Hanya bekerja kuat untuk apa yang diimani. Maka saya perlu bekerja kuat untuk terlebih dahulu mengimani.
berjuanglah wahai adikku...
keluar kepompong
norhafizah : lom lagi~
shah ezwan hashim : leka ak bace blog ko
norhafizah : time kasih~
shah ezwan hashim : ak pon nk wat blog ..tp x der yg menraik la
norhafizah : mmm
shah ezwan hashim : ak dok ari2 bosan jer
norhafizah : blog ni leh wat mcam diari
shah ezwan hashim : luahan isi hati
norhafizah : tapi yg pting msti minat nk mnulis la
shah ezwan hashim : ko pndi menulis la ....
norhafizah : mane ader.kalo ko cuba bukak blog2 yg aku letak link tu musti ko lg truja
shah ezwan hashim: ni lah hasilnye org kuat mmbace
norhafizah : mn ader
shah ezwan hashim : hehehe
norhafizah : dah makin kurang skang nih~
shah ezwan hashim : insaf juagk ak bace nukilan ko ....mcam bnyak benda yg ak alpa
norhafizah : skurang2nye ko masih dtengah msyrakat yg serumpun dan seagama
shah ezwan hashim :mmg la...
norhafizah : kalo baai aku ni..
norhafizah : lama dah tak dgar azan.. kcuali dr com
norhafizah : ada gak ni'mat yg hilang
norhafizah : dah tak heran kalo tengok arak2 n beer nih
shah ezwan hashim : yup
norhafizah : sbb kat cni bnda2 tu mcam air gas jek
shah ezwan hashim : tol2x
shah ezwan hashim : wlupn kot x srmpun dgr org seagama tp ...
shah ezwan hashim : aktiviti arian ko ....sgt dekat dgn agama
norhafizah : ptunjuk dr Allah...
shah ezwan hashim : ALHAMDULLILAH
shah ezwan hashim : dah habis 19 nak masuk 20
norhafizah : apa tu?
shah ezwan hashim :blog la~
norhafizah : bace sume ek
shah ezwan hashim : yup
norhafizah : ya Allah .. terharunyer aku
Shah Ezwan Hashim.
Teman sekelasku sewaktu aku di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin, Klang. Alhamdulillah. Kini dia melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang Kejuruteraan sivil.
Sudah sekian lama tidak berhubung dengannya, alhamdulillah malam tadi kami sama2 berbual di Yahoo Messenger. Bertanya khabar, berceloteh panjang ( baca : tak menang tangan menulis ) dan bertukar cerita. Aku di Jepun dan dia di Malaysia. Memandangkan temanku ini begitu berminat dengan bahasa Jepun, kadang2 terselit satu dua perkataan Bahasa Jepun dalam perbualan kami.
Alhamdulillah.
Aku fikirkan kembali kenapa aku ke Jepun, kenapa itu..kenapa ini.
Di sebalik percaturan Allah mengaturkan aku untuk menyambung pengajianku di sini, yang di luar kotak perancanganku ( kerna aku ini hamba.. Allah telah merancang sebaik2 perancangan ), tersembunyi hikmah yang aku fikirkan aku tidak akan kecapi ni'mat dan hikmah ini jika aku terus -menerus berada di tanah airku.
KELUAR KEPOMPONG
Sepertimana perbualanku dengan Shah Ezwan, aku menyelitkan rasa sedih kerana ni'mat yang aku kecap di Malaysia dahulu lama-kelamaan hilang.
Ni'mat mendengar azan langsung dari masjid atau surau.
Ma'siat melata. Arak yang di jual merata2, pakaian2 wanita di sini. Lama-kelamaan aku rasa lali. Rasa sebati.
Aku sampaikan rungutan2 itu pada temanku. Tapi nyata aku terlupa jika aku tidak ke sini, aku tidak tahu bagaimana keadaanku jika aku terus di Malaysia.
Adakah lebih baik?
Atau lebih buruk?
Aku sedikit terkejut bila mana temanku mengatakan yang kehidupanku dekat dengan agama.
