Rabu 13 Rejab 1429h
Yatta..! Alhamdulillah..akhirnya tamat jugak kelas kisou semina- yang aku tak berapa gemar..kalau sape2 yang ikut kisah aku mengadu pasal susah nak komunikasi ngan budak2 nihon ni semua disebabkan kelas kisou semina tu..tapi Alhamdulillah..hari ni tamat jugak..
Erm..kelas dah tamat, tu satu hal yang menggembirakan..(kana..) Tapi dalam kelas ni jugak lah banyak kali aku menilai, menghitung diri..bukan apa, masa buat kerja berkumpulan ni lah aku rasa terlalu kerdil nak dibandingkan dengan budak2 nihonjin ni..betapa semangat dan bersungguh2 betul dorang semua nak siapkan.. Lebih2 lagi kerja kumpulan kali ni memang nak melatih kitorang untuk jadi seorang "engineer". Aku masih ingat kerja pertama sekali yang dibuat secara berkumpulan ni adalah kerja mem"bungkai engine". Dari ri-ru (fishing reel) sampailah ke 4stroke engine, kitorang bunkai dan siapkan report untuk hasil kerja membungkai tu..nak kata taihen tu jauh sekali sebab aku memang pantang jumpa engine ni..bila dah dapat pegang sendiri tu, rasa banyak benda yang aku nak selidik, nak dalami dan tahu macammana dia boleh berfungsi..
Dah habis bungkai engine, kerja kali ni memang menguji kesabaran sikit..kalau untuk aku , bukan kena bersabar sebab nak siapkan tugasan tu susah, bersabar dengan karenah dorang..erm, tak pe lah..tu semua cerita lama..dan aku terima semua ni sebab datang dari kelemahan aku jugak..insya Allah aku akan perbaiki..
Yosh..dan hari ni..kitorang pamerkan kerja masing2..MasyaAllah..hebat semuanya..! Kebanyakan kumpulan buat projek yang ada kaitan dengan "ha guruma"=gear..memang rasa sugoi sangat bila ha guruma tu bergerak..kumpulan zam buat pasal kincir angin..kumpulan aku ngan naim buat pasal jam analog..memang kurushi nak buat ha guruma tu sebab memang nak kena kira betul2 bilangan gigi ha guruma tu..bukan setakat bilangan je, tapi bahan ha guruma pun kena ambil tahu jugak..kumpulan aku je dah berapa kali tukar bahan untuk buat ha guruma..guna kotak lah, kad..last2 guna kertas je..(gam sampai berapa lapis ntah)..tapi berdasarkan pemerhatian aku masa pameran projek tadi, aku buat kesimpulan bahawa bahan yang paling sesuai adalah kadbod yang memang khas untuk buat model projek..kalau guna bahan tu memang tekitou ha guruma tu dapat berputar dengan kanpeki..!
Dalam keperitan aku memendam rasa sepanjang jugyou ni banyak jugak ibrah yang aku boleh selami, perhalusi..moga aku tak putus asa, tak cepat melatah..tak mudah goyah..
Ganbarou Ir. Hafizah..!
"if you can dream it, you'll get it"
No comments:
Post a Comment