Pages

iinaa..kokoni iru..


isnin 11 rejab 1429h

alhamdulillah..21hb julai ni dah masuk 4 bulan aku kat nihon ni..dah makin banyak perkara yang ditempuh, dan makin narete kita dengan suasana kat sini..

petang ni, hujan sedang turun dengan lebatnya..dalam suasana sehening ini aku tiba2 teringat senpai2 kat ube..mesti sama keadaan macam kitorang kat sini. "Battle of da brain" untuk kimatsu kali ni..

Suatu masa dulu, sebelum menjejakkan kaki di nihon, aku masih teringat lagi..bukan Yamaguchi yang menjadi pilihan tapi Ibaraki..kalau dulu aku seakan2 tertanya2 kenapa tak dapat Ibaraki tapi sekarang aku tahu jawapannya..sebab Ibaraki bukan untuk aku..dan Dia sediakan lebih baik, lebih daripada yang aku harapkan..

iinaa kokoni iru..bukan setakat keshiki yang memukau sukma, tapi ketulusan dan betapa baiknya senpai2 kat sini sangat mengharukan kitorang semua..hubungan senpai ngan kohai cukup2 erat..dan aku sayang dorang macam keluarga sendiri..(serius ni..) Jujur untuk aku katakan, sepanjang aku berada disini, aku jarang menderita teringat2 keluarga kat malaysia, tapi jangan salah anggap tau..bukan tak ingat..memang rindu kat family tapi tak de lah sampai menangis nak jumpa mak ngan abah macam masa duduk asrama dulu..

Disebabkan senpai2 tu family kitorang, tiap minggu kitorang "balik" rumah senpai..orang lain mungkin tertanya2 kenapa nak balik rumah senpai? buat apa kat rumah senpai? hanya kitorang je yang tahu nikmatnya bila dapat balik dan jumpa dengan sempai2 semua. Ala..kalau susah nak faham, anggaplah macam tiap minggu dapat jumpa mak, abah, ngan adik2 kat rumah..macam tu lah perasaan ktorang kat sini..

Senpai dah banyak berkorban..dah lah tiap minggu ambik ngan hantar kitorang balik yamaguchi..(thanx to ustad,teng n adib)kalau nak beli barang ke, nak jalan mana2 ke..semua nya senpai..alahai senpai~

bagi aku lah kan, paling best time dapat makan sama2 dengan senpai..memang tak kering gusi kalau tengok gelagat dorang..aku dok menahan ketawa je tengok dorang semua..

kalau petang2 tu main basket la..tuju selipar..best!

Walaupon dorang tak cakap yang dorang sayangkan kitorang, tapi dari apa yang kitorang dapat, yang kitorang rasa, ngan apa yang kitorang lihat..tu dah cukup membuktikan (tak tau la kalo senpai nak deny ni sume..hehe) banyak benda yang wat aku terharu dan insyaAllah wat aku makin bersyukur ada kat Yamaguchi ni..

いつでも私たちの良い関係が続けるのをいつも祈っています!

2 comments:

  1. sokong 100% ape fizah ckp.
    sayang yamaguchi,sayang senpai2,saaaaayang budak kurokawa 4 ekor tu.kekeke

    ReplyDelete
  2. 4 ekor? aku tmasuk dalam 4 ekor tu gak ker..? kejamnyer..

    ReplyDelete