Huh.. sedangkan aku sendiri terkial- kial untuk mencatur kehidupanku di sini. Begitu senangnya aku lalai dan alpa di sini . Aku selalu mengandaikan betapa beruntungnya dapat hidup di tengah masyarakat yang serumpun dan seagama. Rupa2nya kadangkala pemikiranku itu ada kurang betulnya.
Jika aku terus di situ ( baca : Malaysia ), aku tahu aku tidak akan nampak keadaan dari perspektif berbeza. Selama ini aku tidak sedar kepincangan pemimpin2nya, tidak sedar bahawa betapa rakyat ini di sogok dengan hedonisme ( hiburan ) yang melampau2. Dan paling ketara, agama hanyalah sebagai ritual dan hanya di bincangkan dalam soal cerai-berai, sumpah membela diri, fatwa2, dan sebagainya. Agama hanya diperlukan apabila merasakan hak sendiri terancam.
Alhamdulillah.. alhamdulillah..alhamdulillah
Aku keluar dari kepompong.
Melihat dunia lain yang lebih luas dengan pandangan besarnya kuasa Tuhan yang menciptakan! Bernafas dengan udara yang berbeza. Bebas dari sesak kehidupan di sana.
Jika aku boleh buat satu analogi.
Cuba kau letakkan buku atau helaian kertas yang mengandungi tulisan itu paling hampir dengan mata. Pasti kau tidak mampu untuk membacanya. Bukan sahaja tidak nampak, malah terasa rimas dan tidak selesa. Tetapi jika kau ambil sedikit jarak, jauhkan buku itu dari mata, pasti kau dapat membaca tulisan itu bukan?
Keluarlah dari kepompongmu itu.
Buka mata.
Buka minda.
Tingkatkanlah kesyukuranmu!
Hadiah buku buatku
Setiap kali ke Mid Valley, tempat itu akan ku kunjungi. Bahagian pertama yang akan aku tuju pastinya bahagian novel2 Melayu. Kemudian bahagian buku2 agama, selepas itu selalunya aku akan berlegar2 di situ. Jika aku 'gatal tangan', aku akan membelek2 ensiklopedia yang aku tahu aku tidak mampu memilikinya.
BUKU
Aku pun tidak mengerti kenapa aku berasa begitu bahagia dan teruja bila mendapati ada susunan buku yang bertimbun di hadapan mata. Tidak kisahlah jika buku itu di dalam rak, bersepah di atas meja dan sebagainya.
Malah aku sangat teruja pabila aku mendapati adanya sebuah rak khas atau perpustakaan mini dalam mana2 rumah yang akan aku kunjungi. Ternyata, aku sangat menyukainya!
HADIAH BUKU UNTUKKU
Aku tidak tahu bila mana rahmat Allah ini datang melimpah ruah, teman2 dan orang yang aku sayang ( baca : akhawwat, sahabat ) menghadiahi aku buku. Antara buku yang pernah ku peroleh dalam tempoh setahun ini ;
1) La Tahzan " Jadilah Wanita Yang Berbahagia " - hadiah hari lahir-
2) Petua menjadi wanita solehah - hadiah hari lahir -
3) Azab bagi wanita - hadiah hari lahir -
4) Bagaimana menyentuh hati - pemberian Kak Awin tersayang sebelum aku terbang ke sini -
5) Sebuah buku nota dari Langkawi - hadiah hari lahir -
6) Surat-surat perempuan Johor
7) Bahasa Bumi
Jazakumullah ku ucapkan buat mereka semua. Sesungguhnya dengan izin Allah, kau meninggalkan kenangan dan ingatan padamu yang aku akan kenang sampai bila2.
p/s : kerinduan untuk mengunjungi MPH Store Mid Valley, pustaka mu'min... bukan hanya disebabkan adanya buku. Tapi pernah terpalit kenangan2 di sana. Doakan aku dapat berkunjung ke sana jika pulang ke Malaysia, ya?
