Pages

dari satu ke dua



" SELAMAT TINGGAL SATU "


Dua dekad ' satu ' mengiringi diri. Dari aku lahir kau disampingku. Sudah sampai masa untuk kau meninggalkan aku.


" Oo budak ni baru satu hari..."


" Eh, dah sebulan ( satu bulan ) ?..."


" Dah setahun dah budak ni, padanlah dah pandai jalan. Cakap pun dah petah..."


Itu mungkin cerita atau pendapat orang tentang diriku bila ' satu ' itu ada di sampingku. Terasa belum jauh lagi ku tinggalkan zaman itu. Terasa bagai semalam baru belajar bertatih dan berkata2, tapi sekarang aku sudah sama tinggi dan sama duduk dengan mereka yang dewasa.


AKU YANG DULU


Membesar dulu di kem lapangan askar. Membuatkan hati ini bercambah tunas keinginan untuk menjadi seorang perajurit. Bila memasuki zaman persekolahan, terasa seronok bila melihat guru2ku mengajar. Terus keinginan untuk menjadi seorang guru tersemat dalam hati. Bukan setakat itu, bila minat memasak menguasai diri, teringin pula hendak menjadi chef. Ah! ada2 saja aku ini. Sekejap itu , sekejap ini. Hehe..


Memang terasa waktu kecil dulu sentiasa ingin mencapai yang terbaik dan rasa seronok dengan apa yang di buat. Tapi aku akan buang jauh2 perkarayang aku tidak suka. Teringat aku ketika aku dalam darjah 4. Entah kenapa, aku cukup tidak minat pelajaran sains. Biasalah, untuk perkara2 yang mengundang rasa tidak minat ni akan ku tempatkan jauh ke belakang. Keputusan untuk pelajaran ini selalunya teruk. Paling baik pun setakat B. Paling biasa, C. Naik darjah 5, aku mula sukakan sains. Kalau tidak silap, dalam darjah 5 inilah aku pertama kali mendapat A dalam peperiksaan. Dari situ, minatku pada sains kian bertambah sehingga aku kini melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan sekarang.


Zaman kanak2. Penuh gembira. Tangisku ketika itu hanyalah jika keinginanku tidak dipenuhi. Tidak dapat mainan yang aku ingini misalnya. Di marahi emak, abah,dan kadang2 guru2ku. Tangisku jua pabila aku dalam kesakitan. Kesakitan akibat kecederaan yang zahir. Marahku pula datang pada bila2 masa. Tanpa mampu aku kawal. Kadang2 tidak sengaja juga marah pada emak, pada abah, pada kawan2, apatah lagi pada adik2.


Berlalulah zaman kanak2 yang aku kira penuh manis. Andai terselit duka pun aku kira tidak berbekas dalam hati. Andai terluka, hanya menangislah penawarnya.


AKU YANG REMAJA


Alhamdulillah, minatku untuk belajar tidak pernah padam. Rasa seronok ingin belajar itu masih terpasak dalam diri. Aku kira pada zaman remajaku ini, sifat girang keanak2an menghiasi diri. Aku berkawan dengan semua orang. Dari yang bertudung labuh yang tersipu2 hingga ke ' mat rempit' sekolah. Seronok berkongsi cerita dan belajar dengan semua tanpa aku 'kategori'kan mereka. Aku habiskan sebahagian besar masaku di sekolah berbanding masaku di rumah. Pergi ke sekolah pada awal pagi ketika matahari masih malas2 ingin menjelmakan diri. Pulangnya aku ketika matahari sudah menyembunyikan diri. Sangat sedikit masaku untuk keluarga. Huhu..


Perangai keanak2an masih tetap mengiringiku walaupun aku sudah berada dalam tingkatan 6. Kata2ku pada teman2 sekelasku ketika itu hanyalah


" Ala, aku kan budak2 lagi... "



Membuatkan aku terus menerus menganggap diriku masih anak kecil. Yang hidup sehari2nya hanyalah untuk bermain2. Langsung tidak ambil endah hidup sehari2. Mungkin juga masih kurang peduli perasaan teman2 lain. Sehinggalah pada suatu hari aku berkata dengan kata2 yang sama pada seorang temanku. Sambil mengukir senyuman yang mulus, temanku berkata...


" Enti, Nabi Muhammad SAW sukakan orang yang matang. Walaupun bukan matang dari rupa paras, tapi matang fikiran itu pun memadai....."


" Ooo ye... kiranya nabi sukakan orang yang matang la ye?..."


Kata2 itu insyaAllah masih berbekas dalam diri. ' MATANG '. Lain benar maksudnya dengan tua. Tak semestinya matang itu untuk mereka yang tua. Jika berwajah matang tapi tidak matang, itu bukan matang namanya.


