Pages

sushi jadi realiti..


tanggal 5hb julai 2008..
insya Allah aku tak lupa tarikh tu..pada hari ketika nas, dena, zam, mame, kak yati, ustad, n budak JAD bergembira meraikan tanabata sai kat yamadai..aku yang ketika itu sendirian bersama senpai2 yang lain lain pula kisahnya..mana tidaknya tragedi menyayat hati "mengidam" sushi berbulan lama kini menjadi realiti..ALHAMDULILLAH.. perancangan dan ketentuan Allah tu lebih sempurna..setelah kepingin hampir sepurnama lamanya..maka betullah pesan senpaiku dulu..di petik dari kata2 A Samad Said..insyaAllah aku tak akan lupa sampai bila2.."Segala yang dihasrat Tapi tak terdapat Adalah nikmat Yang paling padat"..sushi yang kelihatan di hadapan mata bagaikan nikmat yang tak terhingga..kebetulan pada saat itu perut "berkeroncong" memainkan lagu2 mahu minta di isi..sushi tamago, maguro hanba-gu, kani sushi, "kuih bom" mitai, melon..etc..ku santap dengan penuh nikmat..bagai derita kepingin begitu lama hilang sekelip mata..
jujur untuk aku katakan..aku belum pernah kepingin suatu benda sebegini hendaknya..dan bila mendapatnya belum pernah aku rasakan sebegini nikmatnya..
P/S; thanx senpai yang bawak n sama2 gi makan sushi malam tu..kalian cukup memahami..kpada NAS..gomen terpaksa dgar aku cakap "aku pas hati makan malam tadi" sampai berbelas kali kerana kau takkan faham perasaan aku ni..

No comments:

Post a Comment