Pagiku dengan al-Insan
sesal malam semalam
cerita kari
Jiwa halus itu jiwa seni
Kebetulan kami sebagai pelajar asing di universiti ada ditawarkan untuk mengikuti kelas shodou ( kaligrafi jepun ). Antara penyesalanku semasa di semester pertama adalah tidak merebut peluang mengikuti kelas ini atas alasan sibuk ( baca: malas untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar akademik ). Walhal ini peluang yang begitu berharga bagi pelajar asing sepertiku untuk mempelajari budaya masyarakat Jepun sementara aku masih punyai ruang dan peluang aku di bumi ini. Selain " emas " segulung ijazah, insyaAllah aku percaya jika kita bijak mencari ruang dan peluang, akan banyak lagi nilai "emas" yang akan kita bawa pulang.
KELAS KHATJEPUN
Hasil tulisan dari kelas khat jepun ( shodou ). Yang berwarna oren itu kepunyaan senseiku.
Aku lebih gemar memanggil kelas ini sebagai kelas khat jepun. Ianya mengingatkan aku akan seni khat yang pernah aku pelajari dari sekolah rendah seawal usia 7 tahun lagi. Namun, setelah lebih kurang 5 tahun aku meninggalkan seni ini, perasaan ingin mempelajari seni tulisan ini semacam menguasai diri. Tanpa berfikir panjang, aku pun mengisi borang dan mengambil keputusan menyertai kelas shodou ( khat jepun )
Setiap hari khamis jam 4 petang aku mengayuh basikal menuju ke kelas shodou di sekolah. Cuaca yang semakin hari semakin sejuk dan gelap ini kadangkala menjadi satu cabaran yang besar kerana kelas ini biasanya tamat pada jam 5.40 petang iaitu tatkala mentari sudah lama terbenam. Walaupun kelas ini hanya disertai tidak sampai 10 orang pelajar, tapi bagi aku keseronokan bukanlah datang dari berapa ramai pelajar yang datang. Ketenangan, seni yang halus dan suasana yang tenteram yang aku perolehi ketka menghadiri kelas ini cukup bagiku sebagai suatu kepuasan yang tidak berbelah bahagi.
Ketenangan, ketelitian dan fokus
Antara perkara yang aku cukup titik beratkan semasa mempelajari khat jepun ini. Dimulakan dengan kalimah basmalah, aku mencelup berus ke dalam dakwat. Kemudian, tanganku dengan perlahan melakarkan contengan huruf kanji dan hiragana di atas sekeping kertas yang nipis sebesar kertas A4. Pernah sekali dalam suatu ketika, fikiranku kacau dan jiwaku tidak tenteram, habis tulisan yang ku buat semua tidak menjadi. Walaupun semudah menulis huruf kanji 十。
Benar, yang halus itulah jiwa yang seni.
Aku sangat tertarik dengan mereka yang punya kebolehan ini. Mempunyai jiwa yang halus, sehalus seni ini. Tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun mereka berada, tapi punyai minat dan kebolehan dalam seni ini aku kira suatu bonus yang tidak ternilai harganya. Sejak aku menyambung pelajaran di Jepun ini, aku ketemu dengan ramai teman2 yang punyai jiwa2 yang halus ini. Ada yang minatnya ditumpahkan pada penulisan sastera, ( puisi, cerpen dsb ), menulis blog, dan yang paling terkesan dalam hati aku pabila ada antara temanku yang masih menulis seni khat ! ( temanku ini lah membakar kembali semangatku untuk kembali mempelajari seni tulisan. Kredit dan jazakallah ku ucapkan padamu ).
Seni menterjemah apa yang di rasa.
Aku kira ramai di kalangan temanku yang jenisnya pendiam seribu bahasa. Tapi bila berkarya, dialah ratu, dialah wira. Kadangkala mereka yang memiliki jiwa yang halus ini sukar untuk di fahami apa yang bermain dalam kotak fikirannya. Tetapi yang pasti, teman2ku yang semacam ini menterjemah apa yang di proses di minda, yang difahami di hati menjadi sebuah tulisan untuk tatapan. Kadangkala sarat dengan nasihat yang terlalu berharga. Butir kata yang keluar dari bibir mereka ini terselit seribu makna. Orang yang dilihat mempunyai fizikal yang sasa, hati yang membatu dari pandangan mata kasar, aku percaya dia adalah antara orang yang punyai jiwa yang paling lembut dan halus jika dia adalah ahli seni.
