Pages

saksi




Suatu hari, berlaku kejadian kemalangan antara CBR Honda 600 cc dengan Skyline NIssan. Nazrul, ( bukan nama sebenar ) pada waktu itu sedang berhenti menunggu isyarat lampu merah menyaksikan kejadian dari jendela MPV Alphardnya. Bukan Nazrul seorang, malah kejadian tragis ini ini turut disaksikan oleh Muniandy, si penjual kacang putih.


Nazrul ( bukan nama sebenar )

Muniandy, si penjual kacang putih

Katakanlah kita tidak berada di tempat kejadian, tetapi kita mendengar desas-desus mengenainya. Jika kita ingin mendapatkan cerita sebenar mengenai kejadian tersebut, pada siapakah yang perlu kita tanyakan?

Pilih salah satu, antara Nazrul ataupun Muniandy. Kedua2nya merupakan saksi kejadian.




Setuju?




APA ITU SAKSI?



Nampaknya aku kurang berminat untuk membicarakan berita yang menyayat hati itu. Cukuplah untuk aku nyatakan siapa ' saksi ' kejadian.



Kau mula mengerutkan kening tanda protes?


Sabar.. nanti dulu.



Kenapa Nazrul dan Muniandy boleh kau percayai sebagai saksi?



Kerana mereka melihat, mengetahui dan yakin mengenai kejadian tragis itu. Tetapi cukupkah sekadar tahu, yakin dan lihat? Adakah kita akan tahu kejadian sebenar jika mereka berdua tidak 'memberitahu ' kejadian itu? Pasti tidak bukan?



KALIMAH SAKSI



" Aku naik SAKSI bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Aku naik SAKSI bahawa Muhammad itu pesuruh Allah "



Kalimah diatas merupakan kalimah yang paling pokok untuk umat islam. Letaknya dalam tangga pertama rukun islam. Kenapa agaknya ya?



Ya, sebagai tanda kita percaya dan meyakini bahawa hanya tiada tuhan lain selain Allah. Dan Muhammad itu yang menyampaikan wahyu Allah buat seluruh umat.



Tapi, pernah atau tidak kita terfikir kenapa agaknya perkataan ' saksi ' digunakan dalam kalimah tersebut? Kenapa tidak perkataan percaya, yakin dan sebagainya digunakan dalam kalimah syahadah itu?



Sebagaimana ciri2 yang ada pada Nazrul dan Muniandy yang melihat kejadian itu, begitulah juga maksud saksi dalam kalimah ini. Selain kita mengetahui dan yakin bahawa Allah itu Rabb kita dan Muhammad itu Rasullullah, maksud 'saksi' itu tidak akan tertunai sekiranya kita tidak menyampaikan ni'mat Islam yang kita kecapi ini.



Dengan erti kata lain, jika kita mengatakan kita 'saksi', tetapi kita tidak menunaikan apa yang sepatutnya ada pada seorang 'saksi' itu, kita adalah seorang penipu, pendusta dan seumpamanya!!!



KENAPA PULA BEGITU?



Setiap hari, paling kurang 10 kali kita mengucap kalimah ini dalam solat kita sehari2. Tahukah kita maksud kalimah " Asyhadu.." ? Maksudnya aku ' sentiasa ' bersaksi.



Kenapa 'sentiasa' ?



Mengikut tatabahasa arab, perkataan ' Asyhadu ' merupakan fi'il mudhori' ( present tense ) yang bermaksud sentiasa, selalu dan berterusan. Kita selalu mengungkapkan bahawa kitalah sentiasa, dan selamanya 'saksi'. Tapi adakah niat kita, perbuatan kita, dan hidup kita setiap waktu ini adalah bertepata dengan apa yang kita ikrarkan?



Memang betul kita TAHU apa itu Islam.



Memang benar kita YAKIN dengan agama Allah yang kita anuti ini.



Tetapi apakah kita TONJOLKAN, SAMPAIKAN Islam ini?



Jangan ingat kita selamat dari azab Allah cukup dengan solat, puasa, baca Al-Quran, yakin dengan rukun iman yang enam, mengamalkan syariat untuk kepentingan peribadi contohnya dalam berkahwin, makan dan sebagainya.



Belum cukup tu, tak cukup!



Selagi kita tak menyampaikan islam yang kita tahu dan yakin, jangan dambakan jalan mudah ke syurga dan jangan fikir api neraka takkan membakar tubuh kita.



SAMPAIKAN DARI YANG MUDAH



Sampaikanlah ni'mat islam yang kita perolehi ini semudah senyuman manis pada orang lain.



Sampaikanlah ni'mat islam semudah kita berkongsi makanan sesama teman.



Sampaikanlah islam semudah mengajak teman untuk solat bila menjelang azan.



Dari perkara semudah itu islam itu dapat disampaikan. Melalui akhlak yang mulia dan amalan soleh. Semampunya kita dalam kondisi tempat kita berdiri sekarang. Jika sudah punyai kuasa nanti, sampaikanlah islam melalui pemerintahan.



Ingat apa yang kita lakukan sehari2. Lebih2 lagi perbuatan kita yang menyalahi ikrar penyaksian itu kita lakukan di hadapan orang lain terutamanya pada yang bukan muslim. Bukan sahaja mengundang dosa buat diri sendiri, malah yang lebih memalukan, ibarat mencarik kesucian agama islam.



HUJAH



Andai suatu hari nanti ketika berkumpulnya seluruh umat manusia dihadapan Allah untuk dihisab, manusia yang berdosa mahupun yang bukan muslim akan ditanya



" Mengapa kau tidak mengikuti perintah tuhanmu??? "


Maka mereka yang ditanya itu akan menjawab dengan jawapan yang menggetarkan setiap inci tubuh badan kita.


" Kerana hambaMu yang tahu tetapi tidak menyampaikan kepada kami.."


Maka pada hari itu siapa yang rugi?


Kita adalah orang yang rugi dan begitu celaka sekali lantaran tidak dapat melawan hujah mereka. Sudahlah dosa akibat kealpaan diri sendiri sudah menggunung, digandakan lagi dengan dosa2 mereka. MasyaAllah.... dimana ingin kita palingkan wajah kita dari Allah???






6 comments:

  1. skyline nissan laa..bkn toyota..hehe
    good info..

    ReplyDelete
  2. salam..

    nice one..matome SH..akak pun xbole tulis lagi.:(
    ..bagi nik bace..hr tu ade soklan psl SH akak suh dia pk..hihi

    ReplyDelete
  3. syukran.. bukan fza tak nak ltak pktaan SH tu.. sbb ade benda yang fza kna ptimbangkan..
    rasenye byak lagi fza tak blaja psal SH tu. Ni baru blaja skali.. baru muqaddimah.. huhu

    ReplyDelete
  4. salam....

    terkesima akak baca..=)
    matome yg menarik....SH satu tajuk yg berat, tp penjelasan sebegini maybe blh mudahkan org yg 1st time blaja ttg SH utk faham..
    keep up the good work^_^...

    salam sayang dr bumi meropolitan kobe..hihi=)

    ReplyDelete
  5. hahha..da agak da..kak rahmah akn ckp gtu..em...sbb aku pnh tny n mncari padanya dulu..
    what a good post..really like it..ri tu..ngtkn ko nk cter ape r pasl post 'saksi' ko ni..ini rupenyer...br terbacer td...heheheh.....tgorla aku klo aku wat silap n terlupa sebentar kpdNya taw...love u...

    ReplyDelete