" Ish.. ni first time Dena masak kari. Dulu mana pernah masak benda2 nih.."
Dena berterus terang ketika kami menjamu hidangan makan malam. Hidangan malam ini agak 'simple' berbanding malam sebelum2 ini. Kari telur dan sayur campur. Walaupun ringkas, tapi fuh! cukup menyelerakan.
Tiba2 Zam pula menyampuk
" Aku kalau bab2 kari ni memang aku belum pernah cuba masak lagi.. Malas aku kalau nak kena guna santan ni.."
Aku cuma membalas dengan kata2 menyindir
" Ala Zam kalau camtu,belum boleh di iktiraf Jawa lagi la.."
Kata2ku disambut helaian tawa teman2 yang lain. Seperti biasa, tidak sah jika makan malam kami tidak diselangi senda gurau dan usik-mengusik antara satu sama lain.
CERITA ZAMAN DULU
Suatu hari..
" Mak, mak nak masak apa hari ni..?"
Seperti biasa aku bertanya pada mak apa menu makan tengah hari pada hari itu.
" Mak nak masak kari hari ni. Fizah masak ye ? "
Ish, kari ke?
" Ala mak.. kalau kari ni Fizah tak pandai la. Erm, tak reti. Nanti kang kalau Fizah masak, 'santan pecah'la, kuah cair la, ikan tu hancur la..."
Fuh, seribu satu alasan aku berikan jika aku diminta memasak kari ataupun masakan2 yang menggunakan santan.
Leceh. Banyak kerenah
" Masak ayam ni dengan santan cair. Nanti kalau ayam dengan kentang dah empuk, baru masukkan santan pekat.."
" Api tu jangan bukak kuat sangat. Kang santan tu pecah nanti..."
Itu antara pesanan mak (baca : peraturan) untuk masak makanan bersantan. Masakanyang bayak kerenah, yang aku fikirkan agak leceh, secara automatik keluar dari senarai makanan yang aku akan masak. Kerana prinsip memasak aku hanyalah ' dasar campak dan masak '.
ALKISAH TERINGIN MAKAN KARI
Bila dah belajar di Jepun ni, bila keinginan mahu makan kari itu makin menebal, mahu tak mahu terpaksa jugalah gagahkan diri untuk masak makanan yang dulunya aku tolak tepi.
Perkara pertama yang aku buat adalah, aku buang peraturan memasak kari yang mak aku aturkan.
Perkara kedua adalah menerapkan 'dasar campak dan masak ' untuk memasak kari.
" Maafkan Fizah mak.. hehe.."
BUKAN TIDAK MAHU
Bukan tidak mahu masak. Bukan tidak boleh masak. Cuma malas barangkali. Cara itu boleh dimudahkan, yang penting adalah hasilnya yang sama ataupun jika lebih bernasib baik hasilnya mungkin lebih baik dari yang asal. Santan kini aku gantikan dengan susu. Tiada lagi alasan leceh untuk mengasingkan santan pekat dan santan cair. Tiada lagi alasan takut santan pecah. Yang tinggal sekarang...
Nak buat atau tidak?
Nak makan atau tak nak?
Alah, apa salahnya cuba-cuba masak dengan petua ibu. Mungkin kau akan jumpa sesuatu menarik di situ. Santan pekat ada jual dalam tin rasanya. Cubalah cari.
ReplyDeletep.s: Amboi, pandai label jawa pada masakan santan ye? Santan tak ada pun, masih Jawa tau. (sebab aku jawa, tu yang cakap macam tu) Haha.
aku xminat ngt kari..sbb gune santan..sbb kolesterol..sbb kne jage kchtn..hehe..sebab n sebab..wlopon ade je kari keling kan..hikhik...
ReplyDeleteo0o.. ye ke?
ReplyDeletetak sangka sang pelangi ni jawa. Kita serupa.. hehe..
Bolehla lepas ni isi borang " PESATUAN JAWA JEPUN"
Haha..
ReplyDeleteNik, kalau tak kena cara masak kari keling tu, silap hari bulan, memang rasa tak sedap..
P/S : cuba buat kari ikan salmon ( sake ). Sedap tau!