Ohh.. maaf ya. Entri aku kali agak kecelaruan di penghujungnya. Bermula dari seni khat, berakhir dari sastera dan tulisan. Tapi yang penting, apa yang aku ingin sampaikan, jiwa yang halus itu adalah jiwa yang seni. Tiada seni petanda jiwa yang mati.
Bukankah Islam suatu agama yang penuh seni? Al-Quran yang didalamnya terkandung kata2 yang sarat dengan nahu, balaghah dan berbagai kehebatan seni berbahasa yang terkandung di dalamnya. Malah, dakwah itu juga seni jika kena cara mendekati jiwa manusia.
P/S ; aku agak kritikal seandainya ada antara mereka yang memperkotak-katikkan sastera.
" sastera itu leceh, sastera itu putar belit ". Sebelum kau ingin berkata begitu, selak dulu wahyu tuhan!
Surat untuk adik 1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Apa khabar adik2 akak yang kukasihi. Moga2 kau dan keluarga tercinta sentiasa dalam rahmat Allah. Diriku yang jauh disini sentiasa mendoakan kebaikan yang melimpah ruah buat emak, abah, dan adik2 akak yang tercinta.
Seusai perbualan kita malam tadi, entah kenapa hati akak ini bagai dibelenggu rasa resah yang teramat. Hati ini bagaikan mendesak jiwa zahir untuk bergerak menemui adik2 akak tersayang di kampung halaman. Akak tahu, sejak beberapa bulan ketiadaan akak disisi kalian, ternyata akan ada perubahan yang berlaku. Akak mengharapkan kepulangan akak nanti kesisi kalian bisa melihat perkembangan baik dari adik2 akak semua. Tapi ternyata, cita2 yang akak dambakan itu mungkin akan terhalang oleh jiwa2 kiri adik2 akak yang sedang meningkat remaja ini.
Akak tidak gusarkan adik2 kita 2 orang si comel tu. Tapi akak gusarkan dirimu dan kakak atasmu. Kau berdua akak anggap seperti kudup bunga yang bakal berkembang, ku doakan diri kau berdua mekar menjadi bunga di taman firdausi.
Kakak atasmu kini sedang berperang dengan tinta menghadapi peperiksaan. Mari kita sama2 doakan moga hatinya tenang dan terang menjawab soalan. Manakala kau kini berperang dengan dirimu sendiri untuk mengisi ruang masa senggangmu. Isilah masa senggangmu dengan perkara yang bermanfaat. Moga kau tidak menjadi dari golongan yang rugi.
Adikku yang amat ku sayang,
Mengenai resah yang melanda jiwaku ini, akak tidak tahu apakah ada penawarnya sekarang. Akak faham jiwa muda kini sedang bergejolak dalam dirimu. Darah muda yang hangat mengalir disegenap kapilari darahmu. Setiap langkah gerakmu, tingkah lakumu, kau iringi dengan jiwa muda yang membara. Mungkin akak tidak faham apa yang bermain di fikiranmu. Apatah lagi untuk memahami perasaanmu jua keinginanmu di kala kau meniti usia remajamu ini. Bila2 sahaja api jiwamu akan bergejolak menuntut kau menurutinya. Hingga kadangkala kau semacam hilang keupayaan menimbang tara. Memilih diantara kaca dan permata. Di kala kau memilih teman, semacam kau keliru untuk memilih si penjual minyak wangi ataupun si peniup bara api.
Leteran sayang emak, marah sayang abah, kau anggap seperti selumbar yang menambah bisa dalam hati.
Kata manis teman, pujuk rayu si kumbang, kau anggap seperti madu yang melegakan.
Kau sering mengatakan kau bosan di rumah, emak dan abah tidak memahami jiwamu, adik2mu menyusahkanmu. Ketahuilah itu semua bisikan jahat dari jiwa kiri kau. Jika kau ketahui kondisi akak mu ini yang setiap saat merindukan kau semua, yang setiap saat menjentik hatiku agar menggerakkan kakiku untuk pulang ke pangkuan. Betapa kau tidak mengetahui bahawa diri akak begitu menyesali masa lalu yang akak tidak manfaatkan untuk emak, abah, dan adik2 akak semua.
