Satu kelainan untuk pagi ini. Dengan izin Allah aku cuba mencari kelainan . Sekian lama sejak cuaca sejuk menjengah, aku begitu liat untuk bangun pagi. Sebelum ini, setiap kali bangun, pasti ada terselit sesal dalam hati.
" Ala.. bangun lambat lagi.."
Walaupun jam di telefon bimbit sudah ku laraskan. Tapi aku masih bangun lambat. Aku tidak pasti, adakah dalam tidak sedar aku tewas dengan Laknatullah, ataupun memang aku sengaja mahu bermalas-malasan.
Tapi malam tadi aku nekad. Bukan setakat jam di telefon bimbit aku laraskan, malahan jam loceng yang sudah lama tidak aku gunakan, aku laraskan juga. Sebagai persediaan. Sebagai ujian. Sampai bila aku tertewas untuk bangun lambat. Jika aku terlambat lagi, tahulah aku akan tahap ke'lut'an aku untuk bangun.
JAM 5.15
Alhamdulillah. Terbangun aku pada jam 5.15 pagi waktu Yamaguchi, Jepun. Tapi aku tidak bingkas bangun. Masih lagi mahu 'menenggelamkan' diri dalam futon yang hangat. Terasa masih lagi mahu bermalas2. Aku keluarkan tangan kananku dari futon dan ku capai tetikus. Aku klikkan pada senarai surah dari laman web Quran Explorer.
" Erm.. hari ni Surah al-Insan la.."
Surah al-Insan menjadi pilihan untuk aku tadabbur. Aku capai naskhah terjemahan al-Quran. Alunan suara Misyari-Rasyid yang enak aku hayati. Aku mulakan tadabbur sejurus bacaan al-Quran bermula....
" Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa yang ketika itu belum merupakan yang dapat disebut?..
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur ( sperm + ovum ) yang Kami hendak mengujinya dengan perintah dan larangan. Kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.." ( Al-Insan 76: 1~2 )
Aku terdiam.
Lama..
Terasa makin lama dada makin sebak.
" Sungguh, kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur... ( Al-Insan 76: 3)
Aku teringat bait kata dari puisi karangan Fahd Razy yang aku baca semalam. Judulnya Perkarangan Maut 3. Entah berapa kali aku ulang baca bait ini..
Di sidang zulmat ini
kita adalah si bisu yang berpidato dengan Munkar dan Nakir
menterjemah
tafsi cinta dan pengabdian.
Segala persetiaan para arwah di Luhulmahfuz yang didustai
Entah kenapa tiba2 terpalit rasa malu dan takut yang amat. Mengenangkan janji2 pada Rabb yang telah dimateri ketika aku masih di alam ruh dulu.
" Sesungguhnya mereka itu mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan hari yang berat ( hari akhirat ) di belakangnya..." ( Al-Insan 76: 27)
Teringat aku akan ayat Quran yang pernah aku baca. Tidak kuingat surah dan ayat yang mana. Tetapi mafhumnya lebih kurang begini. Ketika di akhirat nanti baru akan terasa bahawa singkatnya hidup di dunia. Sesingkat satu hari.
Aduhai sekejapnya dunia. Dunia yang menipu. Tapi aku seringkali hanyut dengannya.
Satu hari, aku buka pili air panas di bilik mandi, ( aku tidak tahu berapa suhunya kerana di rumahku tiada pelaras suhu ) aku tadahkan air panas ke baldi. Berasap-asap. Aku sengaja celupkan kaki ke dalamnya.
" Aduh!!! Panasnya..."
Aku sedar bahawa aku tidak mampu ( baca : selamanya tidak mampu ) untuk menahan kepanasan yang sebegitu. Apatah lagi api neraka. Tak terbayang rasa perit memakan buah Zaqqum yang panas, lagi berduri. Air dari timah yang di lebur, dari nanah yang panas mendidih. Seringan-ringan azab neraka bagi Abu Tholib adalah memakai terompah neraka yang bisa membuatkan otaknya mendidih.
" Ya Allah.. aku tidak mampu menghadapi nerakamu.."
Aku mahu jalanku lurus selamanya. Tapi aku tahu aku cepat lupa. Aku cepat leka. Hari ini aku katakan dunia itu hanya mainan. Takut2 satu hari nanti dunia itu tujuan. Na'uzubillah..
Wahai Tuhan Yang Maha Kuat, berikan aku kekuatan untuk bersabar mentaatimu. Pimpin aku agar tak jatuh dalam jurang nerakamu..
" Sungguh, ayat2 ini adalah peringatan, maka barangsiapa yang mengkehendaki ( kebaikan bagi dirinya ) tentu dia ambil jalan menuju TuhanNya..
Tetapi kamu tidak mampu (menempuh jalan itu ) kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. " ( Al-Insan 76:29~30 )
Aku bangun keluar dari futon seraya menunaikan kewajibanku yang lain.
Alhamdulillah..
Allah Maha Pengasih telah mulakan pagiku dengan al-Insan...
寒い、寒い、寒い
ReplyDelete寝れば、良いね~~
ずっと寝てしまったら。。やばい!!
^_^
p/s: xleh tido sampai subuh. 結果、conteng kat blog orang. ^_^
en. jahagifu..
ReplyDeletesejuk sangat...
sebab tu ker enta tak stat lagi entry baru?