Pages

Jiwa halus itu jiwa seni




Masuk penggal ke dua pengajianku di Yamaguchi University ini, aku mula sedar bahawa aku semakin bosan dengan satu macam bidang sahaja. Terasa kebolehanku makin tumpul, jiwaku makin keras membatu, dan mindaku hanya berfikir secara analitik semata2.

Kebetulan kami sebagai pelajar asing di universiti ada ditawarkan untuk mengikuti kelas shodou ( kaligrafi jepun ). Antara penyesalanku semasa di semester pertama adalah tidak merebut peluang mengikuti kelas ini atas alasan sibuk ( baca: malas untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar akademik ). Walhal ini peluang yang begitu berharga bagi pelajar asing sepertiku untuk mempelajari budaya masyarakat Jepun sementara aku masih punyai ruang dan peluang aku di bumi ini. Selain " emas " segulung ijazah, insyaAllah aku percaya jika kita bijak mencari ruang dan peluang, akan banyak lagi nilai "emas" yang akan kita bawa pulang.

KELAS KHATJEPUN

Hasil tulisan dari kelas khat jepun ( shodou ). Yang berwarna oren itu kepunyaan senseiku.



Aku lebih gemar memanggil kelas ini sebagai kelas khat jepun. Ianya mengingatkan aku akan seni khat yang pernah aku pelajari dari sekolah rendah seawal usia 7 tahun lagi. Namun, setelah lebih kurang 5 tahun aku meninggalkan seni ini, perasaan ingin mempelajari seni tulisan ini semacam menguasai diri. Tanpa berfikir panjang, aku pun mengisi borang dan mengambil keputusan menyertai kelas shodou ( khat jepun )

Setiap hari khamis jam 4 petang aku mengayuh basikal menuju ke kelas shodou di sekolah. Cuaca yang semakin hari semakin sejuk dan gelap ini kadangkala menjadi satu cabaran yang besar kerana kelas ini biasanya tamat pada jam 5.40 petang iaitu tatkala mentari sudah lama terbenam. Walaupun kelas ini hanya disertai tidak sampai 10 orang pelajar, tapi bagi aku keseronokan bukanlah datang dari berapa ramai pelajar yang datang. Ketenangan, seni yang halus dan suasana yang tenteram yang aku perolehi ketka menghadiri kelas ini cukup bagiku sebagai suatu kepuasan yang tidak berbelah bahagi.

Ketenangan, ketelitian dan fokus

Antara perkara yang aku cukup titik beratkan semasa mempelajari khat jepun ini. Dimulakan dengan kalimah basmalah, aku mencelup berus ke dalam dakwat. Kemudian, tanganku dengan perlahan melakarkan contengan huruf kanji dan hiragana di atas sekeping kertas yang nipis sebesar kertas A4. Pernah sekali dalam suatu ketika, fikiranku kacau dan jiwaku tidak tenteram, habis tulisan yang ku buat semua tidak menjadi. Walaupun semudah menulis huruf kanji 十。

Benar, yang halus itulah jiwa yang seni.

Aku sangat tertarik dengan mereka yang punya kebolehan ini. Mempunyai jiwa yang halus, sehalus seni ini. Tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun mereka berada, tapi punyai minat dan kebolehan dalam seni ini aku kira suatu bonus yang tidak ternilai harganya. Sejak aku menyambung pelajaran di Jepun ini, aku ketemu dengan ramai teman2 yang punyai jiwa2 yang halus ini. Ada yang minatnya ditumpahkan pada penulisan sastera, ( puisi, cerpen dsb ), menulis blog, dan yang paling terkesan dalam hati aku pabila ada antara temanku yang masih menulis seni khat ! ( temanku ini lah membakar kembali semangatku untuk kembali mempelajari seni tulisan. Kredit dan jazakallah ku ucapkan padamu ).

Seni menterjemah apa yang di rasa.

Aku kira ramai di kalangan temanku yang jenisnya pendiam seribu bahasa. Tapi bila berkarya, dialah ratu, dialah wira. Kadangkala mereka yang memiliki jiwa yang halus ini sukar untuk di fahami apa yang bermain dalam kotak fikirannya. Tetapi yang pasti, teman2ku yang semacam ini menterjemah apa yang di proses di minda, yang difahami di hati menjadi sebuah tulisan untuk tatapan. Kadangkala sarat dengan nasihat yang terlalu berharga. Butir kata yang keluar dari bibir mereka ini terselit seribu makna. Orang yang dilihat mempunyai fizikal yang sasa, hati yang membatu dari pandangan mata kasar, aku percaya dia adalah antara orang yang punyai jiwa yang paling lembut dan halus jika dia adalah ahli seni.

Ohh.. maaf ya. Entri aku kali agak kecelaruan di penghujungnya. Bermula dari seni khat, berakhir dari sastera dan tulisan. Tapi yang penting, apa yang aku ingin sampaikan, jiwa yang halus itu adalah jiwa yang seni. Tiada seni petanda jiwa yang mati.

Bukankah Islam suatu agama yang penuh seni? Al-Quran yang didalamnya terkandung kata2 yang sarat dengan nahu, balaghah dan berbagai kehebatan seni berbahasa yang terkandung di dalamnya. Malah, dakwah itu juga seni jika kena cara mendekati jiwa manusia.

P/S ; aku agak kritikal seandainya ada antara mereka yang memperkotak-katikkan sastera.
" sastera itu leceh, sastera itu putar belit ". Sebelum kau ingin berkata begitu, selak dulu wahyu tuhan!

3 comments:

  1. Fuhh. Pengalaman menarik. Ada seniorku (Fukushima) dia menulis khat jawi Arab dengan seni Jepun. Terjual berpuluh mang. Dahsyat.
    Aku pun macam teringin nak belajar secara formal kelas shoudou ni.

    ReplyDelete
  2. keren!!
    gambar shoudonya nggak ada lagi?

    bikin tutorial hiragana a sampe n shoudo dong.. >_<!!

    ReplyDelete