiran secara pembedahan ini. Doktor menerangkan satu ayat, dan saya menerangkan kembali mengikut pemahaman saya kepada Pak Gatot dan Buk Hanis. Bulat mata saya bila doktor menerangkan, lebih-lebih lagi apabila doktor menyentuh soal komplikasi buruk yang mungkin berlaku daripada pembedahan ini. 

Pembekuan darah, darah dijangkiti virus...dan sebagainya!

Ya Allah, permudahkanlah....

***

Kami seramai 5 beradik melalui kelahiran secara normal. 3 orang dirumah, 2 orang lagi dihospital. Dahulu, pernah saya tanyakan kepada emak. 

"Mak, bersalin sakit tak?"

Emak cuma tersenyum. Tapi emak tak jelaskan sakitnya bagaimana. Dan saya ingat bersalin itu senang dan mudah sebab emak senyum sahaja. Bila sudah semakin besar, fahamlah jika sakitnya itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata!

***

Alhamdulillah, pada ketika ini, saya menerima berita gembira ramai dikalangan akhawat yang sedang hamil. Namun saya agak gelisah bila melihat mereka morningsickness. Muntah-muntah, tidak lalu makan, tidak boleh bergerak banyak, malah ada yang sedang berjuang agar kandungannya bertahan. 

Pada ketika emak mengandungkan adik-adik dahulu, suasana yang sama juga. Morning sickness emak pun sangat teruk. Tapi tatkala itu, mungkin saya masih belum memahami kerana masih kecil. Tidak dapat saya bayangkan jika melihat keadaan emak pada waktu itu sekarang. Sedihnya!

***

Antaraa benda yang dibawa pulang masuk bersama ke kubur, ada 3. Kita tahu itu.
Ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh/ah.

Selamanya budi emak tidak akan dapat saya balas. Emak saya seorang takkan ada tolok banding dan tiada ganti. 

Emak, doakan kami jadi anak soleh/ah. Supaya kami dapat menghantar doa padamu jika hanya inilah yang anak-anak emak mampu..



@lab,
menanti hujan berhenti,
sambil tercungap-cungap.

Steps to grad 3: Obsesi, Kerisauan dan Niat


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, hujan rintik-rintik diluar sekarang. Harum aroma kopi segera yang saya bancuh tadi memenuhi ruang bilik di makmal. Minuman yang panas disuasana sejuk seperti kini amat menyenangkan. Sekurang-kurangnya selesa sedikit untuk saya teruskan kerja memproses data eksperimen tadi.

Tidak ramai teman satu lab saya yang datang hari ini. Penangan pertukaran musim ke musim luruh menjadikan cuaca tidak menentu dan suhu jatuh mendadak disertai hujan renyai-renyai sepanjang hari. Ternyata kondisi yang enak untuk terus berhibernasi didalam kepompong mofu di rumah.
Alahai..

***

Dalam meniti beberapa bulan sebelum bergraduasi, semakin banyak kebimbangan persoalan yang bertalu-talu di kepala. Apakah jalan yang akan saya lalui setelah bergraduasi?

Untuk masa kini, alhamdulillah saya sudah mendapat tempat untuk menyambung master di universiti yang sama. Tinggal lagi sekarang yang membimbangkan untuk memohon biasiswa.  Ia adalah kemungkinan yang sukar diramalkan. Namun, back for good (bfg) adalah kepastian selepas bergraduasi.

Untuk bfg, ia bukanlah sebuah keputusan yang mudah. Biasanya hal-hal seperti pekerjaan, perancangan keluarga dan sebagainya yang merisaukan untuk bakal-bakal bfg ini. Ya, itu memang benar.
Namun yang lebih merisaukan, bisakah meninggalkan tanah jepun dalam kondisi takungan mad'u yang semakin bertambah dan jumlah penggerak yang semakin berkurang..?

Ya, dakwah dan tarbiyyah akan tetap berjalan. Berjalan walaupun dengan orang yang berbeza, dan insyaAllah lebih baik dari sekarang. Namun, yang merisaukan adalah adakah benar-benar misi saya sudah selesai di sini? Dalam masa 5 bulan ini ... apakah formula yang paling berkesan untuk mentakwin mad'u untuk membolehkan mereka matang dan mandiri?

