khamis 14 rejab 1429h
adakah hari khamis masih ada bahagia untuk aku..?
kalau dulu ya..tapi mungkin tidak untuk kali ini. Apa fizah ni..? merepek apa ni..?
ANTARA KEHENDAK & KEPERLUAN
kalau dahulu hari khamis ni merupakan hari yang bahagia untuk aku..masakan tidak, untuk "hantu sayur" seperti aku , ketika inilah sayur2 di mpasaraya ARUK di jual dengan harga yang lebih murah berbanding biasa..kalau hari2 biasa seikat salad dijual dengan harga 198yen, hari khamis dijual pada harga 97yen..begitu juga dengan sesisir pisang..
dulu semasa aku mula2 menjejak kaki ke pasaraya ni pada hari khamis memang aku sangat2 gembira..sampaikan aku memborong 5 jenis sayur skaligus..sehingga terlupa kondisi diri yang masih bujang dan aku tak perlu pun sebenarnya nak beli sebanyak itu..! zam, naim dah masak sangat dengan perangai aku yang akan tersenyum sepanjang hari khamis lebih2 lagi lepas jugyou tanoue sensei yang tamat jam 1150 tgahari..
INSAF..
beberapa bulan selepas tu aku sedar, bukan begitu caranya untuk aku mengekspresikan minat pada sayur ni..Sayur yang dibeli tak sempat di masak dah rosak..buang duit! membazir! Erm..lepas tu aku masih lagi m encari cara bagaimana untuk menjadikan khamis tu sebagai hari yang menggembirakan..tapi bukan lagi dengan membeli..hanya cuci mata jer..( leh rensyuu nihongo gak)
Dan tadi entah kenapa aku cari bahan2 yang penting je..kalau mula2 dulu hampir sejam aku habiskan masa kat ARUK, selepas tu 30 minit, dan sekarang cuma 10 minit! Beli apa yang perlu je..aku pun tak kahwin lagi,bukan nak masak untuk satu family!
Erm, rasanya bolehlah relatekan cerita aku ni dalam hidup sehari2..kalau situasi aku ni sayur yang menjadi kehendak dan bukan keperluan..mungkin berlainan untuk orang lain..dan ini aku jadikan contoh untuk di jadikan renungan..mungkin kelakar rasanya bila sayur di jadikan cerita. Tapi itu yang berlaku setiap ketika bila kita kena memilih antara KEHENDAK & KEPERLUAN..
No comments:
Post a Comment