Pages

terBALIK

Aku tertarik dengan satu rancangan televisyen yang aku tonton sebentar tadi. Dokumentari berkisar kisah kehidupan sebuah keluarga yang aku kira ter'balik' berbanding keluarga biasa.

Ayahnya tidak bekerja, seorang 'sura rumah' sepenuh masa. Menjaga makan pakai isteri dan anak2.

Ibu seorang pekerja pejabat yang aku kira menduduki jawatan eksekutif di sebuah syarikat di bandar Tokyo.

Mereka mempunyai dua orang anak perempuan. Usia mereka sekitar 9~ 10 tahun.

Ayahnya akan membuat rutin harian seperti seorang suri rumahtangga lakukan. Ke su-pa- ( supermarket ) setiap pagi membeli sayur2an, ikan dan daging. Selepas pulang ke rumah, beliau akan menyediakan juadah tengahari, menguruskan anak2 dan membersihkan rumah.

Si ibu sibuk bekerja seperti pekerja2 syarikat yang kita sedia lihat dalam televisyen. Hampir setiap hari bermesyuarat, pergi ke pejabat pada awal pagi dan pulang lewat ke rumah sekitar jam 11 malam.

Apa yang membuatkan aku terharu dan tertarik hati dengan rancangan ini ialah bagaimana kesibukan si ibu dan peranan si bapa sebagai 'sura rumah' ini pada pandangan mata anak2 mereka. Maklumlah, kanak2 ini belum bisa lagi untuk menipu dan apa yang lahir dari bibirnya adalah tulus dari hatinya yang jujur.

Satu ketika kedua2 anak permpuan ini di tanya oleh wartawan di hadapan ibu mereka,

Wartawan : Ayah buat apa sepanjang hari di rumah?
Anak 1 : Ayah uruskan makan pakai kami. Masak, kemas rumah, pergi ke su-pa-.
Anak 2 : Betul tu. Betsuni kami tak perlukan ibu pun untuk semua ni
( 別に母はいらないよ!)

Selepas mendengar kata2 pedas dari mulut anak2 itu, si ibu menoleh lantas berkata

Ibu : Janganlah cakap macamtu nak. Sedih ibu
(そんなに言わないで。。。)

Ketika iu tiada langsung riak kesal mahupun secebis kasihan yang terlukis diwajah anak2. Cuma,

Anak 1 : Tapi, dulu ibu pernah cakap yacin ( sewa ) rumah ni macammana nak bayar kalau
ibu tak kerja kan..

Si ibu tersenyum ketika itu. Mungkin sedikit lega kerna mendapat ' sokongan ' sebegitu rupa dari si anak.

Sebelum wartawan itu menanyakan soalan kepada anak, dia bertanya kepada si ibu

Wartawan : Awak rasa apa perasaan anak terhadap awak ?
Ibu : Entahlah, saya pun tak tahu apa perasaan mereka. Takut untuk saya bertanya


Tidak perlu rasanya untuk aku ulas panjang rancangan ini. Rasanya masing2 boleh fikirkan apa yang tersirat disebaliknya. Cuma aku terfikir, ibu bapa yang bermati-matian mencari wang memenuhi tuntutan materialistik atas dasar sayangkan anak2 hanya menumbuh benci dalam jiwa mereka.

Bukan duit yang anak mahukan. Tapi perhatian dan kasih sayang.



No comments:

Post a Comment