***

Dan untuk mengambil master dengan niat mengikut-ikut bukan satu pilihan yang bijak. Kerna dipertengahan jalan nanti bisa sahaja  tersungkur dipertengahan jalan. Tiada keseronokan untuk belajar. Saya sendiri cemburu melihat senior saya yang kini M1 bersungguh-sungguh menjalankan eksperimen, pulang sehingga lewat malam, kerap tampil di konferens-konferens. Memang obsesnya pada research.

Saya?

Sebenarnya sangat-sangat perlu untuk saya miliki perasaan itu. Tapi dengan niat yang sebenarnya.
Hingga kini saya masih tercari-cari perasaan obses itu. Obses dengan landasannya untuk dekat kepada Allah.

***

Obses dan cinta kepada dakwah dan tarbiyyah kerana Allah.
Mensyumulkan hidup untuk Allah (tajarrud).

Saya kepingin ini.

Doakan moga Allah berikan yang terbaik. Jalan yang makin mendekatkan saya denganNya..
Mohon doanya ya.



Steps to grad 2: They inspired me.

Bismillahirrahmanirrahiim,

Alhamdulillah hari ini hari jumaat, hari raya bagi seluruh umat islam. Hari yang dimana dalamnya penuh barakah. Jangan lupa untuk baca surah al-kahfi, mandi sunat, dan sebagainya. Hari jumaat di Malaysia sememangnya ditunggu-tunggu. Hari yang bila mana rehat tengahari lebih panjang dari biasa, ada pasar jumaat, boleh outing masa muslimin solat jumaat.. erm, kalau kita masih mengharapkan perkara-perkara itu yang menghiasi hari jumaat kita disini, bakal kecewalah kita nampaknya!

***

Masa kini menghampiri jam 2.00 petang. Lega rasanya sudah tamat praktis presentasi di hadapan senpai saya. Satu lawan satu. Banyak yang perlu dibaiki. Namun begitu, lega rasanya bila sudah lepas praktis hari ini. Tinggal lagi untuk saya menulis resume dan melakukan presentasi pada Zentai Zemi isnin hadapan.

Perut berkeroncong minta diisi. Sibuk melayan persiapan menyiapkan slide, langsung saya lewatkan untuk mengambil makan tengahari.

Dalam perjalanan ke Seikyo, ternampak kelibat seorang perempuan bertudung jauh nun di hadapan.
Teman saya, Rahil dari Iran. Saya mengangkat tangan melambai dari jauh. Dan dia membalas lambaian saya.
Langkah saya percepatkan dan segera dia pula mendapatkan saya.

" Hafiza, it was long time i didn't see you!"

" Yes Rahil, me too. Where do you want to go?"

Percayalah, dialog saya pada saat itu bukan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak Bahasa Jepun yang keluar berbanding Bahasa Inggeris. Rahil, yang sudah masuk tahun ketiga di sini nampaknya faham dengan ekspresi saya dan bahasa yang saya tuturkan. Saya sendiri pening bila mana seringkali bahasa pertuturan saya bercampur aduk, ataupun saya sendiri keliru untuk menyusun ayat. Haih.

Jujur, sudah lama saya tidak berjumpa Rahil. Tup-tup dia memberitahu bahawa dia akan berpindah ke Tokyo kerna mengikut suaminya yang mendapat kerja sebagai Researcher di Keio University. Dia pula akan berpindah lab ke universiti yang lain.

Dia merenung saya, dan memegang tangan saya. Nadanya sedih bila ingin meninggalkan saya dan teman-teman.  Jika campur teman-teman dari Indonesia yang bakal pulang selepas bergraduasi, nampaknya..main sunyilah Yamaguchi ini.