Andai keinginan kau tidak di persetujui, mudah sekali jiwamu membentak kasar walaupun pada emak dan abah. Mereka yang tidak sepakat dan tidak tunduk pada keinginanmu kau anggap itu musuhmu. Mereka2 yang angguk mengikut kehendakmu, kau jadikan teman setia dalam hati.
Duhai adik,
Akakmu ini amat risau andai kau yang akak anggap seperti kudup bunga yang ingin berkembang di ganggu oleh kumbang2 yang akan merosakkan dirimu. Akak harap moga kau berjaya membina duri memagari diri. Agar tak termakan diri oleh kumbang dek hanyut dibuai dunia indah ciptaan nafsumu. Walaupun dirimu sering dimainkan dengan kata cinta atas nama agama, atas nama Tuhan, akak berharap agar kau tidak mudah percaya. Jangan dimainkan nama Tuhan, jangan dimainkan nama agama. Kelak kau celaka ditimpa siksaanNya. Ketahuilah, yang halal bagi kita hanyalah seorang lelaki yang telah kita nikahi. Akak doakan moga kita sama2 dipertemukan dengan insan yang beriman, menjadi teman hidup meniti redha Allah di dunia. Akak harap moga dirimu dan diriku bisa bersabar untuk itu. Ketahuilah bahawa perjalananmu di alam remaja baru sahaja bermula. Banyak lagi ranjau yang akan kau lalui, banyak lagi dugaan yang bakal kau hadapi.
Adikku sayang,
Akak tidak tahu jika tutur lembut akakmu ini belum bisa mencairkan hatimu yang membungkam kaku. Tapi percayalah, akakmu ini menasihati kerna akakmu pernah berada di tempatmu sama seperti yang kau lalui sekarang. Ternyata jiwa remaja penuh ranjau yang ku tinggalkan tidak lama dahulu, pernah tercalit hitam atasnya. Akak berharap, kau tidak menuruti langkah yang sama seperti mana aku pernah tersasar dulu. Moga jalanmu di alam remaja lurus. Tanpa tercalit walau setitis noda hitam padanya.
Ku doakan agar kita bisa mekar menjadi kembang yang harum untuk emak dan abah. Moga kelahiran kita dibumi ini bisa menjadi hambanya yang taat dan diredhai.
Moga kau tabah menghadapi alam remajamu, ya?
Yang Benar,
Kakakmu....
21 November 2008,
Yamaguchi, Jepun.
saksi
Nazrul ( bukan nama sebenar )
Muniandy, si penjual kacang putih
Katakanlah kita tidak berada di tempat kejadian, tetapi kita mendengar desas-desus mengenainya. Jika kita ingin mendapatkan cerita sebenar mengenai kejadian tersebut, pada siapakah yang perlu kita tanyakan?
Pilih salah satu, antara Nazrul ataupun Muniandy. Kedua2nya merupakan saksi kejadian.
Setuju?
APA ITU SAKSI?
Nampaknya aku kurang berminat untuk membicarakan berita yang menyayat hati itu. Cukuplah untuk aku nyatakan siapa ' saksi ' kejadian.
Kau mula mengerutkan kening tanda protes?
Sabar.. nanti dulu.
Kenapa Nazrul dan Muniandy boleh kau percayai sebagai saksi?
Kerana mereka melihat, mengetahui dan yakin mengenai kejadian tragis itu. Tetapi cukupkah sekadar tahu, yakin dan lihat? Adakah kita akan tahu kejadian sebenar jika mereka berdua tidak 'memberitahu ' kejadian itu? Pasti tidak bukan?
KALIMAH SAKSI
" Aku naik SAKSI bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Aku naik SAKSI bahawa Muhammad itu pesuruh Allah "
Kalimah diatas merupakan kalimah yang paling pokok untuk umat islam. Letaknya dalam tangga pertama rukun islam. Kenapa agaknya ya?
Ya, sebagai tanda kita percaya dan meyakini bahawa hanya tiada tuhan lain selain Allah. Dan Muhammad itu yang menyampaikan wahyu Allah buat seluruh umat.
Tapi, pernah atau tidak kita terfikir kenapa agaknya perkataan ' saksi ' digunakan dalam kalimah tersebut? Kenapa tidak perkataan percaya, yakin dan sebagainya digunakan dalam kalimah syahadah itu?
