banyak2 benda..benda apa yang tak dapat dihentikan? shinkansen? evo? typhoo?
mungkin kau punyai 1001 jawapan..begitu juga aku. Tapi pada aku , dia adalah makhluk yang bernama MIM ALIF SIN..MASA
Dalam diam aku selalu berfikir tentang dia..bermonolog dengan dia..
"duhai masa,
sedar tak sedar genap sudah 4 bulan aku di nihon ni..sedar tak sedar sudah tamat zenki aku disini..sedar tak sedar umurku mencecah angka 20an..sedar tak sedar..sedar tak sedar..
aduh! cepatnya kau meninggalkanku. Andainya aku diberikan satu kuasa, untuk memiliki satu benda..akan ku pilih kau menjadi milikku. Biarkan aku yang menentukan gerak langkahmu..kelajuanmu..ku arahkan kau bergerak sesuka hatiku. Andainya aku inginkan masa silam kembali padaku, akan ku arahkan kau berbuat begitu. Andainya aku ingin memenuhimu dengan perkara yang membuat hatiku gembira, akan ku perlahankan kelajuanmu itu. Biar puas hatiku melakukan apa yang ku mahu. Andainya aku bosan kerna tiada apa yang ingin ku lakukan, akan ku arahkanmu berlalu selaju yang ku mahu..pasti girang hati dan nafsu batilku andai kau dapat ku miliki sebegitu.."
"Duhai masa,
yang itu hanya fantasi dan angan kosongku. Dan ku tahu ia takkan jadi kenyataan. Kerana kau dijadikan Allah. Kau milik Dia. Aku tiada kuasa untuk menentukan perjalanan kau kerana aku pun seperti kau juga. Harus tunduk sebagai hamba. Kau ditugaskan untuk terus berjalan..dan kau takkan berhenti walaupun aku atau sesiapa sahaja menginginkan kau berhenti . Sama ada aku akan berjalan, berlari seiring denganmu ataupun aku akan berhenti dan aku akan sendirian ditinggalkan. Benarlah kata Tuhan kita duhai masa..
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan
kebajikan. Serta berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran" (Al-Asr:1-3)
Oh ruginya aku duhai masa..selama aku hidup didunia entah berapa banyak aku mengisi lompong kosongmu dengan mendurhakai Tuhan kita. Ku isikan dirimu dengan pelbagai keseronokan dunia yang ada. Kupenuhi hajat nafsu batilku. Betapa berdosanya aku duhai masa. Aku tenggelam dalam dosa dan noda dunia hingga aku terlupa yang kau terus berjalan. Kau terus berjalan menuju arah itu. Arah dimana semakin dekat ajalku. Arah dimana tibanya hari dunia ini akan hancur semuanya. Ah! aku lupa duhai masa. Aku lupa!
Bagaimana dapat aku jawab pada Rabb kita duhai masa? Sanggupkah aku untuk menjawab segala pertanyaanNya? Sanggupkah aku menjawab bahawa aku di dunia dulu lupa padaMu wahai Tuhanku. Kuisikan lompong masaku dengan mendurhakaiMu. Memenuhi kehendak nafsu batilku..Sanggupkah aku pada ketika itu duhai masa? Ataupun aku hanya terketar dan membisu cuma?"
Pada siapa yang harus aku pinta kalau tidak pada Dia yang menciptakan kau dan aku duhai masa. Pinta pada Dia berikan aku kesempatan, berikan aku kekuatan untuk kuisikanmu dengan taat pada Dia. Ingat pada Dia. Moga2 Dia redha padaku duhai masa..biar di masa aku dipersoal di hari muka, akan ku jawab dengan senyum dan ceria. .Bahawa aku telah tunaikan tugasku wahai Tuhan. Telah kuisikan masaku untuk menjadi hambaMu wahai Tuhan. Maka dengan itu kurniakanlah aku nikmat yang berkekalan..nikmat yang berpanjangan..
No comments:
Post a Comment