Saya berbasa basi dengannya hingga berapa ketika.. Sehinggalah kami berpaling ke satu arah, terlihat kelibat beberapa sosok tubuh yang kemas memakai sut berjalan ke arah kami. Di kalangan mereka, ada 2 orang wanita yang berkerudung. Buk Lilis dan Buk Widyia. Kedua-duanya baru tamat bergraduasi selepas 3 tahun disini berjuang untuk phD.

Pak Mega, suami kepada Buk Widyia terus mengangkat kamera besarnya dan mengambil gambar kenangan saya, Rahil, Buk Lilis dan Buk Widyia bersama. Terasa amat kerdil berada dikalangan mereka ini. Kerdil bukan kerna saiz, tapi kerna terasa kerdilnya diri yang hanya berada di tahun 4 . Dan saya dikelilingi oleh aura-aura mereka yang hebat, yang sudah bergraduasi.

Saya menyelami mereka... bukan senang mereka disini.
Rata-rata mereka tidak mahir berbahasa Jepun kerana mereka menulis thesis dalam Bahasa Inggeris.
Di kalangan mereka, ada yang meninggalkan suami dan anak-anak selama bertahun-tahun.
Ada yang isteri mereka berjuang melahirkan anak sendirian tanpa suami disisi.

Dan saya kira, banyak lagi kesusahan mereka hadapi untuk menjejak kejayaan hingga ke hari ini.

Kami bersalaman dan berpelukan. Saya hanya mampu mengucapkan tahniah, sebaliknya mereka memberikan saya kata-kata semangat yang berharga.

" Ganbatte kudasai "
" Usaha ya untuk nyambung lagi "

dan banyaaaaaaaaaak lagi.

Percayalah, saya seperti menerima injection bertubi-tubi petang tadi.
Rasa mahu pengsan dan mahu bangkit semula sebagai seorang yang optimis dan terus maju ke hadapan.



Doakan yang terbaik insyaAllah...

Periuk Nasi Kita

Bismillahirrahmanirrahim,

 Saya kini berada dalam perjalan pulang ke Ube, Yamaguchi setelah berpergian selama 4 hari ke Tokyo untuk menghadiri temuduga biasiswa pengajian master saya tahun hadapan. Alhamdulillah, lega bila ianya selesai dan nampaknya saya perlu lebih serius untuk memikirkan 5 bulan yang berbaki ini. Persediaan untuk kemungkinan yang pasti iaitu graduasi dan pulang ke tanah air.

 Tatkala saya mendapat jemputan untuk menghadiri temuduga tersebut, terus saya mencari tiket untuk ke sana. Perjalanan dari Yamaguchi ke Tokyo bukannya dekat!

2 jam dengan kapal terbang.
6 jam setengah dengan Bullet Train.
14 jam dengan bas.

 Harga tiketnya sahaja pergi balik sudah bisa menampung tiket saya pulang ke Malaysia. Namun pada saat itu, hal-hal ini tidak saya endahkan.

 Namun, sebaliknya terjadi. Tatkala kita dipanggil untuk liqa, daurah, program, mesyuarat dan sebagainya...kerapkali kita terasa berat. Wallahua'lam pada masa itu ada halangan-halanan yang memungkinkan sukar untuk kita hadiri, namun bilamana ianya melibatkan periuk nasi, keseronokan kita, dengan senang hati kita memutuskan untuk pergi. Saya juga tidak terkecuali.

 Sedihnya.

Kerna kita sebenarnya lupa. Dakwah itu tidak perlukan kita. Tapi kita yang membutuhkannya. Allah bisa sahaja menggantikan kita dengan yang lain. Dan rezeki itu milik Allah. Sedang keseronokan dunia adalah sementara.

Buat hati-hati yang masih berat untuk berjuang seperti saya, kembalilah membersihkan diri. Kosongkan dari keuntungan dunia, sedangkan ikhwah akhwat diluar sana terus meluru laju berjuang.