Sebagaimana ciri2 yang ada pada Nazrul dan Muniandy yang melihat kejadian itu, begitulah juga maksud saksi dalam kalimah ini. Selain kita mengetahui dan yakin bahawa Allah itu Rabb kita dan Muhammad itu Rasullullah, maksud 'saksi' itu tidak akan tertunai sekiranya kita tidak menyampaikan ni'mat Islam yang kita kecapi ini.
Dengan erti kata lain, jika kita mengatakan kita 'saksi', tetapi kita tidak menunaikan apa yang sepatutnya ada pada seorang 'saksi' itu, kita adalah seorang penipu, pendusta dan seumpamanya!!!
KENAPA PULA BEGITU?
Setiap hari, paling kurang 10 kali kita mengucap kalimah ini dalam solat kita sehari2. Tahukah kita maksud kalimah " Asyhadu.." ? Maksudnya aku ' sentiasa ' bersaksi.
Kenapa 'sentiasa' ?
Mengikut tatabahasa arab, perkataan ' Asyhadu ' merupakan fi'il mudhori' ( present tense ) yang bermaksud sentiasa, selalu dan berterusan. Kita selalu mengungkapkan bahawa kitalah sentiasa, dan selamanya 'saksi'. Tapi adakah niat kita, perbuatan kita, dan hidup kita setiap waktu ini adalah bertepata dengan apa yang kita ikrarkan?
Memang betul kita TAHU apa itu Islam.
Memang benar kita YAKIN dengan agama Allah yang kita anuti ini.
Tetapi apakah kita TONJOLKAN, SAMPAIKAN Islam ini?
Jangan ingat kita selamat dari azab Allah cukup dengan solat, puasa, baca Al-Quran, yakin dengan rukun iman yang enam, mengamalkan syariat untuk kepentingan peribadi contohnya dalam berkahwin, makan dan sebagainya.
Belum cukup tu, tak cukup!
Selagi kita tak menyampaikan islam yang kita tahu dan yakin, jangan dambakan jalan mudah ke syurga dan jangan fikir api neraka takkan membakar tubuh kita.
SAMPAIKAN DARI YANG MUDAH
Sampaikanlah ni'mat islam yang kita perolehi ini semudah senyuman manis pada orang lain.
Sampaikanlah ni'mat islam semudah kita berkongsi makanan sesama teman.
Sampaikanlah islam semudah mengajak teman untuk solat bila menjelang azan.
Dari perkara semudah itu islam itu dapat disampaikan. Melalui akhlak yang mulia dan amalan soleh. Semampunya kita dalam kondisi tempat kita berdiri sekarang. Jika sudah punyai kuasa nanti, sampaikanlah islam melalui pemerintahan.
Ingat apa yang kita lakukan sehari2. Lebih2 lagi perbuatan kita yang menyalahi ikrar penyaksian itu kita lakukan di hadapan orang lain terutamanya pada yang bukan muslim. Bukan sahaja mengundang dosa buat diri sendiri, malah yang lebih memalukan, ibarat mencarik kesucian agama islam.
HUJAH
Andai suatu hari nanti ketika berkumpulnya seluruh umat manusia dihadapan Allah untuk dihisab, manusia yang berdosa mahupun yang bukan muslim akan ditanya
imaginasi
terBALIK
Ayahnya tidak bekerja, seorang 'sura rumah' sepenuh masa. Menjaga makan pakai isteri dan anak2.
Ibu seorang pekerja pejabat yang aku kira menduduki jawatan eksekutif di sebuah syarikat di bandar Tokyo.
Mereka mempunyai dua orang anak perempuan. Usia mereka sekitar 9~ 10 tahun.
Ayahnya akan membuat rutin harian seperti seorang suri rumahtangga lakukan. Ke su-pa- ( supermarket ) setiap pagi membeli sayur2an, ikan dan daging. Selepas pulang ke rumah, beliau akan menyediakan juadah tengahari, menguruskan anak2 dan membersihkan rumah.
Si ibu sibuk bekerja seperti pekerja2 syarikat yang kita sedia lihat dalam televisyen. Hampir setiap hari bermesyuarat, pergi ke pejabat pada awal pagi dan pulang lewat ke rumah sekitar jam 11 malam.
