Pages

hasrat yang terpendam..



10hb Julai 2008..khamis 7 rejab 1429h
ku lalui hari ini dengan tenang..barangkali kerna kelas hanya bermula sekitar jam 12.50 tengahari..jadi aku mempunyai masa yang lebih untuk mengurus diri sendiri..
dan kini aku ingin berkongsi apa yang terlintas dalam hati..
kelas kokusai kouryuu.. bermula pada jam 4.10 petang..topik seperti biasa, internalization..globalization..communication..& macam2 lagi tion..
maa..cuma kali ini sedikit istimewa. Dengan kehadiran sensei jemputan dari Tokyo yang kalau tak silap aku seorang penyanyi orkestra dan pernah menetap beberapa tahun lama di luar negara..
TAPI..
siapa dia bukan ini yang akan ku cerita..tapi apa yang terlintas di kepala ini yang akan ku kongsi sama..bila bercakap soal KOKUSAI KOURYUU ni, hati ni akan sentiasa bertanya..
aku hairan kenapa NIHONJIN bagaikan takut2 untuk mendekati GAIJIN seperti aku ni..
adakah kerna aku bertudung? xberkulit cerah seperti mereka? mungkin juga takut untuk speaking english?
bukan aku nak mencari salah..jauh lagi untuk menuduh..tapi cuma itu kelainan yang dapat aku perhatikan..Alhamdulillah aku dapat terima..cuma bagi aku, aku rasa mereka perlu DI AJAR supaya rasa sensitiviti itu ada dalam diri..mungkin bukan sekarang..yang aku pasti aku berharap suatu hari nanti mereka akan mengerti..
itu monolog pertama..yang ini kubawakan persoalan yang kedua..
saat Naim meluahkan pada sensei tentang kesukaran untuk berkrouyuu di sebabkan kelemahan berbahasa, aku tahu itu juga kelemahan aku yang paling utama..
sebagai pelajar aku tak nafikan keghairahan untuk bertanya, berkongsi idea, bergelak ketawa..
tapi itu semua sekadar hasrat yang terpendam..sekadar mampu terungkap di hati..
BAHASA..aku harap dengan masa yang ada dapat aku memahirkan diri..moga ada kekuatan untuk diri ini terus berusaha..insyaAllah masa masih ada..








2 comments:

  1. nk kouryuu? budak2 muda sket mcm dekat dai mmg susah sket nk kouryuu. tak tau la apasal. tp kalu ko cari makcik pakcik yg tua2 tinggal sorang sorang. diorang ni friendly gile. selalunye diorang layan kita mcm nihonjin je. ada gak yg layan mcm anak sendiri. maybe sbb diorang ni agak lonely. tp sebab diorang anggap kita mcm nihonjin biasa, kadang2 susah nk paham apa yg diorang ckp, sbb ada yg tade gigi, suara serak abis, pastu hougen pekat. haha tapi boleh la layan. kalu tak caya tanya en shukri. dia penah dok kat apato yg dia je org muda kat situ. yg lain sume tua. kalu terserempak kat luar mesti diorang tegur. aku pun penah ditegur beberapa kali masa aku tidur kat umah mame tu. sampai dia boleh ingat aku.

    ReplyDelete
  2. berkali2 aku pikir sape en shukri yg dimaksudkan.mame rupenye...

    ReplyDelete