 Dan kita masih dimana..?
Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah. Alhamdulillah atas ni'mat yang kita kecap. Alhamdulillah atas takdir Allah memilih dan menghidupkan kita. Alhamdulillah Allah, yang tak pernah jemu dengan hamba. Sentiasa memberikan yang paling terbaik, bersabar dengan kita yang entahkan ya atau tidak mengaku diri sebagai hamba. Alhamdulillah buat segala2nya yang Allah sendiri lebih mengetahui daripada diri kita sendiri. Alhamdulillah. p/s: kadang2 kita kita lebih terdorong untuk berbuat sesuatu yang akan mmbawa keuntungan pada periuk nasi kita. ish ish

Bila JEMU dan BORING berbicara


Boring , Jemu . 
Perasaan yang akan menerkam diri bila diiringi perbuatan "Selalu".

Jadi, salahkah "Selalu" itu?
Bukan Jemu atau Boring buat jahat tau.
Tapi buat baik pun.

Kalau yang jahat tu, tak pernah rasa Jemu.
Tak pernah rasa Boring.
Sebab SYAITAN tepuk tangan sokong dari belakang.
Walaupun diri sendiri rasa nak terjeluak!

"Selalu" tu tak salah.
Yang salah sebab diri tak ambil kisah.
Manusia itu nakkan yang lebih baik.
Nakkan perubahan yang membangun.
Itu fitrah.
Bila buat benda yang sama, setiap masa, setiap hari.
Memanglah rasa nak muntah.

Hurm.
Jangan nak bagi alasan. 
Buat baik pun salah, buat jahat lagilah salah.
Jadinya, tak payah buat apa-apa lah.

Salah baca, jadinya salah faham.
Fikir untuk berubah.
dan berubah.
kepada yang lebih baik.

Kalau hari ni makan nasi.
Esok makanlah mee.

Kalau hari ni setengah juzuk,
Esok setengah juzuk campur tadabbur.

Steps to grad 1: list to do 14th september.


Bismillahirrahmanirrahiim.

Oleh kerana sensei sibuk, zemi yang dijadualkan berlangsung jam 4 petang hari ini dibatalkan. Saya menunggu hingga menghampiri jam 6.00 petang, dan kelibat sensei masih belum kelihatan.
Kaecchauyo.

Alhamdulillah, jikken kekka hari ni lebih baik berbanding semalam. Yang semalam tu macam ape-ape entah. Baru sedar rupanya silap faham dengan arahan senpai. Hari saya dan senpai ubah setting pembasahan benang. Nak pastikan yang benang tu selari antara kedudukan tiub  dan bekalan air.
Tu lah kan, hidup ni sentiasa perlukan pembaharuan. Kalau sama je, biasanya akan ada kesilapan dan kalau kita tak berubah.. kita tak tahu pun yang kita ni tersilap.

2 minggu lagi insyaAllah ada presentation semasa zemi. Ni pun sedang berusaha nak dapatkan data yang cantik. Saya tanya-tanya senpai macammana nak tentukan Objektif Kajian?
Dia bagi hint dan minta saya fikir sendiri.
OK, insyaAllah..Allah..saya perlukan ilham dariMu.

Nampaknya saya perlu study lebih dalam. Sebab sebulan balik bercuti ke Malaysia dan mahu fahamkan balik apa yang saya sedang buat dalam eksperimen saya ni.
Saya kena jadi orang yang banyak tanya. Tapi nak kena mandiri untuk dapatkan idea sendiri.
Ni cara senpai saya didik saya. Huhu.

Ok lah, list to do for tonight and tomorrow.
1. Study untuk fahamkan eksperimen yang saya dah buat. Keluarkan Objektif Kajian.
2. Jika sempat malam ini mahu tengok-tengok buku Ryutai. Rindulah.
3. Tulis Curriculum Vitae, Isi borang-borang scholarship Jepun.
4. Study satu hadis dan satu kisah sahabat. 

Pheww..

wAllahua'lam.

p/s: saya sedang countdown sebenarnya. Tidak sabar mahu graduasi walaupun research saya baru je bermula. Sebab human sense kot yang nak tahu apa akan berlaku setelah saya bergraduasi. Hoho.Dalam masa yang sama doakan agar saya dapat menghargai hidup saya untuk 6 bulan sebelum graduasi. (hargai hidup untuk mati? patutnya setiap masa la kan???)