Tepuk dada tanya minda.. dan aku rasa seelok2nya kita tak perlu terus nak menuding jari pada mana2 pihak sama ada pihak kerajaan Terengganu ataupun pihak pengeluar kereta tempatan itu sendiri. Sebab aku rasa masing2 ada hak dan alasan..biarkanlah..biarkanlah si luncai terjun dengan labu2nya..
MUTU BARANGAN = PEMIKIRAN KITA?
Teringat aku pada kuliyyah Mikhova beberapa minggu yang lalu. Membandingkan gaya berfikir Eropah, Jepun dan negara2 kelas yang sedang membangun. Gaya pemikiran Eropah mahupun Jepun tak kurang bezanya. Buat sesuatu sehabis baik yang mungkin. Bagi mereka tiada istilah "ala~ kalau sudah rosak baiki ataupun gantikan sahaja!" . Lain benar rasanya dengan gaya pemikiran kita (dan aku tak terkecuali). Buat asalkan siap. Tidak peduli dengan kualiti! Kalau dalam keadaan aku sebagai pelajar sekarang , kalau aku tak pedulikan kualiti dalam shukudai @ kerja aku, rasanya mungkin kesan buruk tu tertimpa pada diri aku sendiri..mungkin sensei akan marah..mungkin juga aku akan dapat markah yang sikit..dan aku sendiri takkan puas hati dengan aku, sebab aku tak mampu berikan yang terbaik untuk diri sendiri..
TAPI..cuba kita fikir sejenak..andainya sikap negatif aku terbawa2 sampai aku berkerja mahupun berkeluarga. Kesan buruk tu bukan hanya tertimpa pada aku sendiri tapi mempengaruhi orang lain juga. Seandainya aku salah seorang jurutera yang bekerja di PROTON, mungkin aku salah seorang yang menyebabkan Perdana V6 yang ada tu cepat rosak..dari segi keluarga, tak terbayang rasanya kalau aku ala kadar dalam menyediakan keperluan rumah tangga. Masak asalkan masak, tak peduli menu..selera ahli keluarga. Kalau kemas rumah pun alah kadar..silap hari bulan haru biru keluarga aku!
PERUBAHAN DARI KITA..
“we’ve only got one life, and we’ve got to do the best with it. And you’ve got to find the right path, and when you do, you know it. I pray that you find the right path. Insha Allah. GOOD BYE, ASSALAMUALAIKUM!”
kata2 ini keluar dari mulut Cats Stevens @ Yusuf Islam tatkala dia baru memeluk islam. Kat situ dia nyatakan hidup kita hanya sekali. Dan untuk itu kita perlu buat yang terbaik. Sama ada gerak kerja kita, pemikiran kita, apatah lagi ibadah kita pada yang Maha Esa..
manusia ni fitrahnya sentiasa mahukan yang terbaik. tapi jangan kita lupa..bahagian "kiri" kita. Sentiasa menghasut diri kita untuk melakukan sesuatu yang buruk. Bertentangan dengan kehendak "kanan" kita. Nak mengalahkan bahagian kiri ni bukannya mudah. Perlukan kesungguhan..usaha yang berterusan. Janganlah kita mudah putus asa dan menyerah kalah. Buatlah yang terbaik. Kerna aku dan kau dilahirkan memang untuk menjadi yang terbaik..!
~renungan bersama untuk kau & aku..moga dapat kita perbaiki diri dalam kesempatan yang ada..kejarlah yang terbaik selagi terdaya..untuk hidup yang masih ada!~
kat sini baru tempat btul.... huuhu...
ReplyDeletekereta mahal2 nak wat ape? kalau rakyat hidup susah, pemimpin bleh ke nak hidup senang lenang? kalau kata nak jaga imej, nak menunjukkan ke'profesional'an, takyah ader kereta mahal pon takper. Nabi bleh jer hidup sedehana, sedangkan, ada jer sahabat2 yang lain yang hidup lebih berharta daripada nabi. ini bukan masalah imej ke profesional ke, ni masalah sikap dan tanggungjawab. kan lagi bnyk faedah kalu wat kenduri, bg makan fakir miskin. pemimpin disayangi, rakyat senang hati.
gomen ^_^ conteng sket.
huhu..terbakar rasanya mbaca komen dr en.jaha ni. tq..saya dpt ibrah yg lain slaen drpada apa yang saya fikirkan..kalau sebelum ni saya tfikirkan soal kualiti dalam mlakukan sesuatu perkara..kali ini en.jaha tambahkan lagi point yg saya kira sgt penting..syukran jazilan~
ReplyDelete