Apa yang membuatkan aku terharu dan tertarik hati dengan rancangan ini ialah bagaimana kesibukan si ibu dan peranan si bapa sebagai 'sura rumah' ini pada pandangan mata anak2 mereka. Maklumlah, kanak2 ini belum bisa lagi untuk menipu dan apa yang lahir dari bibirnya adalah tulus dari hatinya yang jujur.
Satu ketika kedua2 anak permpuan ini di tanya oleh wartawan di hadapan ibu mereka,
Wartawan : Ayah buat apa sepanjang hari di rumah?
Anak 1 : Ayah uruskan makan pakai kami. Masak, kemas rumah, pergi ke su-pa-.
Anak 2 : Betul tu. Betsuni kami tak perlukan ibu pun untuk semua ni
( 別に母はいらないよ!)
Selepas mendengar kata2 pedas dari mulut anak2 itu, si ibu menoleh lantas berkata
Ibu : Janganlah cakap macamtu nak. Sedih ibu
(そんなに言わないで。。。)
Ketika iu tiada langsung riak kesal mahupun secebis kasihan yang terlukis diwajah anak2. Cuma,
Anak 1 : Tapi, dulu ibu pernah cakap yacin ( sewa ) rumah ni macammana nak bayar kalau
ibu tak kerja kan..
Si ibu tersenyum ketika itu. Mungkin sedikit lega kerna mendapat ' sokongan ' sebegitu rupa dari si anak.
Sebelum wartawan itu menanyakan soalan kepada anak, dia bertanya kepada si ibu
Wartawan : Awak rasa apa perasaan anak terhadap awak ?
Ibu : Entahlah, saya pun tak tahu apa perasaan mereka. Takut untuk saya bertanya
Tidak perlu rasanya untuk aku ulas panjang rancangan ini. Rasanya masing2 boleh fikirkan apa yang tersirat disebaliknya. Cuma aku terfikir, ibu bapa yang bermati-matian mencari wang memenuhi tuntutan materialistik atas dasar sayangkan anak2 hanya menumbuh benci dalam jiwa mereka.
Bukan duit yang anak mahukan. Tapi perhatian dan kasih sayang.
anti-sejuk
Bismillah-Opick
Ini sudah kali ketiga untuk pagi Jumaat ini aku ulang main video ini. Huhu... sudah semakin aku hafal liriknya...
" Bismillah di dalam hatiku tenang..lala.."
Ceritera cream puff
100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur
Cara-cara
1) Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
2) Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
3) Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.
5) Masukkan telur, kacau cepat-cepat
6) Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
7) Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
8) Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size) 1 sudu besar mentega
1) Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
2) Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
3) Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
4) Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
Cubaan pertama cream puff
Alhamdulillah. Menjadi! puas hati... hehe. Tidak perlulah aku menunggu lama selepas ini jika timbul keinginan untuk makan cream puff. Sedikit modal + kerajinan + bersungguh2 = cream puff
Aku letakkan kembali tapak tanganku pada dahi. Aik? demam dah kebah ?
Tak sangka tanpa ubat dan rehat, aku pulih dari demam. Dengan izin Allah, berbekalkan sedikit kegembiraan dan kepuasan, menjadi penawar.
Aku renung2kan ceritera cream puff ni dengan kehidupan yang aku lalui. Untuk mencapai sesuatu memang selalunya akan menempuhi jalan yang susah. Ada ujian yang akan menimpa di pertengahan jalan. Kadang2 ada ujian kesakitan. Sama ada kesakitan yang zahir mahupun di timpa sakit kemalasan. Minat juga menyumbang beberapa peratus dalam kejayaan apa yang ingin di capai.
Tentukan apa yang kau mahukan. Siap siagakan dirimu, jangan pedulikan kata orang, jangan pedulikan kesakitan yang akan kau hadapi. Teruskan langkah. Panjatkan tawakkalmu pada Ilahi.
p/s : entri ini aku tujukan buat kohai2 ( junior ) AAJ batch 26 yang baru sahaja menduduki EJU. Kami semua maklum kesusahan yang kau hadapi. Tapi jangan kau putus asa tau. Teruskan usaha!!