kat Malaysia TAK BOLEH? kat sini BOLEH?
apa tu agaknya ye? mestilah berkaitan kat sini ada kat Malaysia takde...camtu ker?
違うよ!sebenarnya apa yang aku akan ceritakan nanti ni berkenaan sikap kita, menyalah gunakan kelebihan yang ada..erm, nampak macam isu serius jer...? mungkin tidak bagi sesetengah orang & mungkin ya..
situasi 1:
A: ko tengok nihonjin tu, pakai baju camtu kaler kuning, kasut dier kaler tu...bla2...
situasi 2:
B: sensei ni..ish..bla2...
2 situasi di atas ni mungkin sudah biasa berlaku dalam kehidupan sehari2an kita. Lebih2 lagi bila dapat belajar kat negara yang memang kalau kita cakap bahasa melayu pun dorang takkan faham..exp pada perkataan tertentu yang memang kena chuui kalau sebut depan nihonjin eg; mangkuk..cincin( pernah la jugak beberapa kali tercakap depan nihonjin & pastu kena pandang slack ngan dorang)tapi yang nak dihighlightkan kat sini sedar tak sedar dalam kita menggunakan kelebihan yang ada tu, kita menempah kecelakaan yang besar..iaitu "mengumpat & mengata" kalau kat Malaysia dulu mungkin dosa mengumpat dan mengata tu kurang sikit, kalo kat sini bertambah( nau'zubillah). teringat time skola dulu pernah belajar bab ni..izinkan untuk aku petik ayat2 Allah dri surah al-Hujurat:12
"wahai orang yang beriman! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari2 kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang"
Rasanya kalau kita tengok ayat kat atas ni dah jelas rasanya larangan Allah kat mengumpat dan mengata..walaupun bukan dengan nihonjin, kadang2 benda tu jugak yang lazim kita lakukan sesama kita..Moga2 aku, kau dan kita semua untuk baiki diri..Moga2 dapat jauhkan diri dari kemurkaanNya dan dekat kita padaNya..
No comments:
Post a Comment