MENJEJAK DEWASA


Baru celik erti matang. Keinginan menjadi seorang yang matang mula menerjah dalam diri. Sekolah menengah ku tinggalkan setelah hampir lima tahun aku di sana. Pengajianku dalam tingkatan 6 tidak sempat aku habiskan lantaran mendapat tawaran belajar di tempat lain. Namun dua tahun yang aku lalui semasa pengajianku dalam tempoh persediaan benar2 menguji. Pengalaman pertama kali menetap di hostel dan berjauhan dengan keluarga dalam tempoh masa yang agak lama. ( Seminggu aku kira lama pada saat itu ) Kalau dulu, barang milikku hanya milikku. Namun kini, aku tinggal bersama teman bilikku. Ada bahagian yang perlu aku kongsi. Rasa tidak puas hati kadang2 datang tanpa sedar. Namun masa yang berlalu membuatkan aku makin terdidik dengan kehidupan. Mulanya agak terkejut juga kerna tidak bisa mebiasakan diri dengan kondisi ini. Tambahan pula teman2 yang datang dari pelbagai tempat dan latar belakang. Bergaul, belajar dengan mereka membuatkan aku terasa hidupku semakin diwarnai. Semakin ceria walaupun adakalanya hati terluka, terasa.


Jika aku menangis pada saat ini tangisku bukan kerna perkara2 yang ringan. Tangisku bukan kerna kecederaan fizikal. Tapi kecederaan batin yang terhiris. Marah tidak perlukan aku mengangkat tangan atau sepak terajang seperti mana pernah aku buat pada zaman kecilku. Cukup marahku dalam hati. Cukup rasa marah dengan mimik muka dan kadangkala tutur bicara. Ketika ini yang penting aku kira adalah hati dan akal. Sejauh mana, akalku menilai dan hatiku menimbang tara. Kerna itu kemaafan itu cukup berharga.


Ini perjalanan sebuah kematangan. Jatuh bangunnya aku ketika ini sebagai pelajaran menempuh hidup.


AH! SUDAH 20


Semalam aku 19.

Hari ini aku bangun dan bernafas sebagai 20.

Tiada beza udara semalam dengan hari ini. Tapi aku hairan. Dua puluh tahun lepas aku hidup tanpa tahu kenapa aku di lahirkan. Tidak pernah mengambil tahu matlamat hidup sepanjang aku di usia lepas.


Rugi.


Rugi untuk 20 tahun.


Umurku meningkat dan ajalku makin dekat. Dunia hanya mainan. Bukan taman yang kekal.


Moga saat yang aku tempuhi ini penuh makna. Moga makin dekat pada yang menciptakan aku!




10 comments:

  1. asslamulaikum..

    selamat hari lahir cucu..

    moga Allah sayang kamu selalu..amin~

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir.

    dan selamat datang ke alam dewasa dan matang.

    ReplyDelete
  3. Aku pula banyak habiskan masa di rumah, aku sangat seronok di rumah sendiri. Biar kecil dan sempit, tapi suasananya amat meriah kami enam beradik. Rumahku syurgaku.

    p/s: Hah, apa lagi? Hadiahkanlah diri sendiri dengan wordpress. Bila lagi mahu berjinak, kan? Hihi. Selamat hari lahir.

    ReplyDelete
  4. huhu...

    to my senpai, zaki:
    huhu.. time kasih rasa berdebar2 nak masuk alam dewasa.
    Lepas ni boleh lah aku ' satu meja' dengan orang dewasa.. hehe

    To sangpelangi:
    Huhu... terharu sangpelangi wish birthday.. Time kasih. Wordpress? Hehe... tggu hari habis vote dulu

    ReplyDelete
  5. ~perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari,umurku berkurangan akan tetapi amalanku tidak berrtambah~ (Ibn Mas'ud r.a.)

    shbtku yg tersayang,
    slmt ulgthn kelahirn..kini kau sudah dewasa...
    dewasa utk mnilai dunia ini dlm erti kata sebenar...moge perjalanan ke jalanNya yg bakal kita tempuhi kelak akan sentiasa diberkati...maafkn apa jua kesalahanku padamu selama ini...
    hahaha..ko da tuo..da 20..kne ayu2 r pasni...jadik wanita sejati..ops..wanita solehah..insyaAllah..amiinnn...
    selamat hari tua!!!

    ReplyDelete
  6. Tentang pindah ke wordpress tu, apakata kau 'cuba pindah' dulu. Kalau serasi dengan wordpress, teruskanlah. Kalau tak, kembalilah ke blogspot. Jangan nanti bila dah ke wordpress dan rasa tak serasi, ingin kembali ke blogspot, kan dah rugi masa dan pengunjung setia. Sekadar cadangan.

    ReplyDelete
  7. huhu...

    kne jadik ayu ka... sorewane chotto.. hehe

    time kasih tau.. sedap lagu yg ko nyanyikan untuk aku..

    ReplyDelete
  8. time kasih..

    tengah menimbang tara untuk ke 'rumah' yang mana. actually sedang dalam proses membina dan mencuba 'rumah' baru

    ReplyDelete
  9. Happy birthday.

    Selamat bergembira menjadi hatachi.

    ReplyDelete