Pages

Hadiah buku buatku

Ketika di Malaysia, tempat yang paling membuatkan aku teruja ketika mengunjungi Pusat Beli Belah Mid Valley adalah MPH Book Store. Bernafas di situ terasa segar dengan aroma helaian kertas2 buku. Melihat susunan buku2 di rak menambahkan rasa ghairah dalam diri. Ghairah dengan buku. Ghairah dengan ilmu.

Setiap kali ke Mid Valley, tempat itu akan ku kunjungi. Bahagian pertama yang akan aku tuju pastinya bahagian novel2 Melayu. Kemudian bahagian buku2 agama, selepas itu selalunya aku akan berlegar2 di situ. Jika aku 'gatal tangan', aku akan membelek2 ensiklopedia yang aku tahu aku tidak mampu memilikinya.

BUKU

Aku pun tidak mengerti kenapa aku berasa begitu bahagia dan teruja bila mendapati ada susunan buku yang bertimbun di hadapan mata. Tidak kisahlah jika buku itu di dalam rak, bersepah di atas meja dan sebagainya.

Malah aku sangat teruja pabila aku mendapati adanya sebuah rak khas atau perpustakaan mini dalam mana2 rumah yang akan aku kunjungi. Ternyata, aku sangat menyukainya!

HADIAH BUKU UNTUKKU

Aku tidak tahu bila mana rahmat Allah ini datang melimpah ruah, teman2 dan orang yang aku sayang ( baca : akhawwat, sahabat ) menghadiahi aku buku. Antara buku yang pernah ku peroleh dalam tempoh setahun ini ;

1) La Tahzan " Jadilah Wanita Yang Berbahagia " - hadiah hari lahir-
2) Petua menjadi wanita solehah - hadiah hari lahir -
3) Azab bagi wanita - hadiah hari lahir -
4) Bagaimana menyentuh hati - pemberian Kak Awin tersayang sebelum aku terbang ke sini -
5) Sebuah buku nota dari Langkawi - hadiah hari lahir -
6) Surat-surat perempuan Johor
7) Bahasa Bumi

Jazakumullah ku ucapkan buat mereka semua. Sesungguhnya dengan izin Allah, kau meninggalkan kenangan dan ingatan padamu yang aku akan kenang sampai bila2.

p/s : kerinduan untuk mengunjungi MPH Store Mid Valley, pustaka mu'min... bukan hanya disebabkan adanya buku. Tapi pernah terpalit kenangan2 di sana. Doakan aku dapat berkunjung ke sana jika pulang ke Malaysia, ya?

2 comments:

  1. surat surat perempuan johor tu menarik kan? :p

    ReplyDelete
  2. memang sangat menarik.. athiqah try la bace ek

    ReplyDelete