jumaat 15 rejab1429h
teringat aku akan kata2 Emde Sensei dalam lecture terakhir Doitsu Go( german language) pagi tadi..membandingkan keadaan pembelajaran di universiti Jepun dengan sistem pembelajaran di koukousei (high school bandingan ini timbul memandangkan student Jepun yang tak berapa minat dengan jugyou Emde Sensei ..mungkin sebab ini jugyou yang terakhir,akhirnya sensei luahkan apa yang terpendam di hati dan buat sedikit perbandingan student nihonjin dengan student German..aku dan Nas yang bukan Nihonjin mahupun Germanese hanya berperanan jadi orang tengah..jadi pemerhati..dan sama2 berfikir dengan mengaitkan kata2 sensei dengan situasi di Malaysia sekarang..
Menurut Emde Sensei, student german ni dikoukosei dulu tak pentingkan sangat shiken i. Tapi, apa yang di utamakan hanyalah sekkyokutekini@ tidak semasa belajar, mahupun semasa menjalankan aktiviti di sekolah..dari situ kebolehan dan bakat seseorang di asah dan dinilai. Dan memang berbeza dengan nihonjin yang mana koukosei ni la "zaman derita" mereka semua. Masakan tidak, masa keseronokan di sekolah di habiskan dengan BELAJAR! BELAJAR! & BELAJAR! semata2 untuk nyuugaku shiken punya pasal!
disebabkan dah chantou benkyou gila2 dikoukosei dulu, dapatlah masuk U yang di idam2kan..tapi antara sikap mereka yang boleh kita perhatikan, bila dah masuk U ni, memang mereka semua relaks~ "zaman derita" dah berlalu agaknya..begitulah pada pendapat aku.
BELAJAR HANYA UNTUK SHIKEN?
"hujung minggu ni tak leh gi mana2..aku nak studilah.."
"ko dah bengkyou untuk exam?"
"ada kakomon tak? senang sikit nak studi.."
-perbualan di atas tu memang berlaku tiap kali menjelang musim nak shiken..masa tu lah library penuh, rumah2 yang riuh rendah di malam hari akan jadi sunyi, rumah2 yang gelap biasanya akan terang sebelum subuh..semua gara2 shiken..!
NILAI ILMU
aku bukan orang yang genius..aku hanya insan biasa seperti kau juga..dan aku antara orang yang takut jika tibanya musim shiken ni..yang akan terlintas dalam kepala waktu tu cuma kerisauan yang tak sudah2. Risau kalau2 nota2 tak habis dihadam lagi..soalan2 belum sempat habis di bedah lagi..argh!!!
Tapi..aku cemburu bila melihat mereka2 yang tidak bersusah2 belajar untuk shiken ni..hidup seperti biasa..yang minat dengan novel tu, masih akan tetap dengan novel..yang minat menulis masih akan terus menulis..bagaikan pada mereka shiken ni tiada apa yang perlu dirisaukan..tapi, bila keputusan keluar mereka antara orang yang terhebat! Masya Allah...
pada aku, MEREKA bukan malas..mereka bukan tak mahu berusaha..tapi sebab mereka faham..
Ilmu yang dipelajari bukan terhad untuk shiken sahaja..tapi lebih bernilai dari tu semua..Ilmu untuk dipelajari..difahami..dan di amalkan dalam hidup..dan itulah sebenarnya matlamat kita menuntut ilmu..
bukannya seperti aku "DAH HABIS PEKSA LUPA SEMUA!"..
Dan mereka mungkin tak berapa memandang akan nilai A atau MANTEN dan sewaktu dengannya..tapi pandangan mereka jauh ke hadapan..! mengaplikasikan ilmu yang dipelajari..kerana untuk berjaya di dunia perlukan ilmu..begitu juga jika inginkan kejayaan di akhirat..semuanya perlukan ilmu..dan nilai ilmu tu dinilai sama ada diamalkan atau tidak dalam hidup. Dengan ilmu lah kita ni berbeza dan tinggi darjatnya dari mereka yang tak berilmu..
"...dan hamba2 yang takutkan Allah itu adalah dari golongan mereka yang berilmu" (surah fatir:28)
tulisan diatas sebagi renungan..jauh sekali untuk aku membanding2kan,memperkecil2kan,cuma ingin berkongsi apa yang terlintas di fikiran..moga kesilapan dapat sama kita perbetulkan..moga2 kita dapat nikmat menjadi orang yang berilmu..dapat aplikasikan untuk manfaat sejagat..dapat juga sama2 kita kenal Tuhan yang Maha Hebat!
" aku bercita2 mahu hebat seperti cendikiawan islam dahulu"
saya ada beberapa soalan ingin dikemukakan.
ReplyDelete1. peperiksaan itu tidak penting?
2. belajar kerana peperiksaan itu sesuatu yang salah ke? pernah terfikir x, banyak perkara kita buat kerana semangat. kalau xder semangat, memang nak wat sesuatu pon malas, dan nilai kerja pun akan menurun. jadi kita wat kerja, sepatutnya xyah semangat la kan ( sama la ke cam exam td, belajar kerana periksa)
3. belajar kerana exam, ada kebaikan?
sekian sahaja. terima kasih.
di koukousei? kokousei bermaksud high school student. sepatutnya di koukou je kot. post yg bagus. thanks.
ReplyDeleteuntuk en.jahagifu,
ReplyDeletebagi sayalah kan..
1)peperiksaan itu penting untuk menilai sejauh mana tahap kita dalam satu2 pembelajaran..tapi, apa yang boleh kita lihat sekarang, sistem pendidikan yang ada sekarang termasuklah di Malaysia ni semuanya berorientasikan peperiksaan. Sehinggakan peperiksaan adalah segala2nya.Tidakkah en.jahagifu terfikir pemikiran kita ni semakin terikat dan terhad. Susah untuk kita luaskan pemikiran..sebab hanya tertumpu pada peperiksaan.
2) Belajar untuk peperiksaan itu tak salah tapi yang penting tunjangnya bukan untuk peperiksaan tapi untuk memahami alam ini, mendekatkan diri pada Pencipta.
3)ada..yang pertama mungkin kita akan mendapat markah yang tinggi dalam exam tu (dengan izin Allah)dan akan beri kesan dalam hidup sebab kita akan dipadang tinggi pada pandangan masyarakat..
tapi bagi saya itu semua tak kekal dan takkan beri manfaat.tiada kepuasan dalam menuntut ilmu!
*di atas ni semua pendapat peribadi*
wallahua'lam
sankyu.. ^_^
ReplyDeletecik hafizah ader ape2 cadangan n cara supaya belajar bukan kerana shiken.
kalaulah diizinkan ALLAH, cik hafizah menjadi seorang pemimpin @ menteri @ wakil rakyat, apa kaedah yang boleh diketengahkan terutama untuk negara malaysia tercinta, supaya sistem pendidikan kita bukan sekadar berasaskan peperiksaan.
wallahualam ^_^